Daim Beri Amaran Risiko Teknologi 5g China
Kow Gah Chie           
Penasihat kerajaan Daim Zainuddin hari ini menyatakan kebimbangan  berhubung teknologi 5G kerajaan China yang menurutnya mempunyai risiko  ke atas "kedaulatan digital" negara.
"Ada alasan yang baik untuk takut pada kepesatan perkembangan teknologi 5G China.
"Saya  pernah membincangkan sebelum ini tentang kedaulatan wilayah. Tapi hari  ini kita juga berdepan risiko pelanggaran 'kedaulatan digital'.
"Meskipun  kelajuan pemindahan data dan penyimpanan maklumat meningkatkan  kehidupan harian, kita perlu berhenti dan mempersoalkan harga yang kita  perlu bayar untuk kemudahan ini.
"Maklumat ini bukan hanya yang  kita sengaja kongsi - data tentang apa yang kita buat, ke mana kita  pergi, apa yang kita beli, dan apa yang kita kata yang boleh diambil  dari peranti harian biasa.
"Apa jaminan keselamatan,  pertahanan, peribadi, dan kesan strategik dari teknologi yang sedang  diterajui China ini?" katanya dalam sesi dialog yang diadakan  Kementerian Pertahanan.
Teknologi 5G China menjadi tumpuan apabila  ketua pegawai eksekutif syarikan teknologi Huawei, Meng Wanzhou ditahan  oleh pihak berkuasa Kanada susulan permohonan AS.
Beberapa pihak malah mengaitkan teknologi 5G Huawei digunakan untuk tujuan pengintipan untuk China.
Panglima  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zulkifli Zainal Abidin yang menghadiri  sesi dialog itu bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk menganggap  teknologi 5G Huawei sebagai ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan  negara.
Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada Malaysia akan menghalang pembinaan rangkaian 5G Huawei.
"Apa-apa yang baik kita akan ambil, tapi apa-apa yang buruk dan mengancam keselamatan dan kedaulatan negara, kita akan tolak.
"Namun, masih terlalu awal untuk kita putuskan, kita perlu kaji dulu," katanya.
Perdana  Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan sebagai berkata  bahawa Malaysia akan membuat kajian sendiri berhubung teknologi 5G  Huawei dan tidak hanya mengikut langkah negara lain
LIHAT VIDEO DI SINI
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/daim-beri-amaran-risiko-teknologi-5g.html