Kilang Di China Guna Taktik Jijik Bela Berbillion Lipas Hapus Lebihan Makanan
Jika lipas selama ini dianggap serangga paling pengotor kerana sifatnya yang suka berlegar di dalam sampah sekaligus bisa meninggalkan pelbagai bakteria menerusi najis yang banyak ditinggalkannya di sekitar kawasan dapur serta tempat yang dihinggapnya hingga mampu membuatkan manusia jatuh sakit namun, tidak bagi sebuah kilang di China ini.
Menurut laporan portal terkemuka Singapura Next Shark semalam, sebuah kilang di China ini tekad membela seterusnnya membangunkan ladang ternakan lipas yang jumlahnya menjangkau berbillion ekor hanya kerana mahu binatang jijik itu bantu menghapuskan lebihan makanan setiap hari.
Foto -Wang Xuhua
Khabarnya, ladang lipas itu terletak di Jinan dekat wilayah Shandong yang kata sumber menerima lebih 55 tan sampah serta lebihan makanan setiap hari. Ini menjadikan jumlah sampah serta lebihan makanan yang diterima setiap tahun adalah sebanyak 1.3 billion tan!
Boleh bayang tak seberapa gemuknya lipas yang dibela di ladang berkenaan?
Jelas sumber lagi, lebihan makanan itu boleh dikira seperti berat tujuh ekor gajah matang dan ia diterima oleh sebuah syarikat pemprosesan lebihan makanan yang dikenali sebagai Shandong Qiaobin Agricultural Technology Co. sekitar waktu subuh setiap hari.
Sampah lebihan makanan itu kemudian akan diproses sehingga menjadi campuran pes hancur sebelum disalurkan kepada lipas-lipas menerusi paip khas.
Serbuk Lipas: Masyarakat China percaya bahawa lipas miliki sifat berupa penawar terhadap beberapa penyakit yang dihidapi manusia. Sumber: ChinaHao.com
Selain berfungsi sebagai ‘penghapus’ lebihan makanan, lipas juga katanya mampu menjana haba hangat yang bisa membantu kesuburan tumbuhan sayuran dan andainya ada lipas-lipas yang mati, ia kemudian akan dibakar dan digiling untuk dijadikan snek buat haiwan-hawain ternakan lain yang merupakan pemakan serangga.
Untuk pengetahuan semua, Pengasas syarikat Shandong Qiaobin, Li Yanrong pernah berkhidmat dalam bidang farmasuetikal sebelum mampu membina kawasan seluas 67,812 kaki persegi sebagai ladang ternakan lipas.
Katanya lagi, dia mendapat ilham itu kala menonton sebuah rancangan televisyen bersama anak perempuannya di mana dia mendapat tahu bahawa habitat lipas mampu hidup selama 90 hari tanpa sebarang makanan manakala selama 40 hari tanpa sumber air.
Sumber: Google Images
Andai kata lipas mahu melepaskan diri daripada rumah ternakan yang dibina, Li Yanrong memberitahu bahawa mereka sudah siap dengan pelbagai inisiatif untuk menghalang lipas dari terlepas termasuklah dengan membina saluran-saluran air di keliling banggunan yang turut diletakkan ikan pemakan lipas.
Apa-apa pun, andai kata jika kecemasa berlaku dan lipas ternakannya terlepas, pasti haru-biru daerah Shandong tu kan? Geli-geleman penulis bayangkan!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/kilang-di-china-guna-taktik-jijik.html