Dahsy4tnya Letusan Krakatau
Dahsy4tnya letusan Krakatau. Letusan gunung berapi terbesar dalam sejarah bumi, Gunung Krakatau di Indonesia pada 1883 menyebabkan dentuman teramat kuat boleh didengar sehingga 3,000 kilometer di Pulau Andaman dan Nikobar serta 5,000 kilometer di Papua New Guinea serta Australia Barat, diikuti bumi bertukar menjadi gelap.
Malah penduduk yang berada sejauh 7,000 kilometer di Pulau Rodrigues, Lautan Hindi, dekat Mauritius turut dikejutkan dengan bunyi terbabit.
Menerusi catatan saksi yang direkodkan, letupan gunung berapi itu boleh didengar satu pertiga penduduk seluruh dunia di lebih 50 lokasi.
Begitulah dahsyatnya gambaran letusan Gunung Krakatau pada 27 Ogos 1883 yang mengorbankan 36,000 orang.
Catatan ahli geologi menyebut Krakatau mengeluarkan kepulan asap setinggi empat kilometer ke udara dan membawa gelombang tsunami setinggi 30 meter tinggi, memusnahkan 165 kampung di pesisir pantai.
Pulau Sebesi yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Krakatau, kehilangan semua penduduk seramai 3,000 orang. Kira-kira 18 hingga 21 kilometer batuan terangkat membentuk lembangan sekitar Krakatau.
Krakatau mengganas memuntahkan debu dan gema letupannya begitu kuat hingga menyebabkan gegendang telinga separuh kru kapal yang belayar beberapa kilometer dari gunung itu, pecah.
GAMBARAN keadaan ketika letusan lampau.
Kapten sebuah kapal Britain, Kastil Norham, mencatatkan kejadian itu dalam buku log pelayarannya.
“Ledakan amat dahsyat sehingga gegendang telinga lebih separuh kru saya pecah. Saya yakin hari kiamat sudah tiba,” tulisnya.
Dalam tempoh lima hari selepas letusan, gelombang bunyi Krakatau mengelilingi dunia sehingga empat kali di setiap arah selama 34 jam yang dikesan di Melbourne dan Sydne di Australia, St Petersburg (Russia), Rom (Itali), Paris (Perancis), selain New York, Washington dan Toronto (Kanada).
Menurut artikel LiveScience, letusan itu juga mempengaruhi iklim, menurunkan suhu dunia dua darjah Celsius manakala cahaya matahari berubah menjadi warna ganjil. Ada tempat yang matahari terbit lebih lambat manakala malam lebih panjang.
Pada 1927 iaitu 44 tahun kemudian, muncul gunung berapi baru di lokasi itu, dikenali sebagai Anak Krakatau yang mencetuskan tsunami Selat Sunda minggu lalu, selepas lereng selatan gunung berapi terbabit runtuh.
Angka korban akibat tsunami itu mencapai 430 orang dan 159 masih hilang manakala 1,495 orang lagi cedera dengan 22,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
The post Dahsy4tnya Letusan Krakatau appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/dahsy4tnya-letusan/