Kalau Nak Anak Bijak Ibu Hamil Kena Suka Membaca Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan


Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan tentang bagaimana menjadi ibu bapa terbaik, walaupun sebelum melahirkan anak.
Berbicara mengenai soal mendidik anak-anak, kajian menunjukkan pendidikan anak bermula beberapa bulan sebelum mereka dilahirkan ke dunia dan bertahun-tahun sebelum bersekolah.
Pun begitu, antara topik perbahasan terbesar adalah sama ada tabiat membaca buku kepada bayi ketika mereka masih di dalam rahim benar-benar memberikan manfaat.

Bukan setakat itu, persoalan lain yang turut menjadi tanda tanya adalah mengenai keberkesanan membaca buku dengan kuat oleh ibu mengandung dapat menjadikan bayi lebih pintar.
Tabiat membaca buku & berbual bersama bayi dalam kandungan Anda mungkin pernah terlihat sama ada di perpustakaan, pusat beli-belah, bahkan di jalanan, seorang ibu mengandung meletakkan tangan di perut sambil berbual dengan bayi dalam kandungannya.
Seolah-olah mereka sedang berbicara dengan kanak-kanak atau individu dewasa lain yang dapat memahami apa yang dituturkan.

Apa yang anda fikirkan ketika melihat perkara sedemikian?
Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh seorang pakar psikologi mendapati, seorang bayi akan mula dapat menyerap bahasa seawal 10 minggu sebelum dilahirkan.
Kajian yang dijalankan  Analisis tersebut melibatkan kumpulan sampel 40 bayi yang baru dilahirkan; lelaki dan perempuan.
Hasil kajian menunjukkan bayi-bayi tersebut dapat membezakan antara bahasa ibunda ibu mereka dan bahasa asing dalam beberapa jam selepas dilahirkan.
Menurut kajian itu, bayi mula mengembangkan kemampuan untuk mendengar sekitar minggu ke-30 kehamilan. Ini bermakna mereka bukan sekadar mendengar suara tetapi lebih daripada itu.

Ini bermakna tabiat membaca buku dan bercakap dengan bayi dalam kandungan mungkin memberikan beberapa kelebihan.
Jadi, ibu mengandung sekalian, usah terkejut andai si manja memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan luar, terutamanya jika terdapat bunyi yang kuat.
Sebaliknya, cuba untuk menenangkan mereka dengan cara bertutur secara lembut. Jangan lupa untuk memberikan usapan juga, okay?
Masa memulakan tabiat membaca buku Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk si manja mereka, salah satunya pasti supaya anak jadi bijak, kan?
Jadi bila masa yang sesuai untuk mula membaca buku bersama bayi dalam kandungan?
Membaca tidak memerlukan tempoh masa tertentu bagi memulakannya. Namun, jika anda mahu membaca buku untuk si manja, penting untuk anda mengetahui masa yang tepat.
Pada bulan-bulan awal, adalah untuk bayi membiasakan diri dengan keadaan di dalam rahim dan mengenali persekitarannya.
Apabila mereka mula membesar, si manja akan mula mendengar suara daripada luar. Ketika ini, bayi lebih mudah untuk mendengar setiap lagu atau ungkapan kata-kata yang anda ucapkan.
Oleh itu, apabila anda menghampiri minggu ke-23 kehamilan atau secara mudahnya fasa terakhir dalam trimester kedua, anak dalam kandungan akan memberikan tindak balas terhadap suara anda dan bunyi yang didengarnya.
Ini juga bermakna perkembangan kognitif bayi anda juga berkembang pesat.
Anda boleh menggunakan kelebihan ini dengan memperdengarkan muzik serta memulakan tabiat membaca buku yang bermanfaat untuknya.
Kelebihan membaca buku  Mesti anda ingin mengetahui kelebihan membaca buku kepada bayi yang masih berada dalam kandungan, kan?
Berikut disenaraikan 4 kelebihannya:
1. Perkembangan otak bayi
Menjelang trimester ketiga, telinga bayi sudah sedia untuk mendengar.
Secara amnya, bayi di dalam rahim mendengar apa yang berlaku di luar sekitar 10 desibel lebih rendah daripada yang anda ucapkan.
Pun begitu, irama, melodi, dan corak bahasa lain yang menjadi asas pertuturan sebenarnya dapat didengar dengan jelas.
Terdapat juga kajian mencadangkan bahawa pada trimester ketiga, bayi bukan sekadar mengikut corak bahasa, tetapi selepas lahir mereka dapat mengenali kata-kata yang didengar semasa dalam rahim.

Walaupun sejauh mana kemampuan bayi belajar semasa dalam rahim masih belum ditentukan, tetapi bacaan pranatal tetap merupakan cara yang baik untuk memulakan perkembangan otak yang sihat.
2. Mengurangkan tekanan
Luangkan masa untuk tempoh beberapa minit dalam sehari untuk membaca- ini adalah cara terbaik untuk berehat. Bahkan, ia juga sangat membantu ibu mengandung.
Aktiviti santai seperti tabiat membaca buku dengan kuat penting untuk kehamilan yang sihat. Cubalah!
3. Membina ikatan dengan bayi
Kajian menunjukkan bahawa bayi pada trimester ketiga tidak hanya mendengar tetapi juga mengenali suara ibu mereka.
Nada suara ibu bukan sekadar menenangkan tetapi menyebabkan degupan jantung janin menurun.
Di samping itu, ia dapat membantu menjalin hubungan yang berterusan antara ibu dan bayi setelah dilahirkan.
Selain ibu, ayah dan juga ahli keluarga lain boleh menjalinkan hubungan dengan bayi. Jadi bercakap dan berbuallah dengan kandungan, okay?
4. Membina tabiat yang baik
Membaca bersama adalah antara perkara terbaik boleh anda lakukan untuk membantu anak menjadi pembaca dan pelajar yang berjaya.
Mengapa tidak dimulakan sekarang? Jadikan tabiat membaca buku sebagai kebiasaan pada hari ini, agar ia menjadi sebahagian daripada diri kemudian nanti.
Bergembiralah!  Usah risau tentang bagaimana suara anda kedengaran, penggunaan perkataan yang tidak tepat atau terlangkau ayat.
Si manja tidak akan menghakimi anda.
Mulakan tabiat membaca sebagai aktiviti yang menjalinkan ikatan yang membahagiakan untuk anda dan si kecil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Hamil Kena Suka Membaca & Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-nak-anak-bijak-ibu-hamil-kena-suka-membaca-bercakap-dengan-bayi-dalam-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Elak Ambil Kopi Kafein Air Berkabonat Berlebihan Kalau Sayang Bayi Tak Nak Keguguran

Ibu Hamil Elak Ambil Kopi Kafein Air Berkabonat Berlebihan Kalau Sayang Bayi Tak Nak Keguguran

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 348 hits
Keguguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda tanda hidup juga dir...
Gembira Bertukar Sedih Hamil 9 Bulan Baru Tahu Dalam Kandungan Bukan Bayi

Gembira Bertukar Sedih Hamil 9 Bulan Baru Tahu Dalam Kandungan Bukan Bayi

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 568 hits
Siapa sangka penantian seorang wanita ini selama sembilan bulan yang dianggapnya sebagai tempoh kehamilan terjawab dengan berita yang tak disangka sangka apabila doktor mengesahkan dia tidak mengandung sebaliknya ada objek lain dalam rahim ...
Ibu Hamil Dan Anak Sekolah Belum Terima Blt Segera Lapor Kesini Ya Bunda

Ibu Hamil Dan Anak Sekolah Belum Terima Blt Segera Lapor Kesini Ya Bunda

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 331 hits
Pemerintah telah meluncurkan dana bantuan sosial kepada masyarakat pada tahun ini Berbagai Bantuan Langsung Tunai pun diberikan untuk melindungi masyarakat terdampak pandemi virus corona atau Covid 19Melalui Program Keluarga Harapan Kemente...
Nak Jadi Bapa Yang Selalu Dirindui Anak Biar Layanan Manja Itu Lebih Dari Ibu

Nak Jadi Bapa Yang Selalu Dirindui Anak Biar Layanan Manja Itu Lebih Dari Ibu

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 281 hits
Selama ini kita anggap ibu yang memainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak Malah terdapat golongan bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak kepada isteri sepenuhnya Betul bapa selalu sibuk dengan urusan mencari nafkah untuk keperlua...
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Dan Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Dan Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 588 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Rancang Nak Ada Bayi Tahun 2021 Ni Ketahui Waktu Terbaik Untuk Hamil

Rancang Nak Ada Bayi Tahun 2021 Ni Ketahui Waktu Terbaik Untuk Hamil

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 312 hits
Sekiranya anda dan pasangan merancang untuk memiliki cahaya mata pada tahun baru ini mungkin banyak faktor yang perlu dipertimbangkan untuk tahu waktu terbaik untuk hamil bukan Antaranya adalah faktor kesihatan kewangan kerjaya dan macam ma...
Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu Awas Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran

Tak Bercakap Tapi Tunjuk Jari Bila Nak Sesuatu Awas Bimbang Anak Ada Masalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 295 hits
Tangisan adalah cara anak anak kecil kita berkomunikasi Pun begitu jika inilah cara yang digunakan oleh anak pada usia tiga tahun mak ayah perlu lakukan sesuatu Anak pada usia tiga tahun sudah boleh meminta diambilkan barang Jika hanya menu...
Sebagai Ibu Bukan Nak Bertanding Anak Siapa Pandai Rumah Siapa Kemas Buat Semampunya

Sebagai Ibu Bukan Nak Bertanding Anak Siapa Pandai Rumah Siapa Kemas Buat Semampunya

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 292 hits
Mommy mama ibu bonda ummi emak amma Ingat hidup kita dalam menjadi ibu bukanlah suatu pertandingan Bukan pertandingan anak siapa paling ramai rumah siapa paling kemas anak siapa paling senang makan anak siapa paling cerdik anak siapa paling...
Anak Umur 2 Tahun Tak Pandai Nak Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Tegurlah Dengan Baik

Anak Umur 2 Tahun Tak Pandai Nak Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Tegurlah Dengan Baik

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 372 hits
Di usia anak dua tahun anak kecil kita sudah menampakkan cara untuk bergaul dan berkawan dengan rakan sebaya Pun begitu ada waktunya anak kecil kita masih tidak pandai cara berkawan Bermain sambil tolak menolak itu biasa tetapi jangan dibia...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation