Dah Boleh Monetize
Alhamdulillah guys,
Setelah hampir 1 tahun menunggu, akhirnya aku dah berjaya melepasi syarat untuk monetize di Youtube iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan. Secara jujurnya guys bukan mudah nak lepas syarat dia terutamanya 4000 jam tontonan. Sepanjang aku giat dalam bidang Youtube ni, dah banyak aku tengok Youtuber pemula yang give-up kerana tidak berjaya melepasi 4000 jam tontonan.
Aku bermula dengan video yang pertama pada penghujung Januari 2020. Sehingga hari ini, aku dah berjaya upload 84 video. Tu pun ada yang video untuk saja-saja upload. Sekadar untuk update video terkini dan contentnya agak kurang menarik. Tapi tak per sebab aku ada juga tgk youtuber yang hari2 upload video 'sampah' dia, tapi berjaya gak monetize...serius guys, aku pun terkejut jugak..ko bayangkan la video-video yg macam tak begitu berfaedah, contoh video dia panjat pokok mangga, video dia basuh sangkar kucing, video unboxing milo paket 2kg pun ada!..damn! Kalau artis aku tak kisah, tapi orang biasa..sapa nak tgk bhaiiii..video unboxing milo 2kg???!! Aduyai..WTF
Pe2 pun aku bukan nak condem org, mungkin tu cara dia, rezeki dia..biarlah janji dia tak kacau idup kita..apa2 pun guys, nak buat sesuatu konsistensi kena ada, jgn mudah give-up..aku dulu time buat adsense blog pun memang susah nak give-up..time buat adsense blog dulu lagi susah nak dapat earning..kalau setakat 1k unique visitor ke blog korang, sebulan memang dapat ciput je la duit adsense, tak sampai RM10 sebulan, baik ko keje 7E lg byk boleh dapat..nak jana wang yang banyak melalui adsense website/blog ni perlukan jumlah unique visitor yang banyak, kalau boleh ratus ribu sehari, baru la boleh cashout ribu2 sebulan..
Aku quit adsense blog pun sebab aku kena ban, disebabkan invalid click atau dalam bahasa yang lebih mudah iaitu klik iklan kita sendiri atau suruh orang lain tolong klikkan iklan..haha, dari situ lepas kena banned, dah tak boleh buat akaun adsense lagi..
Aku harap ada sinar harapan nak buat adsense Youtube ni..sebab aku gunakan gmail dan IP baru utk mendaftar..kalau nak guna ID dulu memang dah tak boleh..Banned seumur hidup tu..damn Google..
Kepada supporter aku di Youtube, anda tahu la anda siapa..yang selalu comment di setiap video aku, aku ucapkan ribuan terima kasih. Kita kena saling support each other. Sebagai youtube permula, anda TAK BOLEH SOMBONG..setiap kali ada comment, pastikan anda reply, jangan hanya klik like atau love sahaja..bila ada orang nak sub4sub, kita bantu juga dia..bila org dah bantu kita, kita pula kena bantu dia..jgn buat donno plak, memang lepas tu org tu unsubscribe la kau balik..
Ok guys, itu sahaja la celoteh aku utk kali ni. Blog ini pun aku dah jarang update disebabkan sibuk buat content youtube..nak edit video bukan kaleng2, paling busuk pun sejam kena dok mengadap komputer..bukan senang nak senang..pe2 pun guys selamat beramal dan Assalamualaikum..
Bagi sesiapa yang belum subscribe channel Youtube aku lagi, boleh la klik SUBSCRIBE..subscribe itu percuma guys, terima kasih banyak2..
KLIK SINI UNTUK SUBSCRIBE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://duitdarionline.blogspot.com/2020/12/dah-boleh-monetize.html