Kucing Selepas Mandul Boleh Dapat Pyometra Ke
Kucing Selepas Mandul Boleh Dapat Pyometra Ke? | Alhamdulillah, berupdate juga blog ini even cik en sibuk sedikit. Kenapa cik en sibuk? Cik en akan kongsikan selepas ini. Ini kerana cik en cuba kembangkan minat berblogging cik en ke peringkat lebih serius. Tapi untuk entri ini, cik en seperti biasa akan kongsikan mengenai tips dan rawatan kucing. Tajuk kali ini adalah Kucing Selepas Mandulkan Boleh Dapat Pyometra Ke?. Pemilihan topik ini kerana ada yang bertanya di Facebook Tips dan Rawatan Kucing dan topik ini masih belum cik en kongsi di sini. | Kucing Selepas Mandul Boleh Dapat Pyometra Ke?
Apa itu Pyometra
Setelah cik en search di blog ini, cik en tak pernah menceritakan mengenai Pyometra. jadi cik en akan terangkan maksud pyometra secara ringkas dan Insyallah cik en akan kongsi topik ini secara mendalam dalam entri yang lain okey? Pyometra adalah jangkitan pada rahim dan agak bahaya pada kucing jika tidak dirawat. Ianya berlaku kerana perubahan horman di saluran pembiakan. Rawatan yang akan selalu disarankan oleh Vet adalah pembedahan iaitu membuang rahim dan kebanyakkan dapat diselamatkan jika dirawat dari awal.
Kucing Selepas Mandul Boleh Dapat Pyometra Ke?
Tapi tadi, cik en ada terbaca kucing yang telah dimandulkan tetapi ada pyometra. Sepatutnya tiada lagi kes pyometra disebabkan rahim telah dibuang sepenuh. Kes ini dipanggil Stump Pyometra. Mungkin ada baki ovari yang tinggal even sikit pun boleh berpotensi menjadi pyometra jika berlaku jangkitan.
Rawatan Pyometra
Selalunya Vet akan berikan antibiotik yang bersesuaian. Jangan minta antibiotik macam tu saja di Vet sebabnya antibiotik banyak jenis, Ada yang boleh merawat penyakit yang ada pada kucing masa itu ada yang tidak dan ada yang memberi kesan lebih buruk. Jika pemberian antibiotik tidak berkesan kemungkinan pembedahan akan dijalankan. Korang kena refer Vet berhampiran. Cik en hanya memberi gambaran mengenai kes ini dan jangan sesekali buat keputusan merawat. Manatau ada pula nak samakan dengan manusia, buat bertangas pula. Hahahhah. Ingat pesan cik en, refer vet berhampiran.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2020/11/kucing-selepas-mandul-boleh-dapat-pyometra-ke.html