Daging Masak Rose




Saya menyediakan daging masak rose ini pada tahun 2020 tapi belum sempat di update di sini. Saya pun tak menyangka bahawa saya menjadi sangat sibuk selepas bersara. Mungkin kerana saya tidak sempat berehat tetapi sebaliknya terus memulakan projek buku edisi ke2 saya iaitu Resepi Azie Kitchen, Hebat Di Dapur. 
Alhamdulillah kerana buku telah pun berjaya disiapkan walaupun ianya telah melepasi tarikh yang saya tetapkan pada asalnya. Jadi kepada follower saya, jangan lupa untuk mendapatkan naskah ini kerana bila stock habis, tak akan ada lagi. Jangan lupa, blog adalah tertakluk kepada renewal. 
Sedangkan buku adalah hakmilik kekal kita. Hadiahkan buku kerana ia akan menjadi ilmu yang berkekalan yang boleh pula dipanjangkan kepada anak anak dan cucu cicit. Atau boleh selamanya kita mendapat manafaatnya.  Jadi kalau nak beli, boleh email di [email protected]

Bagus juga bila kita sentiasa merasa sibuk kerana tidaklah terasa bosan berada keseorangan diri di rumah. Insya Allah selepas ini saya akan menulis buku berupa novel yang telah lama tertangguh. Saya mula menulis sebaik sahaja menamatkan pengajian di universiti namun ianya terhenti begitu sahaja dek kesibukan dengan tugasan di pejabat

Saya akan cuba untuk menyambung semula episod yang telah dimulakan dulu. Ianya berkisahkan kisah cinta dan kekuatan dan kecekalan hati seorang wanita menghadapi hidup yang penuh dengan cabaran.  

Daging masak rose ini saya belajar di Instagram. Salin dan terus cuba. Alhamdulillah sedap dimakan dengan nasi atau pulut kuning. Jom kalau ada yang nak cuba, boleh salin resepinya di bawah ini. 
Saya suka masak daging kerana ianya tahan lama dan boleh disimpan di dalam freezer. Bila rasa nak makan, dah ada. Tinggal di panaskan sahaja. Ya lah nak masak daging kan agak memakan masa untuk daging empuk. 
Jom layan resepinya di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Daging Masak RoseOleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:1 kg daging - hiris kecil1 sudu kecil gula1 sudu besar garam1 cawan minyak masak
Bahan-bahan perap:4 ulas bawang putih - cincang 1 inci halia - cincang4 sudu besar gula merah2 sudu besar cuka3 sudu besar kicap manis3 sudu besar kicap pekat
Bahan tumis:2 biji bawang merah besar - hiris4 ulas bawang putih - hiris1 inci halia - hiris1 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga lawang
Bahan kisar:3 biji bawang merah besar5 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas4 batang serai30 tangkai cili kering - rendam air panas & tos 1 cawan air
Cara-cara:Perap daging dengan bahan perap selama 3-4 jam. Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau dan sedikit keperangan. 

Masukkan bahan kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak. 

Masukkan daging yang telah diperap, gaul rata, tutup periuk dengan penutup, biarkan selama 30 minit dengan api kecil atau sehingga daging empuk. Boleh tambah air, jika daging belum empuk. Masak sehingga kuah hampir kering yang disukai. 

Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Boleh tutup api


Nota:Cili kisar yang dikeringkan air adalah 3 sudu besar.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/01/daging-masak-rose.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Masak Hitam Yang Sedap

Daging Masak Hitam Yang Sedap

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 391 hits
Sebelum itu nak tanya dah klik iklan google di blog saya ke belum Kalau belum bolehlah kasi klik dulu tau Hahaha Dah nama pun blogger masakan pastinya saya akan cuba memasak pelbagai versi untuk satu satu masakan Sebagai contoh ada yang men...
Daging Cincang Masak Lemak Cili Api Nasak Macam Ni Barulah Sedap

Daging Cincang Masak Lemak Cili Api Nasak Macam Ni Barulah Sedap

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 390 hits
DAGING CINCANG MASAK LEMAK CILI API NASAK MACAM NI BARULAH SEDAPSetiap kali ke Kuala Pilah saya pastinya tak pernah lupa menikmati keenakkan masakan ini
Resipi Daging Masak Black Pepper

Resipi Daging Masak Black Pepper

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 501 hits
Resipi Daging Masak Black Pepper Dah lama tak buat sharing resipi kat sini Bukan tak masak hari hari masak Ada lauk yang sama ada lauk yang simple sangat dan ada yang akak buat pengubahsuaian pada resipi asal Dah musim PKP kenalah cuba tuka...
Pengguna Tak Puas Hati Kpdnhep Cuba Nafi Harga Minyak Masak Naik

Pengguna Tak Puas Hati Kpdnhep Cuba Nafi Harga Minyak Masak Naik

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 350 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONEkoran kenaikan harga beberapa barangan asas seperti minyak masak dan bawang orang ramai mula membuat aduan dan meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggu...
Tutorial Cara Masak Nasi Sampai Jadi

Tutorial Cara Masak Nasi Sampai Jadi

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 336 hits
Alkisah masak nasi lupa nk tekan switch lupa nk boh air plg teruk blm jumpa lg yg lupa nk masukkan beras Org lelaki walaupun tk pandai tapi kami ni lebih teknikal praktikalTutorial masak nasi sampai jadi 1 Plan byk mana nak masak anggaran n...
Kenaikan Harga Minyak Masak Botol Akan Dikaji Kpdnhep

Kenaikan Harga Minyak Masak Botol Akan Dikaji Kpdnhep

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 328 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram sebelum mengkaji kesesuaiannya Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata pihaknya telah mengelua...
Masak Kari Ayam Guna Rempah Kari Dari Kedai Eco Ehh Sedap Rupanya

Masak Kari Ayam Guna Rempah Kari Dari Kedai Eco Ehh Sedap Rupanya

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 512 hits
Rempah kari adalah salah satu bahan masak yang memang wajib ada di setiap rumah orang Malaysia Tidak kira la apa jenama sekalipun semuanya bergantung kepada cita rasa dan juga olahan resipi Bagi anda yang pernah mengunjungi kedai Eco pasti ...
Resepi Ikan Masak Kicap Zaman Berzaman

Resepi Ikan Masak Kicap Zaman Berzaman

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 545 hits
RESEPI IKAN MASAK KICAP ZAMAN BERZAMAN Sape suka lauk ni Lauk ni memang lauk kegemaran anak anak saya boleh bertambah makan nasi tau
Isteri Masak Sejuk Beku Makanan Bukan Malas Ni Penyelamat Kenyangkan Perut Suami

Isteri Masak Sejuk Beku Makanan Bukan Malas Ni Penyelamat Kenyangkan Perut Suami

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 388 hits
Ramai kalangan ibu yang bekerjaya memilih cara menyediakan lauk untuk seisi keluarga dengan masak dalam kuantiti banyak kemudian asingkan dalam bekas bekas kecil Namun timbul isu adakah makanan yang dimasak dan disejuk beku itu boleh tahan ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas