Isteri Masak Sejuk Beku Makanan Bukan Malas Ni Penyelamat Kenyangkan Perut Suami
Ramai kalangan ibu yang bekerjaya memilih cara menyediakan lauk untuk seisi keluarga dengan masak dalam kuantiti banyak kemudian asingkan dalam bekas-bekas kecil. Namun timbul isu adakah makanan yang dimasak dan disejuk beku itu boleh tahan lama dan nutrisi makanan itu macam mana?
Ini berikutan tular di satu group Facebook yang mana seorang suami memuat naik satu gambar makanan yang dimasak oleh isterinya kemudian diasingkan dalam bekas untuk disejuk beku.
Masing-masing memberi pendapat dan untuk menjawab persoalan ini, Ahli Kimia, Fatimah Salim ada jawapannya.
Bagus sebenarnya kaedah tuan yang menyiarkan ini. Jimat, cepat dan mudah. Apa lagi untuk mereka yang mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan suami isteri keduanya bekerja.
Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Boleh bertahan 2 hingga 6 bulan
Sebenarnya makanan siap masak yang disejuk beku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindak balas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
Ketahuilah kebanyakan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hanyatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Tips:
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
• Keluarkan makanan lebih awal untuk mengnyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Kredit: Fatimah Salim
ARTIKEL MENARIK [Anak Lelaki Boleh Harap Buat Kerja Rumah, Jaga Adik. Ini Rahsia Ibu Anak 4!]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Mee Sup Ala Thai Viral, Tak Guna Rempah Sup Pun Tapi Rasa Cukup Power!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Isteri Masak & Sejuk Beku Makanan Bukan Malas! Ni ‘Penyelamat’ Kenyangkan Perut Suami appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/isteri-masak-sejuk-beku-makanan-bukan-malas-ni-penyelamat-kenyangkan-perut-suami/