Rekod Kari Kepala Ikan Seberat 7kg Di Gerai Tepi Jalan D Warees Resepi


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang mampu tak nak habiskan satu set Kari Kepala Ikan seberat 7kg? Kalau Maha mungkin boleh makan untuk 2 kali hidang makan tengah hari dan makan malam hehehehe. Tapi itu lah rekod tersendiri yang dicatatkan oleh gerai tepi jalan D'Warees Resepi.  

Mereka pernah menghidangkan kari kepala ikan seberat 7kg. Satu keunikan di gerai ini apabila ramai pelanggan mereka saling berlawanan untuk mendapatkan kepala ikan paling besar. Sehingga ada pelanggan yang sanggup datang dari Utara dan Selatan tanahair semata-mata untuk menikmati keenakan kari kepala ikan di gerai ini




Kalau korang tengok pada gerai ini ia adalah sama seperti gerai biasa tepi jalan kerana ia terletak betul-betul tepi jalan Batu 3 Shah Alam. Nak mencari gerai ni senang jer selain waze atau google maps nama gerai ni korang hanya perlu cari Kilang Gula CSR di Shah Alam dan gerai ini betul-betul kat depan kilang tu dan bersebelah dengan stesen minyak Petron. 

Maha cari memang senang tak sesat sebab boleh nampak gerai ni betul-betul bawah pokok yang rimbun. Konsep makan di sini layan diri dan mereka menyajikan makanan berlauk pelbagai jenis. Paling menjadi tumpuan adalah Kari Kepala Ikan dengan resepi sendiri yang dihasilkan melalui percubaan demi percubaab sehingga memenuhi selera rakyat Malaysia yang suka akan kari pekat dan melekat. 

Kari Kepala Ikan Jenahak
Kat sini ada 5 jenis kepala ikan yang dimasak dalam kari iaitu Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu, Ikan Tenggiri dan Ikan Mayong. Setiap hari mereka boleh menjual sehingga 50 ke 60 ketul kepala ikan. Ikut nasib kalau korang bertuah boleh dapatlah kepada ikan seberat yang Maha nyatakan tadi. Harga hidangan kepala ikan ini mengikut saiz dan jenis ikan. Ia bermula dari serendah RM25 seketul sehingga boleh cecah RM200



Selain daripada juadah kari ikan ada lagi masakan lain yang juga menjadi pilihan ramai pelanggan di antaranya Kurma Daging, Kari Kambing, Ayam Goreng, Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Pajeri Nanas, Ulam-ulaman, Sambal Belacan dan banyak lagi. Hari tu yang Maha sempat cuba adalah Kari Kambing, Kurma Daging dan juga Ayam Goreng mereka. Satu kombinasi yang sangat sesuai dimakan dengan kari kepala ikan terbaikkkk

Ayam Goreng
Kurma Daging
Kari Kambing
Ulam-ulaman dan Sambal Belacan
Onde-Onde
Gerai ni dibuka dari pukul 6.30 pagi untuk sarapan hingga pukul 4.30 petang. Kalau menu kari kepala ikan tu boleh start order dari pukul 10.00 pagi lagi dan last call pukul 4.30 petang kalau masih ada stock. Makan pagi dan petang tu mereka ada sediakan kuih-muih tradisional seperti Onde-Onde, Pulut Panggang, Lepat, Kuih Bakar dan banyak lagi. 

Korang boleh lah datang makan kat sini kerana ia dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dan tutup hari Ahad. Gerai ni juga popular dikalangan selebriti tempatan yang datang makan kat sini. Sebab tu korang kena cuba makan sini. Gerai ni baru sahaja beroperasi kalau tak silap tahun lepas tapi dah mendapat perhatian ramai kerana keunikan kari kepala ikan mereka. Maha boleh bagi jaminan korang akan makan sehingga kesedutan terakhir setiap ruang kepala ikan tu. Mesti kena cuba ok. Selamat menjamu selera semua.  
Pertanyaan dan tempahan hubungi : Facebook : https://www.facebook.com/dwareeshomepage
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 3.5/5Kesedapan : 4.5/5Harga : 4/5




   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/03/rekod-kari-kepala-ikan-seberat-7kg-di-dwarees-resepi-batu-3-shah-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
D Warees Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Di Batu 3 Shah Alam

D Warees Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Di Batu 3 Shah Alam

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 1406 hits
Kari Kepala Ikan menu kegemaran rakyat Malaysia tidak kira berbilang bangsa dan agama Tambah pula menu kari ikan ini sangat sinonim dengan orang utara Tapi sekarang semua negeri dah sukakan kari kepala ikan Of coz la kalau dengar harga juad...
Cara Masak Kari Ikan Sardin Paling Mudah Sedap Tak Muak

Cara Masak Kari Ikan Sardin Paling Mudah Sedap Tak Muak

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 884 hits
Terasa nak makan kari ikan tapi tercari cari resipi yang paling mudah Ha Ini dia resipi yang anda perlukan Sangat simple dan tak renyah Malah bahan bahan yang digunakan pun senang nak sediakan Nampak sedap Jom cuba resipi perkongsian saudar...
Kari Terung Ikan Masin

Kari Terung Ikan Masin

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 677 hits
Dah lama tak makan terung bulat ni Selalunya terung bulat orang akan masak kari takpun gulai lemak kan Kalau terung panjang tu macam macam juga menu lain yang terhasil Contohnya pajeri masak dalam kari dal tak pun di tumis sambal pun sodap ...
Resepi Sup Ikan Siakap Ala Thai Selain Rasanya Yang Memang Sedap Khasiatnya Memang Terbaik Utk Pulihkan Kesihatan

Resepi Sup Ikan Siakap Ala Thai Selain Rasanya Yang Memang Sedap Khasiatnya Memang Terbaik Utk Pulihkan Kesihatan

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 623 hits
Kejadian hari Sabtu El dah lama nak cuba resepi dari Rancangan Selera oleh Nabila nih tapi bahan bahan tak beli kan so tak dapat la nak masak kebetulan Sabtu tu pergi Puchong Utama nak bayar maintenance kat area rumah lama el ni dekat je de...
Main Main Soal Diskon Izin Usaha Gerai Bakal Dicabut

Main Main Soal Diskon Izin Usaha Gerai Bakal Dicabut

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 232 hits
Direktur Jenderal Perlindungan Konsumen dan Tertib Niaga Kemendag Veri Anggriono mengatakan praktik untuk menaikkan harga produk terlebih dulu sebelum memberikan diskon tidak dibenarkan secara aturan Sebab hal ini sama dengan membohongi kon...
Wow Thirah Kutip Daun Kering Bunga Tepi Longkang Ubah Jadi Karya Yang Sangat Cantik

Wow Thirah Kutip Daun Kering Bunga Tepi Longkang Ubah Jadi Karya Yang Sangat Cantik

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 556 hits
Thirah menunjukkan contoh karya floating flowers yang dihasilkannya PADA pandangan mata orang lain tumbuhan yang hidup di tepian longkang mungkin tiada apa yang istimewa Namun tidak bagi Fathirah Athirah Hasnor 25 yang menganggap bunga liar...
16 Gerai Majlis Perbandaran Temerloh Di Bukit Angin Terbakar

16 Gerai Majlis Perbandaran Temerloh Di Bukit Angin Terbakar

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 660 hits
TEMERLOH Sebanyak 16 gerai makan milik Majlis Perbandaran Temerloh di Bukit Angin di sini yang popular dengan hidangan ikan patin musnah dalam kebakaran pagi tadi Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Temerloh Hashnuddin Hussin berkat...
Ini 6 Makanan Gerai Popular Di Thailand Rasa Sedap Harga Murah

Ini 6 Makanan Gerai Popular Di Thailand Rasa Sedap Harga Murah

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 542 hits
Kata orang Thailand syurga makanan kerana makanan terdapat pelbagai makanan yang sedap dan murah serta segar Oleh itu kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan...
Ular Seberat 26 Kilo Naik Tingkat 14 Ppr Ganggu Tidur Gadis

Ular Seberat 26 Kilo Naik Tingkat 14 Ppr Ganggu Tidur Gadis

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 685 hits
Astro Awani Para penduduk dan penghuni flat berkenaan juga pelik bagaimana ular berukuran kira kira 3 3 meter itu mampu berada pada tingkat 14 kediaman itu Foto Astro AWANI KUALA TERENGGANU Seorang gadis berdepan detik ngeri selepas nyaris ...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Minum Petang Dengan Pulut Panggang Legend Sesedap Citarasa

Betul Ke Guna Chatgpt Buat Otak Jadi Malas Jom Kita Bongkar

Budak Maut Tercampak Kenderaan Akibat Tayar Meletup Di Lebuhraya Utara Selatan Dekat Jasin