Cuti Hujung Tahun Dah Tiba Jalan Jalan Atau Stay Kat Rumah Je
Hi semua..
Cuaca sejuk dan makin hari makin malas. Bukan selalu dapat rasa cuaca sejuk macam ni..kan? Setiap hujung tahun je kita merasa cuaca macam ni.
Kasi peluang la saya nak berselimut dan bergolek depan tv macam ulat beluncas. Hahah. Siapa je yang tak de hari malas? Mesti ada walaupun cuma satu hari. Kalau orang bekerja boleh la ambil cuti untuk berehat satu hari dirumah,
Bagi yang bekerja dari rumah macam saya ni bebas la sikit nak menulis ke tak nak. Kalau menulis ada lah duit masuk sikit. Kalau malas macam sekarang ni setakat dapat 2-3 posen je la.Haha.
Tapi minat pada menulis dan duit tu masih ada tau. Cuma kita bebas nak menulis bila2 yang kita mahu. lagipun payment job lepas pun tak masuk lagi memang kurang sikit la semangat nak menulis. Kalau duit masuk je terus semangat membara nak menulis lagi. Itu biasa bagi mana2 blogger.
Bila tak menulis saya tak de kemana-mana pun. Hobi saya menonton jadi ambil peluang untuk tonton filem dan drama korea la. Banyak drama-drama yang best2 sekarang ni. Kalau rajin saya buat la khidmat sosial dengan review drama2 tu di facebook dan Instagram.
Yang tu tak de bayaran jadi kita anggap macam khidmat sosial je la.Hahah. Membantu mereka-mereka yang tak tahu nak buat apa dengan internet yang ada dengan memperkenalkan drama dan filem menarik. Jangan asyik layan sosial media je.
Rugi la tak gunakan kemudahan internet tu dengan secukupnya. Tak kan langgan data semata2 nak share posting orang kat fb je..kan?? Gunakan jugak la untuk keseronokan diri sendiri.Giteww...
Minggu ni pula anak-anak dah start cuti Deepavali selama 5 hari. Boleh agak la perancangan tu cemana. Bukan main sibuk lagi. Nak kesana sini. Tapi oleh sebab cuaca tak menentu ni kena rancang betul2 la kemana tempat tujuan kita.
Kalau ikutkan saya dan anak-anak ni suka pergi tempat peranginan. Tengahari check in Hotel, petang turun ke pantai pulak, malam pi cari seafood. kemudian lepas makan ronda-ronda.. Tak pun jalan2 kat tepi pantai waktu malam tengok anak ketam lari2..
ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM
Tak payah berjalan sakan kesana sini pun. Itu pun dah cukup buat anak-anak seronok. Paling dielak kan ialah taman tema atau kolem renang. Saya selalu fikir tempat macam tu air nya kotor dan mudah buat anak saya sakit.
Ni pandangan saja je tau. Yang tak setuju jangan marah pulak sebab awak marah pun tak guna sebab ada aku kesah???Hahhaha..
Sebab tu kalau ada yang ajak pi jalan2 kat taman tema ke, kolam renang ke memang tak pergi la Saya risau kalau anak-anak sakit. keluarga kami kecik saja. Kalau sorang demam atau selsema terus tak ceria rumah. Sunyi sepi..
Rasanya hujung tahun macam ni jarang la kami pi makan angin.Biasanya cuti raya cina je kami berjalan makan angin sebab masa tu suami cuti lama sikit,.Maklumla company cina . Hujung tahun di habiskan dengan makan kenduri biasa,.Betul tak?
Hujung tahun ni pun sepupu nak kawin di ipoh. Nasib baik la diaorang ni pilih pasangan tak jauh. Semua dekat Perak je. Jadi tak la susah2 nak ambik cuti lama semata2 nak pi makan kenduri.
Tak sabar nya nak makan nasi minyak, masak kurma dan ada jelatah. Ya Allah.. sedapnya....
Sebenarnya dah lama tak menulis hal diri sendiri macam ni. Tu yang panjang meleret2 tu. Dah la tak de gambar. Mesti bosan je orang baca,..haha.. Nak letak tajuk pun tak tahu sebab banyak sangat benda di tulis dalam satu post.
ook.. tu je la..lain kali kita tulis pasal diri sendiri lagi.. :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/10/cuti-hujung-tahun-dah-tiba-jalan-jalan.html