Cukuplah Tun Dr Mahathir




Kita menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan keadaan yang suram tanpa tradisi ‘balik kampung’, kunjung-mengunjung dan rumah terbuka akibat ancaman pandemik Covid-19.
Kesuraman ini bukan sahaja kerana tradisi dan norma raya kita telah terjejas, tetapi juga disebabkan ancaman pandemik ini kepada nyawa manusia dan ekonomi.
Di seluruh dunia, terlalu banyak industri dan aktiviti perniagaan telah terjejas teruk. Sehingga hari ini tamadun ini berusaha mencari jalan untuk bangkit semula dalam keadaan mencuba-cuba mencari solusi terbaik melawan pandemik ini.
Di negara kita, selain kemelut nyawa dan ekonomi, kita turut berhadapan ketidakstabilan politik yang mungkin antara paling getir dalam politik pasca hari merdeka.
Kerajaan yang dibentuk pada Mac 2020 bukan sahaja mempunyai majoriti tipis, malah bakal berhadapan ancaman penggulingan pada bila-bila masa.
Apa yang sangat mengecewakan ialah usaha untuk menjatuhkan kerajaan ini datang dari Tun Dr Mahathir Mohamad. Tokoh negarawan yang telah dua kali menjadi Perdana Menteri, dan berpuluh tahun bercakap soal pentingnya kerajaan yang stabil untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Namun kita tidak boleh menafikan hak untuk menjatuh dan menubuhkan kerajaan melalui sistem demokrasi negara selagi dilakukan dalam jalur-jalur Perlembagaan negara.
Jika kita menafikan hal-hal ini menggunakan alasan pandemik dan ekonomi, maka saya khuatir kita membenarkan ‘precedent case’ yang merbahaya kepada masa depan sistem politik kita.
Alasan ini boleh sahaja digunakan pada masa depan untuk mengukuhkan kedudukan sang penguasa. Ini sesuatu yang harus ditangani secara berhati-hati.
Justeru dalam keadaan pandemik sekarang kita memerlukan pengorbanan semua pemimpin politik, terutama Ahli Parlimen, untuk menggunakan hak-hak mereka secara waras dan bertolak ansur buat sementara waktu.
Apa lagi Dr Mahathir mahu?
Majoriti rakyat pasti tertanya-tanya apa lagi yang tidak memuaskan hati Dr Mahathir?
Beliau telah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali. Beliau telah berjaya menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO dalam pilihan raya lalu. Mohd Najib telah dijatuhkan dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Secara sulit juga Dr Mahathir pernah memberitahu rangkaian politiknya bahawa beliau ‘tidak begitu gemar’ dengan sikap DAP selepas menjadi kerajaan.
Dr Mahathir juga beberapa kali memberi isyarat bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah berjanji.
Ini menggambarkan Dr Mahathir tidak ikhlas mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Sejak 1998 Dr Mahathir telah membuat keputusan bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Hari ini, DAP sudah tiada dalam kerajaan. Janji untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri pada Mei 2020 telah berkubur dengan pelantikan Muhyiddin Yassin.
Jadi apa lagi yang Dr Mahathir mahu?
Kepimpinan negara hari ini di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang yang membantu beliau menjadi Perdana Menteri buat kali kedua. Orang yang membantu beliau menjatuhkan UMNO dan Najib Razak.
Muhyiddin tidak menjatuhkan Dr Mahathir. Dr Mahathir sendiri yang meletak jawatan walau ditegah oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (SPBYDPA).
Apakah dengan meletak jawatan Dr Mahathir berharap akan diangkat lagi sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga?
Perlembagaan Negara, SPBYDPA dan Parlimen tidak seharusnya menjadi alat mainan Dr Mahathir sesuka hati.
Dr Mahathir selalu menyatakan pemimpin boleh datang dan pergi, apa yang penting ialah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kekal relevan.
Kenyataan ini sangat tepat dan benar, malangnya Dr Mahathir sendiri tidak berpegang kepada prinsipnya.
Cukuplah Tun! Carilah ketenangan diri dan berilah ketenangan kepada rakyat. Kami semua sudah penat dengan politik yang mesti mengikut kehendak hawa nafsu Tun semata.
Sempena hari yang mulia ini saya mendoakan Allah s.w.t membuka pintu hati Tun untuk merendahkan egonya dan menerima realiti politik hari ini.
Selamat hari raya, maaf zahir batin.
Ab Jalil Backer
Sumber: SuaraTV
MR :  Manusia jika diberi satu lembah emas, dia nak dua.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/cukuplah-tun-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduhan Melayu Pemalas Tun M Salah Makin Lama Makin Merapu Cukuplah Tun Mahathir

Tuduhan Melayu Pemalas Tun M Salah Makin Lama Makin Merapu Cukuplah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 389 hits
Saya dilahirkan dalam keluarga yang tak mewah di kampung Rumah guna lampu minyak tanah Saya disuap air teh ketika kecil tak mampu beli susu Ayah pernah jual ikan atas motor untuk menyara keluarga mak pernah jaja kuih rumah ke rumah untuk me...
Tun Dr Mahathir Dipecat Dari Parti Bersatu

Tun Dr Mahathir Dipecat Dari Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 461 hits
SHAH ALAM Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada parti itu serta merta hari ini Berdasarkan surat pemecatan yang dikeluarkan parti itu selain Dr Mahatir yang juga...
Tun M Muhkriz Mahathir Amiruddin Hamzah Maszlee Malek Dan Syed Saddiq Dipecat Dari Bersatu

Tun M Muhkriz Mahathir Amiruddin Hamzah Maszlee Malek Dan Syed Saddiq Dipecat Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 847 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkuatkuasa serta merta Selain Dr Mahathir turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir Datuk Amiruddin Hamzah Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed ...
Ph Johor Hilang Kuasa Amanah Salahkan Tun Mahathir

Ph Johor Hilang Kuasa Amanah Salahkan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 277 hits
Hari menyaksikan perubahan kerajaan di Johor Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri Johor sebelum ini tumbang dengan sendirinya bila mana Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Johor kini di perintah oleh gabungan ...
Tun Mahathir Pula Buat Pusingan U

Tun Mahathir Pula Buat Pusingan U

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 282 hits
Di saat kerajaan baru Malaysia bakal terbentuk dengan gabungan Parti Umno PPBM PAS dan lain Perdana Menteri Interim pula buat pusingan U Beberapa hari lepas Mahathir dalam kenyataannya menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai ...
Prof Kamarul Tiada Esok Bagi Tun Dr Mahathir Berlima

Prof Kamarul Tiada Esok Bagi Tun Dr Mahathir Berlima

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 346 hits
Dalam kenyataan media mereka YB Tun Dr Mahathir bin Mohamad YB Dato Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir YB Syed Saddiq bin Syed Rahman YB Dr Maszlee bin Malik dan YB Dato Wira Hj Amiruddin bin Hj Hamzah menyatakan bahawa Kami langsung tidak bers...
Pendedahan Bekas Su Tun Mahathir Mohamad

Pendedahan Bekas Su Tun Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 1043 hits
Lagi Tembelang sudah pecah Baunya cukup busuk Bekas SU PM 7 Tun Mahathir MohamadMR Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda di...
Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 342 hits
Dalam sidang video Anwar berkata Pakatan Harapan tidak akan mengulang kesilapan sama dalam memilih perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH akan memilih perdana menteri yang bersih menunaikan janji dan menjalankan tanggungjawab K...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Comment On Tak Perlu Berpantang Lepas Bersalin By Pantang Bersalin Berapa Hari Blog Muhasabahtrading Dot Com

Comment On Pembekal Baja Bio Organik Felcra By Ps Goh

Comment On Pembekal Baja Bio Organik Felcra By Admin 2

Importance Of Drinking Water

The Helical Pearl House By A3 Projects In Ipoh Malaysia

Cops Tracking Down Duo Involved In Pasir Mas Shooting