Prof Kamarul Tiada Esok Bagi Tun Dr Mahathir Berlima




Dalam kenyataan media mereka, YB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, YB Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Mahathir, YB Syed Saddiq bin Syed Rahman, YB Dr. Maszlee bin Malik dan YB Dato’ Wira Hj Amiruddin bin Hj Hamzah menyatakan bahawa:(1) “Kami langsung tidak bersetuju bahawa keahlian kami terhenti secara serta-merta apatah lagi ianya bertentangan dengan undang-undang serta juga menafikan hak kami untuk membela diri dan memberi penjelasan, yakni hak yang dijamin di bawah prinsip kedaulatan undang-undang.”(2) “Pihak kami tidak menerima pemecatan salah ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan bukan sahaja untuk diri kami tetapi untuk memastikan kemaslahatan ahli-ahli akar umbi BERSATU.”

Penegasan mereka berlima bahawa keputusan ini bertentangan dengan undang-undang serta juga menafikan hak mereka berlima untuk membela diri dan memberi penjelasan, yakni hak yang dijamin di bawah prinsip kedaulatan undang-undang adalah tidak benar sama sekali kerana ia memang selaras dengan undang-undang. Perlembagaan BERSATU hanya memperuntukkan hak untuk membela diri dan memberi penjelasan kepada kes pengenaan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin sahaja, bukannya kepada kes keahlian terhenti secara serta-merta (automatik)

Mereka berlima menyatakan bahawa mereka hanya melaksanakan apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan selaku Ahli Parlimen yang sah bila mengambil kedudukan di Parlimen pada 18 Mei 2020 sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional, tetapi mereka perlu sedar bahawa tindakan mereka ini juga telah melanggar Perlembagaan BERSATU yang merupakan satu undang-undang yang sah di bawah Perlembagaan Persekutuan

Mereka berlima, khususnya YB Tun Dr. Mahathir yang bertanggungjawab memasukkan Seksyen 18C ke dalam Akta Pertubuhan 1966 bagi memastikan tindakan beliau selaku Presiden UMNO tidak dicabar di mahkamah, seharusnya tahu bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 ini memperuntukkan bahawa:“Keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberikuasa olehnya atau oleh perlembagaannya atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya tentang pentafsiran perlembagaan, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturannya atau tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan hal ehwal parti itu adalah muktamad dan konklusif dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan, soal atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan keesahan keputusan itu.”
Di dalam bahasa yang mudahnya, mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 ini, apa-apa sahaja keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberikuasa olehnya adalah muktamad dan konklusif dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan

Sepertimana YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu dilucutkan keahlian UMNO beliau pada 24 Jun 2016 menghormati undang-undang dengan tidak mencabar, merayukan, mengkaji semula, membatalkan atau mempersoalkan keputusan ini di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan kerana akur dengan peruntukan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 ini maka mereka berlima, khususnya YB Tun Dr. Mahathir, juga perlulah akur dengannya

Pada 27 April 2018 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggunapakai peruntukan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 ini untuk menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh 16 ahli UMNO dengan memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan, soal atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan keesahan keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberikuasa olehnya. Cubaan peguam kepada 16 ahli UMNO ini, iaitu Muhammad Haniff Khatri Abdulla, untuk menghujahkan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa berdasarkan keputusan kes-kes Semenyih Jaya Sdn Bhd dan Indira Gandhi juga gagal kerana mahkamah menyatakan ia tidak terpakai kepada parti politik

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini malah dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan yang secara sebulat suara menyatakan bahawa ia tidak mempunyai sebarang alasan untuk menganggu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 memang menetapkan bahawa apa-apa sahaja keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberikuasa olehnya adalah muktamad dan konklusif dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan

Tidak dinafikan bahawa 16 ahli UMNO ini sedang membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan di mana rayuan ini dijadualkan akan didengar pada 26 Oktober 2020, tetapi sehingga Mahkamah Persekutuan menterbalikkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini, yang dijangkakan amat tipis untuk berlaku, maka status quo adalah kekal, iaitu bahawa keputusan sesuatu parti politik atau mana-mana orang yang diberikuasa olehnya tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan

Percayalah, walau apa sahaja pun kenyataan dan tindakan yang akan mereka berlima buat dan lakukan selepas ini, sudah tiada esok bagimu lagi untuk mereka berlima, termasuk YB Tun Dr. Mahathir

Percayalah juga bahawa yang sebenarnya bersikap diktator bukanlah YAB Tan Sri Muhyiddin tetapi adalah YB Tun Dr. Mahathir yang memperkenalkan peruntukan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 ini

You reap what you sow (apa yang kamu tanam itu yang kamu tuai)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/05/prof-kamarul-tiada-esok-bagi-tun-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir S Own Political Secretary Confirms Things

Tun Dr Mahathir S Own Political Secretary Confirms Things

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 597 hits
This is Zahid Md Arip Dr Mahathir s last Political Secretary I know Zahid Whatever your opinion of Zahid Md Arip he is always a straight talker Considering the present set of circumstances this 6 minute video is very interesting for the inf...
Majoriti Ahli Bersatu Pontian Sokong Tun Mahathir

Majoriti Ahli Bersatu Pontian Sokong Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 340 hits
Presiden Bersatu Muhyididn Yassin menghadapi tamparan hebat apabila majoriti ahli biasa dan jawatankuasa Bersatu Bahagian Pontian menyatakan sokongan kepada pengerusi parti Tun Mahathir Mohamad Pendirian tersebut disuarakan oleh Ketua Bersa...
Kerana Tun Mahathir Kata Melayu Pemalas Kaum Lain Mempunyai Persepsi Tersebut Terhadap Orang Melayu

Kerana Tun Mahathir Kata Melayu Pemalas Kaum Lain Mempunyai Persepsi Tersebut Terhadap Orang Melayu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 455 hits
Stereotyping Malays I have a Malay friend who is married with two young kids By day he works in the office After work he takes
Pendedahan Bekas Su Tun Mahathir Mohamad

Pendedahan Bekas Su Tun Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 1041 hits
Lagi Tembelang sudah pecah Baunya cukup busuk Bekas SU PM 7 Tun Mahathir MohamadMR Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda di...
Ros Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi Bersatu

Ros Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 24 Februari lalu adalah sah Sehubungan itu dalam satu surat bertarikh 5 Mei dike
Jangan Perkecilkan Kemampuan Tun Dr Mahathir

Jangan Perkecilkan Kemampuan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 307 hits
DR MAZLAN ALI Kekurangan yang ketara bagi pengkritik pengkritik tegar Tun Mahathir seperti Abg KY adalah cuba membina naratif baru berdasarkan persepsi dan cakap cakap politik yang tidak berdasarkan fakta dan data analitikal yang sepadan Sa...
Redalah Tun Mahathir Tamatkan Persengketaan Politik Ini

Redalah Tun Mahathir Tamatkan Persengketaan Politik Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 259 hits
CATATAN Datuk Wan Ahmad Wan OmarNaib Presiden Gerakan NGO QiamAssalamualaikum WBT semoga YB Tun sihat sejahtera dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT jua 1 Izinkan kami menyentuh sedikit tentang keadaan negara kita Pada Mei 2019 selepas...
Hangit Mesyuarat Mpt Bersatu Malam Ini Tun Mahathir Mukhriz Tidak Dijemput

Hangit Mesyuarat Mpt Bersatu Malam Ini Tun Mahathir Mukhriz Tidak Dijemput

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 427 hits
KUALA LUMPUR Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dijangka mengadakan mesyuarat pada malam ini tanpa menjemput pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad Satu edaran panggilan mesyuarat oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kap...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan