Cukup Usia 21 Tahun Daftarlah Sebagai Pemilih Untuk Berhak Mengundi Di Pilihan Raya 9001



Kembara Mencari Redha - Siaran
Kisah Rasulullah S.a.w melihat dan mendengar seksaan Alam Barzakh

Nabi Muhammad S.a.w telah menceritakan kepada para sahabatnya tentang mimpinya, sedangkan mimpi tersebut adalah sebahagian dari Wahyu. Baginda telah menceritakan tentang keadaan di Alam Barzakh (alam penantian selepas mati dan sebelum akhirat) sebagai berikut, di antaranya;

1 - Orang yang dilempar kepalanya dengan batu hingga pecah, iaitu orang yang menolak membaca Al-Quran dan yang mementingkan dirinya terlena dengan mengutamakan tidur daripada melakukan solat yang wajib.

2 - Keadaan lelaki dan perempuan yang suka berzina telah digambarkan bahawa mereka sedang berada di atas nyalaan api.

3 - Orang yang berenang di sungai tetapi orang tersebut telah dilempari batu. Orang tersebut dahulunya ketika masih hidup suka makan harta riba iaitu wang yang diperbungakan berlipat kali ganda.

4 - Orang yang dirobek-robek mulutnya dan bibirnya kerana menjadi seorang yang pembohong.

5 - Orang yang dipukul pada kepalanya hingga pecah, setelah mengetahui isi Al-Quran tetapi tidak mahu mengamalkannya. Dia akan terima seksaan tersebut hingga Hari Kiamat.

6 - Orang yang mencakar-cakar muka dan dadanya dengan kuku dari tembaga akibat menceritakan keburukan orang lain.

[HR Ahmad]

Lalu bagaimanakah pandangan para ulama Salaf tentang keadaan seksa di Alam Barzakh itu?

Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah bahawa menurut mazhab dari ulama Salaf, jika mayat berada dalam kuburannya maka mereka itu mendapatkan kenikmatan atau seksaan yang akan diterima oleh rohnya (jiwanya atau nyawanya) dan juga badannya. Roh tersebut tetap berhubungan dengan badannya sehingga roh tersebut mendapatkan kenikmatan ataupun seksaan. Dan nanti pada Hari Kiamat dikembalikan roh-roh tersebut ke dalam tubuhnya dan akan keluar dari kuburan mereka menuju Allah yang menguasai alam semesta.

Sedangkan menurut mazhab Ahlus Sunnah bahawa seksaan kubur itu ada setelah diperkuat dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah (Hadits). Firman Allah S.w.t;

النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا
"Kepada mereka (orang kafir) dinampakkan neraka pada pagi dan petang (hingga sebelum kiamat) ....... " [Surah Mu'min : ayat 46]

Juga telah diterangkan dalam beberapa Hadits Shahih yang berasal dari Nabi S.a.w, dan menurut riwayat sahabat-sahabat Nabi tentang dikembalikannya sebahagian kehidupan itu padanya oleh Allah S.w.t bagi menerima seksaan atau kenikmatan.

Seksaan kubur tetap akan dirasakan oleh mayat walaupun tubuhnya telah dimakan binatang buas, dimakan ikan atau kerana sebab-sebab lain. Allah pun berkuasa mengembalikan roh itu ke dalam tubuhnya yang hancur bagi menuju hari kebangkitan di Hari Kiamat. Tetapi mengapakah kita yang memerhatikan jenazah yang berada dalam kuburnya yang katanya disoal oleh malaikat, didudukkan atau dipukul dengan palu besi, tetapi mengapakah ianya tidak kelihatan?

Sebenarnya hal jenazah tersebut tidak jauh bezanya dengan orang yang sedang tidur. Rohnya itu akan merasakan suatu kenikmatan atau kesakitan, yang kita sendiri yang melihatnya tidak mengetahui bentuknya. Juga tidak diketahui oleh seseorang jika orang lain dalam keadaan jaga (tidak tidur), tetapi yang berkenaan sedang mengalami perasaan enak, lazat atau sakit yang tidak boleh dirasakan hal itu oleh kawan-kawan yang ada di sampingnya.

Juga tidak jauh bezanya dengan Malaikat Jibrail a.s yang telah datang pada Nabi S.a.w dengan menyampaikan wahyu dari Allah, yang tidak diketahui oleh para sahabat Nabi yang ada disampingnya. [1]

Hadits mengenai azab (seksaan) dan nikmat kubur, dan mengenai pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir, itu adalah Mutawatir. Kerana itu, wajib meyakini dan mengimaninya, dan tidak perlu membincangkan masalah caranya. Tidak ada autoriti bagi akal untuk memikirkan caranya, kerana akal tidak dapat berhubungan dengan alam ini. Syariat tidak membawa suatu yang mustahil menurut akal, tetapi Syariat kadang-kala membawa hal yang menjadi kontroversi bagi akal. Dalam kes ini, kembalinya roh ke jasad jangan dibayangkan menurut ukuran-ukuran duniawi, roh dikembalikan kepada jasad dengan cara berlainan dengan yang ada di dunia. [2]

Dalam Shahih al-Bukhari diriwayatkan bahawa Samurah ibnu Jundub berkata;

Biasanya setelah solat Nabi S.a.w menghadapkan wajahnya ke arah kami dan bertanya, "Siapa di antara kalian yang bermimpi malam tadi?" Jika ada yang bermimpi, orang itu akan menceritakannya, lalu Nabi S.a.w mengatakan "Masya Allah."

Suatu hari baginda bertanya kepada kami, "Apakah di antara kalian ada yang bermimpi malam tadi?" Kami menjawab, "Tidak." Baginda berkata, "Aku malam tadi bermimpi ada dua orang mendatangiku. Mereka memegang tanganku dan membawaku ke tanah yang suci. Di sana ada lelaki yang sedang duduk dan lelaki yang berdiri di sampingnya dengan besi pengait di tangannya. Besi itu dimasukkan ke sudut mulut lelaki yang duduk, lalu ditarik sampai mencapai tengkuk, kemudian sudut mulut yang lain ditarik seperti itu, sehingga kedua sudut mulutnya terpaut. Setelah itu, keadaannya pulih seperti sedia-kala, dan diperlakukan lagi seperti itu.

Aku bertanya, "Apa ini?" Kedua orang yang membawaku menjawab, "Teruskan berjalan!" Lalu kami berjalan sampai bertemu dengan seorang lelaki yang sedang berbaring dan seorang lagi yang berdiri dekat kepalanya sambil memegang batu, lalu dengan batu itu dia menghancurkan kepala lelaki yang berbaring. Setelah dia memukulnya, batu tersebut bergolek, lalu dia pergi untuk mengambilnya lagi. Ketika dia kembali, kepala lelaki yang hancur tadi sudah menyatu kembali dan pulih seperti sedia kala, lalu dia memukulnya lagi.

Aku bertanya, "Siapa ini?" Kedua orang yang membawaku menjawab, "Teruskan berjalan!" Kami berjalan dan menemui sebuah lubang mirip tungku dari tembikar untuk membakar roti, yang atasnya sempit, bawahnya luas, dan di bawahnya api menyala. Jika api itu mendekat, orang-orang di dalamnya segera naik sampai mereka nyaris keluar. Jika api padam, mereka kembali turun ke bawah. Di dalam lubang itu terdapat lelaki dan perempuan telanjang.

Aku bertanya, "Siapa mereka ini?" Kedua orang yang membawaku menjawab, "Teruskan berjalan!" Kami lalu berjalan dan sampai ke sebuah sungai darah yang di dalamnya ada seorang lelaki berdiri, dan di tengah sungai (menurut versi Yazid dan Wahab ibnu Jarir, dari Jarir ibnu Hazim; di pinggir sungai) ada seorang lelaki yang di hadapannya ada batu. Jika orang itu ingin keluar dari sungai, lelaki dipinggir atau di tengah sungai melempari mulutnya dengan batu sehingga sehingga dia kembali ke tempatnya semula. Setiap kali dia akan keluar dari sungai, dia akan dilempar dengan batu sehingga kembali lagi.

Aku bertanya, "Siapa ini?" Kedua orang yang membawaku menjawab, "Teruskan berjalan!" Lalu kami berjalan sampai kami berhenti di sebuah taman hijau yang di dalamnya ada sebuah pohon besar dan berdekatan akarnya ada seorang datuk dan beberapa anak kecil. Dekat pohon ada seorang lelaki yang di hadapannya ada api yang menyala. Lalu kedua orang yang membawaku menaikkanku ke pohon dan memasukkan aku ke suatu tempat yang sangat indah. Di dalamnya ada orang-orang tua, pemuda-pemuda, wanita-wanita dan anak-anak. Kemudian keduanya mengeluarkan aku dari tempat itu, lalu menaikkanku ke pohon dan memasukkan aku ke dalam tempat yang lebih bagus dan lebih indah, yang di dalamnya terdapat orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Aku berkata, "Kalian telah membawaku berjalan-jalan pada malam ini, maka beritahulah kepadaku mengenai peristiwa-peristiwa yang kulihat tadi." Keduanya menjawab, "Baiklah.

Orang yang mulutnya dirobek ialah seorang pendusta yang menceritakan khabar dusta sehingga dusta itu tersebar ke mana-mana, dan dia terus diperlakukan begitu sampai Hari Kiamat.

Orang yang kepalanya diremukkan adalah lelaki yang diajarkan kepadanya Al-Quran tetapi dia mengabaikannya di malam hari dan tidak mengamalkannya di siang hari. Dia diperlakukan seperti itu sampai Hari Kiamat.

Orang yang di dalam lubang ialah para penzina.

Orang yang di sungai adalah pemakan riba.

Orang tua yang berada di akar pokok ialah Ibrahim a.s, sedangkan anak-anak di sekelilingnya ialah anak-anak manusia.

Yang menyalakan api ialah (malaikat) Malik penjaga Neraka.

Tempat pertama yang engkau masuki ialah tempat umumnya kaum Mu'min, sedangkan tempat ini ialah tempat para Syuhada'.

Aku ini Jibrail dan ini Mikail. Angkat lah kepalamu!" Aku mengangkat kepalaku, lalu tiba-tiba di atasku ada sesuatu seperti awan. Mereka berkata, "Itu tempat tinggalmu." Aku berkata, "Biarkan aku memasuki rumahku." Mereka berkata, "Umurmu masih ada. Jika umurmu telah habis, kau boleh masuk ke rumahmu." [3]

Rasulullah S.a.w mendengar suara mayat diseksa

Allah memberikan kemampuan kepada Rasul-Nya untuk mendengar orang-orang yang diseksa dalam kubur. Dalam hadits riwayat Muslim dikatakan bahawa Zaid ibnu Tsabit berkata;

"Pada waktu Nabi S.a.w berada di kebun Bani Najjar sambil naik keldai dan kami bersamanya, tiba-tiba keldai itu menyimpang dari jalanan, lari, dan hampir saja menghempaskan baginda. Ternyata di situ terdapat kuburan enam, lima atau empat orang. Baginda S.a.w bertanya, "Siapa yang mengenali penghuni kuburan ini?" Seorang lelaki menjawab, "Saya." Baginda bertanya lagi, "Bila dia meninggal?" Lelaki itu menjawab, "Ketika mereka syirik." Rasulullah S.a.w bersabda, "Sesungguhnya umat ini diuji dalam kuburannya, dan kalau bukan kerana kalian akan takut menguburkannya, sungguh aku akan berdoa kepada Allah agar Dia perdengarkan azab kubur yang ku dengar kepada kalian. [4]

Dalam Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan Sunan an-Nasa'ie, Abu Ayyub Al-Ansari berkata bahawa Rasulullah S.a.w keluar pada malam hari setelah matahari terbenam. Tiba-tiba baginda mendengar suara dan bersabda, "Seorang Yahudi sedang diseksa di dalam kuburnya." [5]

Dalil lain yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.a.w mendengar suara orang yang diazab di dalam kubur adalah hadits riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas. Disebutkan bahawa Rasulullah S.a.w melewati dua kuburan lalu baginda bersabda, "Keduanya sedang diseksa, tapi bukan kerana dosa besar." [6]

Rujukan:

1 - Abdul Malik Ali al-Kulaib - Ahwalul Qiyamah.
2 - Syarah al-Aqidah ath-Thahawiyyah, hal. 450.
3 - Imam al-Bukhari , dalam bab "Jenazah". Lihat Fathul Bari, III, hal. 251.
4 - Imam Muslim dalam Shahihnya, bab "Syurga".
5 - Jami'ul Ushul, XI, hal.172.
6 - Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar - Ensiklopedia Kiamat, hal.63.

Kembara Mencari Redha - Siaran

Jom viral, anak Melayu cipta laman web tempahan hotel mesra Muslim 
Kriss Merah  6.1.19  Produk Muslim

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.
ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.
Jika anda mempunyai produk keluaran Muslim atau cerita yang hendak kami viralkan sila WhatsApp kami di 014-9678920

Salam. Saya Mohon share Berita baik👇
FwdTRIPFEZ...LAMAN WEB TEMPAHAN HOTEL 'MESRA MUSLIM' SELURUH DUNIA CIPTAAN ANAK MELAYU!
Sekarang ni bila kita nak pergi melancong dan nak tempah hotel, laman web yang selalu kita layari adalah Agoda, Booking.com, Trivago etc. 
Bagi yang beragama Islam, masalah timbul bila kita nak cari hotel luar negara yang restorannya halal, yang kalau boleh ada arah kiblat, ada sejadah bagai. Ada orang kata, merapulah nak cari hotel luar negara yang  ada semua tu. So last-last kita ambil prinsip 'darurat dan musafir'...janji takde arak dan babi, kita main hentam keromo aje.
Menyedari masalah yang dihadapi oleh pelancong Muslim, baik di Malaysia atau di negara luar, seorang anak Melayu dari Kuala Lumpur yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kelas Pertama) dari Universiti Sydney, Australia, telah mencipta satu laman web tempahan hotel yang fokus utamanya khusus untuk memenuhi keperluan pelancong beragama Islam.
M Faeez M Fadhlillah akhirnya berjaya membangunkan laman web https://www.tripfez.com bagi memudahkan umat Islam untuk melancong, menginap di hotel dan menikmati makanan halal ketika berada di luar negara.Memang awesome bro website Tripfez ni! 
Paling menarik, kalau korang booking kat website ni, korang akan dibekalkan sekali waktu solat sepanjang korang di negara-negara yang korang pergi dan senarai restoran-restoran halal berhampiran hotel yang korang tempah, cool beb!
Cakap je mana nak pergi...London, Jepun, Korea, Bulgaria? Cakap je hotel 'mesra Muslim' mana yang korang nak...bajet atau mewah? Tripfest cover hampir seluruh dunia beb.
Aku memang salute dengan anak muda ni. No wonder beliau kini tersenarai antara 10 rakyat Malaysia yang dimasukkan dalam senarai 30 anak muda bawah 30 tahun Asia kelolaan majalah kewangan Forbes tahun lepas.
So nak keluar negara? Apakata korang cuba layari www.tripfez.com dan korang akan faham apa yang aku maksudkan!.SAK: Ini bukan iklan dan bukan artikel berbayor ye, ini serius aku tulis kerana kagum dengan idea Faeez dan Tripfez yang dibangunkannya.
http://www.krissmerah.com/2019/01/jom-viral-anak-melayu-cipta-laman-web.html

Lantikan Presiden baharu UIAM masih jadi tanda tanyaMinda Rakyat  Januari 06, 2019
KUALA LUMPUR - Spekulasi pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai presiden baharu universiti berkenaan bagi menggantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, masih menjadi tanda tanya.
Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, tanpa menamakan mana-nama individu, berkata, perbincangan mengenai pelantikan itu masih berlangsung antara Kementerian Pendidikan dan Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
"Perkara ini (urusan pelantikan) masih sedang berlangsung dan kita perlu mendapat perkenan Sultan Pahang. Terserah kepada Tuanku,” katanya selepas menghadiri persidangan Makmal Kemanusiaan 2.0, di sini, hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar Bahasa Inggeris hari ini yang menyebut Mohd Daud dikatakan bakal dilantik sebagai Presiden UIAM.
Persidangan sehari anjuran Mercy Malaysia itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pusat Rohingya ASEAN, Tan Sri Syed Hamid Albar, Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus dan wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Racel Demas.
Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata UIAM bagaimanapun bersedia dan terbuka menerima sesiapa saja yang bakal dilantik bagi jawatan itu.
“Bagaimanapun, kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pilihan yang dibuat oleh kementerian. Setakat ini, Maszlee masih menjalankan tugas sebagai presiden kerana tidak ada surat rasmi (peletakan jawatan),” katanya.
Sebelum ini, lantikan Maszlee bagi jawatan utama universiti tu menjadi kontroversi apabila mendapat bantahan dan pihak tertentu yang mempersoalkan kelayakan beliau yang memegang portfolio sebagai menteri Kabinet selain bercanggah dengan intipati manifesto PH sebelum PRU14.
Pada November lalu, Maszlee mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu, namun tidak berkuasa serta merta kerana perlu menyelesaikan beberapa isu berkaitan termasuklah mencari penggantinya.- Bernama
Lantikan Presiden baharu UIAM masih jadi tanda tanya - Minda Rakyat

Kerajaan perlu segera tangani masalah rumah ibadat haram
Minda Rakyat Januari 06, 2019
Masih ingat lagi kekecohan yang berlaku di sebuah kuil Hindu Sri Maha Mariamman di USJ pada November dulu? Kekecohan tersebut juga menyebabkan beberapa buah kenderaan dibakar dan pejabat pemaju dipecahkan. 
Malah ia juga menyaksikan seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia selepas hampir 2 minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipukul ketika insiden di kuil tersebut. 
Sedar atau tidak sejak meletusnya kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman dapat dilihat isu yang melibatkan kuil semakin rancak dan panas diperkatakan di seluruh Malaysia. 
Saban hari ada sahaja pengguna media sosial seperti Facebook memuat naik gambar mahupun lokasi di mana terletaknya kuil atau rumah ibadat yang dibina secara haram di kawasan yang tidak sesuai.
Mungkin pada mulanya ia hanyalah perbuatan memacak sebatang besi di satu-satu tempat, tetapi lama-kelamaan ia membesar dan terus membesar dengan pelbagai tambahan binaan yang lain. 
Lebih memburukkan lagi keadaan kuil yang dibesarkan itu juga berkemungkinan menutup terus kawasan pejalan kaki sedia ada sebelum itu. 
Malah kuil “haram” yang dibina terletak di kawasan yang sangat tidak sesuai dan membahayakan keselamatan orang ramai. Misalnya, terdapat kuil yang dibina betul-betul di simpang masuk ke hospital. 
Selain itu, ada juga yang dibina di rizab jalan tanpa memikirkan risiko yang bakal terjadi. Keadaan ini amat membahayakan pengguna jalan raya yang memandu laju di lorong kecemasan jika terdapat sesuatu kes kecemasan. Keadaan menjadi lebih buruk jika ada upacara keagamaan di situ, sudah tentu kawasan sekitarnya menjadi sesak. 
Justeru, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat perlu bertindak segera jika tidak mengingini kejadian seperti di USJ berulang kembali. 
Sewajarnya kerajaan dan pihak terlibat memberikan perhatian serius terhadap isu ini. Jika ia terus berlarutan berkemungkinan besar akan berlaku pula “krisis perkauman” di negara ini. Pastinya kita tidak mahu sama sekali ia berlaku.
Perkara ini amat membimbangkan jika tidak segera ditangani secara berhemah kerana ia melibatkan sensitiviti kaum atau kelompok dalam masyarakat kita. 
Mungkin langkah terbaik yang boleh diambil oleh kerajaan adalah mewartakan rumah ibadat yang bersesuaian dan dibina di lokasi tertentu. Kemudian pihak yang bertanggungjawab perlu membuat pemantauan dan kawalan secara konsisten dari masa ke masa. 
Ini bukanlah isu yang mudah, justeru kerajaan perlu memikirkan cara terbaik untuk menanganinya agar sesuatu tempat ibadat dapat berjalan dengan baik tanpa berlakunya apa-apa kekecohan pada masa akan datang. 
Selain itu, kerajaan juga tidak boleh berdiam diri sebaliknya memainkan peranan penting dalam perkara ini dengan segera dan cekap. Jangan mengambil masa terlalu lama sehingga membuka ruang kepada pihak pengambil kesempatan bertindak ke atas kemelut yang berlaku. 
Kerajaan juga perlu mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap pihak-pihak yang sama ada gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan, atau yang memanipulasi keadaan sekali gus mengeruhkan keharmonian dan perpaduan masyarakat. 
Bukankah negara ini mempunyai undang-undang yang terpakai ke atas semua orang? Ini bermakna semua orang terikat dengan undang-undang sama tanpa ada pihak yang terkecuali. 
Dhia Hani ahli Persatuan Pemikir Muda JohorKerajaan perlu segera tangani masalah rumah ibadat haram - Minda Rakyat

Inkues Muhammad Adib dijalankan secara teliti, elak dipolemik: Zuraida
Ibu Adib mahu proses inkues diselesaikan dengan cepat
 ainulillia  06/01/2019
ALOR SETAR, 29 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksana dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kelompangan dan dipolemikkan pihak tertentu.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, tidak timbul isu mengenai perkara itu sengaja dilengahkan sebaliknya setiap proses dilakukan secara terbaik kerana ia melibatkan isu nasional.“Prosedur inkues adalah yang terbaik, sebelum ini pun arwah sudah diberikan rawatan terbaik…kita bersyukur keluarga setuju lakukan post-mortem (bedah siasat) jadi semua laporan dah ada.“Biasanya inkues ambil masa sebulan tetapi mungkin dapat diselesaikan lebih cepat apabila semua maklumat yang diperlukan lengkap,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Allahyarham Muhammad Adib di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini, hari ini.Menurut Zuraida, pada inkues pertama yang akan dijalankan di Mahkamah Koroner pada 18 Januari ini, semua saksi akan dipanggil termasuk doktor yang merawat dan pihak forensik yang melakukan proses bedah siasat terhadap Muhammad Adib.“Pada peringkat awal seramai 20 saksi telah dipanggil untuk beri keterangan dan dalam perkembangan terbaharu saya dimaklumkan ada saksi baharu yang akan dipanggil untuk bantu siasatan,” katanya.Sebelum ini, Peguam Cara III, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria berkata, pihak Jabatan Peguam Negara telah memfailkan dokumen kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Shah Alam dan pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib juga telah ditetapkan pada 18 Januari.Sementara itu, ibu Muhammad Adib, Asma Aziz, 51, berharap proses inkues dapat dijalankan dan diselesaikan dengan cepat selain ingin melihat muka pelaku-pelaku yang tergamak memukul anaknya itu.“Saya harap pelaku dapat ditahan dengan cepat, kalau susah tangkap sahaja dalangnya kalau tak dapat tangkap yang bawah-bawah. Apa pun saya terima ketentuan Ilahi dan sentiasa teringat anak dan setiap hari selepas solat Subuh saya dan suami akan pergi ziarah kuburnya,” katanya.Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata, laporan siasatan berhubung kes kematian enam anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat remaja di lombong di Puchong pada 3 Oktober lalu kini berada di peringkat akhir sebelum ia dibawa ke Kabinet.“Lepas kita bentang di Kabinet nanti, baru boleh buat pengumuman. Semua anggota ini turut dinaikkan pangkat sama seperti Muhammad Adib dan kebajikan keluarga mereka juga diberi perhatian,” katanya. – Bernama
Inkues Muhammad Adib dijalankan secara teliti, elak dipolemik: Zuraida - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Sunday, January 06, 2019
Apa DAP Lakukan Untuk Keadilan Adib - Lian Ker
TEOH BENG HOCK dan Muhammad Adib.KUALA LUMPUR 6 Jan. - Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker hari ini mempersoalkan apa yang dilakukan oleh DAP untuk menegakkan keadilan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim.TI LIAN KER Menurut Lian Ker, DAP berkempen secara besar-besaran beberapa tahun demi 'keadilan Untuk Teoh Beng Hock' sehingga diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor itu.
Menurut Lian Ker, Muhammad Adib dicederakan dan meninggal sementara menjalankan tugas sebagai anggota bomba.
Lian Ker berkata, kematian Muhammad Adib jelas menunjukkan berlaku kekasaran dan allahyarham telah diserang.
Sementara, Beng Hock menurut Lian Ker,  meninggal semasa dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam suasana yang tak jelas dan tiada sebarang bukti menunjukkan berlaku kekasaran dan penjenayahan.
"DAP berkempen secara besar-besaran beberapa tahun demi 'Keadilan Untuk Beng Hock ' sehingga diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat punca kematian Beng Hock.
"Apakah tindakan DAP untuk memberi keadilan pada Muhammad Adib selama ini setelah menjadi parti pemerintah? tanya Lian Ker.
Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Muhammad Adib mengalami kecederaan parah setelah diserang oleh beberapa individu yang belum dikenal pasti dalam satu rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu.
Setelah bertarung nyawa selama 21 hari, Muhammad Adib akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada 17 Disember lalu.
Sementara Beng Hock pula ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor pada pagi 16 Julai 2009.
Tahun lepas, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mendesak agar kes kematian Beng Hock segera dibuka semula.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada 25 Oktober 2018 berkata, permohonan untuk membuka semula siasatan kes Beng Hock masih di pejabat Peguam Negara.
Pada 7 Januari 2011, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian  Beng Hock.
Pada 21 Julai 2011 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.-UTUSAN ONLINE
Posted by Ibnu Hasyim at Sunday, January 06, 2019 
Ibnu Hasyim: Apa DAP Lakukan Untuk Keadilan Adib - Lian Ker
Malaysia - Batas maklumat alam maya yang wajar dihormati:
Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/01/cukup-usia-21-tahun-daftarlah-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pangeran Saudi Dikenal Sebagai Pembangkang Kerajaan Wafat Di Usia 87 Tahun

Pangeran Saudi Dikenal Sebagai Pembangkang Kerajaan Wafat Di Usia 87 Tahun

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 317 hits
Otoritas kerajaan Arab Saudi mengatakan salat jenazah untuk Pangeran Talal yang meninggal Sabtu 22 Desember 2018 waktu setempat akan dilangsungkan di Riyadh keesokan harinya
Belum Apa Apa Dah Menyalahi Akta Pilihan Raya

Belum Apa Apa Dah Menyalahi Akta Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 207 hits
KENYATAAN MEDIAa Kenyataan YB Senator Bob Manolan Mohamad di Pos Betau Jelai bahawa Ketua Kampong atau Tok Batin Masyarakat Orang Asli akan kehilangan gaji dan dibuang dari jawatan jika mereka tidak mengundi calon Kerajaan Persekutuan pada ...
Warga Peneroka Terus Teraniaya Janji Ph Sebelum Ini Sekadar Janji Pilihan Raya

Warga Peneroka Terus Teraniaya Janji Ph Sebelum Ini Sekadar Janji Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR 11 Jan Pengerusi Penaja Pembela Bangsa Felda Anuar Manap melihat segala janji manis yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan kepada warga Felda khususnya untuk menghapuskan 50 peratus hutang peneroka hanya sekadar janji pada piliha...
Bi Jamin Ketersediaan Uang Cukup Hadapi Tahun Baru

Bi Jamin Ketersediaan Uang Cukup Hadapi Tahun Baru

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 166 hits
Gubernur Bank Indonesia Perry Warjiyo menjamin ketersediaan uang cukup untuk memenuhi kebutuhan Natal 2018 dan tahun baru 2019 Hingga hari ini jumlah uang beredar sudah sekitar Rp 90 triliun dari total kebutuhan untuk Natal 2018 dan tahun b...
Menjelang Pilihan Raya Singapura Rancang Akta Sekat Berita Palsu

Menjelang Pilihan Raya Singapura Rancang Akta Sekat Berita Palsu

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 316 hits
Dec 27 2018 0 Comments MALAYSIA sejurus ditadbir Pakatan Harapan selepas pilihan raya Mei lalu telah memansuhkan akta antiberita tidak benar tetapi di seberang tambak kerajaannya sedang merancang memperkenalkan undang undang menangani berit...
Rasionalkah Pilihan Raya Pbt

Rasionalkah Pilihan Raya Pbt

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 515 hits
NAMPAKNYA DAP secara tegas dan konsisten mahu mengembalikan semula pilihan raya pihakberkuasa tempatan Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendirian bahawa ia tidak akan diadakan kerana berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasa...
Boleh Guling Ikut Pilihan Raya Mohamad Sabu

Boleh Guling Ikut Pilihan Raya Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 312 hits
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Fazrik KamarudinMENTERI Pertahanan Mohamad Sabu pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Ke 52 di Wisma Perwira Kuala Lumpur hari ini Foto Mohd Yusni AriffinKU...
10 Perkara Korang Perlu Buat Bila Usia Dah Cecah 30 Tahun Rileks Media

10 Perkara Korang Perlu Buat Bila Usia Dah Cecah 30 Tahun Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 263 hits
Bila masuk je tahun baru usia kita pun akan bertambah Ramai yang tertanya tanya apa yang perlu mereka lakukan bila pada usia 30 tahun Bila usia dah mencecah 30 tahun dah kena fikir tentang masa depan Yang mana belum kahwin tu kahwin la cepa...
Dr Mahathir Boleh Digulingkan Melalui Pilihan Raya

Dr Mahathir Boleh Digulingkan Melalui Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 330 hits
Usaha menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri boleh dilakukan tetapi perlu menerusi pilihan raya umum Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu bagaimanapun berkata beliau tidak menerima apa apa maklumat berhubung usah...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu