Rasionalkah Pilihan Raya Pbt


NAMPAKNYA DAP secara tegas dan konsisten mahu mengembalikan semula pilihan raya pihak
berkuasa tempatan (PBT). Walaupun Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendirian bahawa ia tidak akan diadakan kerana berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman, parti itu tetap menafikannya.

Sebagai respons kepada ketegasan Perdana Menteri itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Dr. Mahathir tidak dapat maklumat tepat apabila mendakwa pilihan raya PBT boleh mengundang masalah antara kaum.

Ini kerana pemimpin veteran itu yang dikatakan pejuang utama isu berkenaan menegaskan, masalah polarisasi kaum agak mustahil akan terjadi kerana ia telah diperbetulkan berdasarkan statistik pada 2010.

Jika dilihat kepada perbandingan fakta yang ‘diangkat’ Kit Siang itu, agak janggal apabila ia disandarkan kepada maklumat dalam tempoh hampir satu dekad. Dan sudah tentu dalam tempoh lapan tahun ini, pertambahan penduduk akan berlaku dengan pesatnya terutama melibatkan jumlah penduduk di bandar-bandar besar.

Kebimbangan Dr. Mahathir itu ada asasnya. Jika langkah mengadakan pilihan raya PBT diadakan, ia boleh menghasilkan keputusan yang salah antara bandar dan luar bandar sekali gus berkemungkinan mewujudkan konflik disebabkan perbezaan kaum.

Perkara itu turut diakui Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pro­f. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang menyatakan Malaysia belum bersedia untuk mengembalikan pilihan raya PBT yang telah dihentikan hampir 55 tahun lalu.

Walaupun negara ini berasaskan masyarakat majmuk, tahap perpaduan antara kaum dan etnik masih belum mencapai graf memuaskan. Jika langkah ini mahu diteruskan, ia akan memburukkan lagi hubungan sesama masyarakat sekali gus tidak mungkin akan mencapai matlamat pendemokrasian seperti apa yang diperjuangkan pemimpin parti politik tertentu.

“Negara kita belum bersedia untuk mewujudkan semula pilihan raya PBT kerana ia akan menjejaskan hubungan antara etnik yang pada masa ini kurang baik. Apa yang paling utama, kita perlu memperbaiki dahulu perpaduan kita. Jadi memadailah pilihan raya diadakan untuk pemilihan di peringkat pusat dan negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Memang benar, langkah mewujudkan pilihan raya PBT ini adalah sebagai memenuhi amalan sistem demokrasi baik apabila rakyat sebagai pembayar cukai berhak menentukan siapakah yang akan bertanggungjawab menggerakkan sistem pentadbiran di kawasan yang mereka tinggal.

Namun, jika melihat kepada senario kependudukan di negara ini terutama di bandar, majoritinya dikuasai satu kaum sahaja. Jika sesuatu kawasan itu dikuasai Cina, maka sudah tentu perwakilan peringkat PBT akan dikuasai kaum berkenaan sekiranya pilihan raya diadakan.

Dan situasi ini tidak baik kerana tidak wujud keseimbangan antara kaum dalam matlamat perkongsian kuasa. Kok Seong turut membangkitkan kecenderungan berpihak kepada kaum-kaum tertentu tidak dinafikan akan timbul, selain berlaku percanggahan ideologi yang boleh mengakibatkan masalah pentadbiran kucar-kacir.

“Kalau kawasan Cina, merekalah yang akan berkuasa dan ini sudah tentu tidak baik sebab kita nak lihat pihak yang berkuasa itu seimbang dari segi perkongsian kuasa antara kaum seperti sekarang ini dalam membentuk kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Muhammad Fathi Yusof turut mengulas berhubung dakwaan dan rasional untuk mengadakan pilihan raya PBT.

Pertama, berhubung salah guna kuasa apabila ketiadaan pilihan raya PBT. Pemilihan yang dilaksanakan melalui lantikan kerajaan didakwa mengurangkan tahap akauntabiliti.

Walaupun dakwaan ini ada asasnya, ia boleh diatasi dengan melantik wakil-wakil parti politik yang memerintah kerajaan negeri menjadi anggota majlis PBT.

Kedua, dari sudut pembaziran. Sesuatu pilihan raya tentunya memerlukan perbelanjaan besar dan sudah tentu wang itu datang daripada rakyat.

Pihak yang akan bertanding dalam pilihan raya PBT akan terlibat dalam kempen dan sebagainya sekali gus mendorong mereka menyalahgunakan aset, kemudahan, media dan jentera kerajaan untuk tujuan meraih undi. Semua ini tidak akan menguntungkan rakyat.

Ketiga, ialah berhubung nisbah perwakilan untuk rakyat. Realitinya, kebanyakan rakyat sudah pun diwakili oleh dua orang wakil rakyat. Penambahan seorang lagi wakil rakyat melalui pilihan raya PBT kelihatan tidak perlu.

Keempat, bandar adalah milik semua. Ia bukan milik penduduk tinggal di bandar sahaja, tetapi turut dimiliki penduduk luar bandar atau pinggir bandar yang setiap hari datang bekerja di kawasan itu.

Oleh itu, penduduk di bandar tidak mempunyai hak eksklusif untuk menentukan siapa yang layak menguruskan bandar. Dari perspektif penempatan mengikut kaum, Muhammad Fathi turut mengakui sebahagian besar penduduk di bandar adalah kaum Cina.

Jika dilaksanakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur misalnya, calon Melayu dan India lebih sukar mendapat sokongan. Sedangkan hakikatnya, ramai orang Melayu dan India juga menjadi penduduk setia Kuala Lumpur khususnya pada waktu bekerja.

Mereka turut menjadi sebahagian warga kota yang menghabiskan sebahagian masa dan wang mereka di sini. Justeru, adalah lebih wajar jika kepimpinan PBT ditentukan kerajaan bagi memastikan keseimbangan dalam ketetapan dasar serta keadilan untuk semua.

Oleh : Maisarah Sheikh Rahim

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2018/12/rasionalkah-pilihan-raya-pbt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Mungkin Tiada Maklumat Tepat Tentang Pilihan Raya Pbt Kata Kit Siang

Pm Mungkin Tiada Maklumat Tepat Tentang Pilihan Raya Pbt Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 291 hits
December 12 2018 12 19 AMLim Kit Siang berkata hanya 3 kawasan yang majoritinya Cina iaitu di Sibu Kuching dan Pulau Pinang BANGI Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak mendapat maklumat...
Petisyen Pilihan Raya Rayuan Mohamad Didengar 18 Februari

Petisyen Pilihan Raya Rayuan Mohamad Didengar 18 Februari

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 239 hits
Petisyen pilihan raya Rayuan Mohamad didengar 18 Februari nbsp nbsp Dikemas kini 19 minit yang lalu middot Diterbitkan pad
Meracau Bila Pm Tolak P Raya Pbt A Hadi Awang

Meracau Bila Pm Tolak P Raya Pbt A Hadi Awang

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 250 hits
BANGI 13 Rabiulakhir 1440H Jumaat Demikianlah apa yang dikatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang dilaporkan tidak dipersetujui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Be...
Boleh Guling Ikut Pilihan Raya Mohamad Sabu

Boleh Guling Ikut Pilihan Raya Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 283 hits
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Fazrik KamarudinMENTERI Pertahanan Mohamad Sabu pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Ke 52 di Wisma Perwira Kuala Lumpur hari ini Foto Mohd Yusni AriffinKU...
Dr Mahathir Boleh Digulingkan Melalui Pilihan Raya

Dr Mahathir Boleh Digulingkan Melalui Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 307 hits
Usaha menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri boleh dilakukan tetapi perlu menerusi pilihan raya umum Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu bagaimanapun berkata beliau tidak menerima apa apa maklumat berhubung usah...
Menjelang Pilihan Raya Singapura Rancang Akta Sekat Berita Palsu

Menjelang Pilihan Raya Singapura Rancang Akta Sekat Berita Palsu

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 271 hits
Dec 27 2018 0 Comments MALAYSIA sejurus ditadbir Pakatan Harapan selepas pilihan raya Mei lalu telah memansuhkan akta antiberita tidak benar tetapi di seberang tambak kerajaannya sedang merancang memperkenalkan undang undang menangani berit...
Tiada Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Kata Pm

Tiada Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Kata Pm

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 211 hits
December 10 2018 11 48 AMDr Mahathir berkata pilihan raya kerajaan tempatan boleh diburukkan oleh perbezaan kaum PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak ada rancangan untuk menghidupkan semula pilihan raya k...
Keluar Umno Bersih Tuntut Pilihan Raya Semula

Keluar Umno Bersih Tuntut Pilihan Raya Semula

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 725 hits
Pilihan raya perlu dilakukan semula susulan tindakan besar besaran wakil rakyat UMNO sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen meninggalkan parti itu Sekretariat Bersih Sabah berkata pilihan raya harus dibuat semula bagi memb...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven