Cuka Epal Khasiat Kesihatan Keburukan Jika Diambil Berlebihan


Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah antara bahan wajib bagi setiap rumah dan ia telah digunakan sejak berabad lamanya oleh pelbagai dinasti.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cuka epal dari segi khasiat pada kesihatan dan keburukannya apabila dimakan secara berlebihan.
Baca juga:
Khasiat Lemon Khasiat Habbatus Sauda Khasiat Madu Apa itu cuka epal? Cuka epal adalah cuka yang dihasilkan dari penapaian Apfelmost (buah epal). Dalam proses itu, gula dalam epal akan melalui proses fermentasi atau penapaian lalu menukarkan ia menjadi asid asetik.
Rasa masa cuka ini adalah kerana adanya asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).
Menurut sejarah, para pahlawan Samurai Jepun meminum cuka ini bagi tujuan meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh badan.
Antara jenama cuka epal yang popular di pasaran adalah Heinz, Radiant, Bragg, Surya dan bermacam-macam lagi.
Kandungan nutrisi Satu sudu besar (15ml) mengandungi:
3Kcal/13KJ 0.1 karbohidrat 11mg kalium 1mg kalsium 1mg magnesium Cuka epal kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium, dan fosforus, mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.
Khasiat makan cuka epal 1. Mengawal paras gula dalam darah
Khasiat cuka epal berkait rapat dengan pesakit kencing manis tahap 2. Kencing manis tahap 2 ini adalah keadaan di mana badan menghasilkan insulin, tetapi tidak dapat menggunakan insulin dengan baik.
Kebanyakkan diabetes jenis 2 terjadi disebabkan faktor pemakanan. Justeru penggunaan cuka ini mampu untuk mengimbangi kadar gula dalam darah dan mengawal masalah diabetes jenis 2.
Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa hanya dengan beberapa sudu teh cuka epal di dalam hidangan, ia mampu untuk mengurangkan paras gula dalam darah selepas makan, dan meningkatkan tindak balas insulin jika diambil sebelum makan.
2. Mengawal tekanan darah tinggi, strok, dan serangan jantung
Kalium atau potassium di dalamnya mampu untuk memecahkan lemak dan secara tidak langsung mengurangkan jumlah lemak yang ada pada arteri.
Kalium boleh melembutkan tisu arteri yang seterusnya meningkatkan keanjalan arteri.
Semua ini boleh mengurangkan risiko tenanan darah tinggi, strok atau serangan jantung.
3. Melegakan sakit tekak
Khasiat lain yang boleh anda dapat adalah sebagai ubat batuk semula jadi bagi mengatasi masalah sakit tekak dan batuk.
Hal ini kerana ia mempunyai kandungan antibakterial dan capsaicin yang membantu mengurangkan sakit.
Petua: Campurkan 1/4 cawan dengan cuka epal dan 1/4 dengan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.
4. Membantu menurunkan berat badan
Bahan asid asetik dalam cuka epal boleh membantu mengawal glukosa darah dan mengurangkan selera makan.
Oleh itu, ini secara tidak langsung boleh membantu menurunkan berat badan anda.
Walaubagaimanapun, asid asetik boleh menyebabkan sakit tekak. Pastikan anda campurkan cuka epal dengan sedikit air (lebih kurang 250 ml) untuk mengelakkan sakit tekak. 
Apapun, anda hendaklah mengambilnya dengan konsisten tetapi tidak berlebihan. 
5. Melegakan sakit pedih ulu hati
Sakit pedih ulu hati atau juga dikenali refluks asid boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan.
Biasanya ia terjadi apabila asid dari perut terlepas dan bergerak naik ke dalam esofagus anda dan menyebabkan rasa pedih dalam dada atau tekak. 
Cuka epal boleh membantu mengubati pedih ulu hati atau refluks asid dan turut mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh mencegah masalah usus tertentu yang mungkin menyebabkan refluks asid.
Selain itu, cuka epal juga akan membantu memberikan persekitaran asid yang sama seperti di dalam perut untuk memudahkan makanan dicerna. 
Petua: Tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu cuka epal ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum 30 minit sebelum anda makan.
6. Mengurangkan kadar kolesterol
Kajian yang pernah dilakukan kepada tikus menunjukkan berlakunya pengurangan kolesterol LDL (kolesterol jahat), dan paras trigliserida disebabkan oleh antioksidan dalam cuka ini.
7. Menghapuskan kelemumur rambut
Kelemumur rambut akan menyebabkan seseorang itu mudah berasa tidak selesa dan mudah gatal dibahagian kepala.
Banyak produk yang dijual di pasaran untuk mengurangkan masalah kelumumur, tetapi tahukah anda terdapat cara tradisional boleh anda gunakan iaitu dengan cuka epal?
Sifat asid yang dimilikinya akan menyebabkan kulat/bakteria (yang menyumbang kepada kehadiran kelemumur) tidak akan mampu membiak di kulit kepala anda.
Petua: Campurkan 1/4 cawan cuka epal dengan 1/4 cawan air. Sapukan air campuran tersebut di kulit kepala anda, biarkannya selama 15-60 minit. Kemudian bilas dengan air. Amalkannya sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
8. Memutihkan gigi secara semula jadi
Ia mempunyai sifat “menghakis” yang mana boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran degil dan kekuningan pada gigi. 
Bahkan bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi tertentu.
Petua: Berkumur dengan cuka epal setiap pagi.
9. Membantu merawat ketuat
Selain itu, anda boleh juga menggunakan cuka ini untuk merawat masalah ketuat. Ketuat adalah pertumbuhan kecil yang tumbuh pada kulit disebabkan oleh virus human papilomavirus.
Petua: Sapukan cuka epal di ketuat anda dan tutup kawasan tersebut menggunakan plaster (band-aid). Biarkan satu malam. Cabut plaster dan ulang langkah yang sama sehingga ketuat hilang.
10. Merawat luka dan meningkatkan imun badan
Tahukah anda, semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama, cuka epal digunakan untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan?
Bahkan, ia juga boleh diminum untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh kerana mengandungi asid amino, kalium dan enzim yang membantu untuk menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan.
Keburukan jika dimakan berlebihan Pada umumnya tidak ada kajian yang menyatakan bahawa cuka ini mendatangkan kesan buruk jika diambil dengan kadar yang betul.
Ini kerana cuka tersebut dihasilkan 100% daripada bahan semula jadi tanpa apa-apa olahan dan tambahan bahan kimia yang berbahaya.
Namun demikian, kami tidak mensyorkan anda untuk mengambil cuka epal ini dalam bentuk kapsul atau pil kerana kandungannya agak diragui. Adalah sebaiknya anda ambil yang asli dan diyakini bahan kandungannya.
Ingat, pastikan cuka ini diambil tidak melebihi dos yang dicadangkan untuk mengelakkan masalah yang boleh memburukkan keadaan.
Pengalaman Minum Apple Cider Vinegar | ML Studios Tip pilih cuka epal yang betul Sebelum anda membeli cuka ini, berikut kami kongsikan beberapa tips yang perlu anda tahu untuk memilih cuka yang berkualiti:
Raw (mentah): Menggunakan buah epal asli bukan perasa. Melalui proses fermentasi, tanpa pemanasan, tanpa proses filtrasi yang sempurna. Istilah “mother”: Mother merupakan bakteri baik/ bakteria probiotik yang memiliki banyak manfaat untuk kesehatan.  Tanpa pemanasan/pasteurisasi:  Tidak melalui proses pemanasan atau pasteurisasi. Warna cuka: Mempunyai pelbagai warna bergantung proses fermentasi yang dilakukan. Bau dan rasa cuka: Mempunyai bau yang masam dan tajam (pH 2-4). Apa-apa pun jika anda mengambil sebarang ubat, pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang tips yang kami berikan di atas tadi.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat cuka epal dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Khasiat Cuka Epal, Boleh Memutihkan Gigi Secara Semulajadi! My Sihat Khasiat Cuka Epal Untuk Kesihatan (Boleh Kurus Juga!) Bidadari.My Keburukan Cuka Epal Jika Diambil Secara Berlebihan. Bidadari.My

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cuka-epal/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cuka-epal

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 350 hits
Sekiranya anda merupakan peminat tegar nasi kerabu anda pasti sudah mengenali bunga telang Bunga berwarna biru dengan nama saintifik Clitoria ternatea ini rupanya bukan sekadar berfungsi sebagai pewarna semulajadi semata mata Rupanya ia men...
Pegawai Cuai Telah Diambil Tindakan Tegas Fadhlina

Pegawai Cuai Telah Diambil Tindakan Tegas Fadhlina

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 96 hits
Kuala Lumpur Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek melahirkan rasa kekesalan dan meminta maaf kepada komuniti India yang tersinggung berkait insiden larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil dalam Majlis Perasmian Karnival Bahasa Tamil Pering...
Ada Yang Kata Organ Pada Badan Manusia Boleh Bagi Sign Atau Tanda Kepada Tahap Kesihatan Seseorang Benarkah

Ada Yang Kata Organ Pada Badan Manusia Boleh Bagi Sign Atau Tanda Kepada Tahap Kesihatan Seseorang Benarkah

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 177 hits
Ada yang kata organ pada badan manusia boleh bagi sign atau tanda kepada tahap kesihatan seseorang Benarkah Jom kita check satu satu MATA Bertindak balas dengan keadaan hati a Mata jadi merah Hati mengandungi paras toksin yang tinggi Mata j...
Kesaksian Rinoa Aurora Tangan Saya Sering Diambil Leon Dozan Dan Ditamparkan Ke Mukanya

Kesaksian Rinoa Aurora Tangan Saya Sering Diambil Leon Dozan Dan Ditamparkan Ke Mukanya

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 146 hits
Korban penganiayaan artis Leon Dozan Rinoa Aurora Senduk membantah pernah menampar kekasihnya itu saat berkonflik
Minum Air Tin Berkarbonat Berlebihan Sejak 8 Tahun Bawa Padah

Minum Air Tin Berkarbonat Berlebihan Sejak 8 Tahun Bawa Padah

papar berkaitan - pada 15/11/2023 - jumlah : 113 hits
Yasmin Abdul LatifMahatdir Mohammad dan Anbalagan antara pesakit kencing manis mendapat bantuan kaki palsu percuma daripada sebuah syarikat PETALING JAYA Sejak berusia lapan tahun Mahatdir Mohammad sering terdedah kepada pengambilan makanan...
Susahnya Nak Hamil Berat Badan Berlebihan Stress Boleh Ganggu Ketidaksuburan

Susahnya Nak Hamil Berat Badan Berlebihan Stress Boleh Ganggu Ketidaksuburan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 148 hits
Susahnya nak mengandung Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri Apa sebabnya Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu Ada kalanya ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan...
Lee Kwangsoo Keluar The Zone Survival Mission Dex Diambil Jadi Pengganti Bagi Musim Ke 3

Lee Kwangsoo Keluar The Zone Survival Mission Dex Diambil Jadi Pengganti Bagi Musim Ke 3

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 218 hits
Sepertinya penonton The Zone Survival Mission akan berasa sedih dengan berita ini ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan media Lee Kwang soo disahkan tidak akan menyertai musim ketiga rancangan tersebut dan meninggalkan Yoo Jae suk bersama Yuri ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi