Susahnya Nak Hamil Berat Badan Berlebihan Stress Boleh Ganggu Ketidaksuburan


Susahnya nak mengandung! Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri. Apa sebabnya? Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu.

Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.

3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

Berita baik buat pasangan yang ikhtiar hamil. Sertai Zumba Sarung & Sembang Sihat bersama pakar berpengalaman. Ada peluang untuk menang hadiah hebat!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/sembang-sihat/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Susahnya Nak Hamil! Berat Badan Berlebihan & Stress Boleh Ganggu Ketidaksuburan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susahnya-nak-hamil-berat-badan-berlebihan-stress-boleh-ganggu-ketidaksuburan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Boleh Turun Berat Badan Tanpa Bersenam

5 Cara Boleh Turun Berat Badan Tanpa Bersenam

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 254 hits
SETIAP orang mengimpikan bentuk badan yang cantik dan sihat Namun impian itu hanya menjadi angan angan kosong tanpa sebarang usaha dan komitmen terutamanya dari segi senamam dan diet pemakanan yang sihat Tambahan pula ramai yang berbadan be...
Kitsui Belloss Fiber Khas Buat Yang Mempunyai Masalah Sembelit Dan Ingin Turun Berat Badan

Kitsui Belloss Fiber Khas Buat Yang Mempunyai Masalah Sembelit Dan Ingin Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 327 hits
Assalammualaikum readers MellyaCrayola Seperti yang sedia maklum Mell telah melahirkan anak yang kedua pada awal September yang lalu Jadi Mell menghadapi masalah sembelit yang agak teruk Mujurlah baru baru ni Mell diperkenalkan dengan produ...
Nasi Lemak Calories Makanan Yang Mengemukkan Berat Badan

Nasi Lemak Calories Makanan Yang Mengemukkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 191 hits
Nasi Lemak Calories Makanan Yang Mengemukkan Berat Badan Nasi lemak adalah sajian sarapan yang menjadi kegemaran bagi masyarakat Malaysia Sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai makanan rutin pada waktu pagi Namun tahukah anda berapakah ...
Dia Punya Dengki Tak Boleh Blah Rugi Makan Gaji Buta Hadi Mimpi Lagi Nak Tebuk Atap

Dia Punya Dengki Tak Boleh Blah Rugi Makan Gaji Buta Hadi Mimpi Lagi Nak Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 121 hits
ADUHHH HADI AWANG RUPANYA MASIH BELUM PUTUS ASA NAK JATUHKAN KERAJAANPerikatan Nasional masih berusaha menarik sokongan pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama parti itu dalam kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan mereka kata Abdul...
Tak Putus Doa Nak Pastikan Anak Bijak Dan Dengar Kata Ibu Amalkan Ni Masa Hamil

Tak Putus Doa Nak Pastikan Anak Bijak Dan Dengar Kata Ibu Amalkan Ni Masa Hamil

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 296 hits
Matlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata serta tidak bermasalah sebenarnya harus bermula daripada awal iaitu ketika mengandung lagi Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara ...
Mama Papa Yang Teringin Nak Buat Maternity Shoot Boleh Tiru Idea Uyaina Arshad

Mama Papa Yang Teringin Nak Buat Maternity Shoot Boleh Tiru Idea Uyaina Arshad

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 301 hits
Maternity shoot trend pasangan bakal ibu bapa merakamkan gambar gambar dan juga video Ia seakan menjadi perkara wajib dilakukan terutama ketika menyambut kehamilan bayi sulung Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang berhajat untuk mengadakan ...
Siti Bainun Turun Berat Badan

Siti Bainun Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 134 hits
Ada yang positifnya masuk penjara KUALA LUMPUR Susuk tubuh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang semakin kurus menarik perhatian semua pihak yang hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa Difahamkan berat badan wanita berusia ...
Fokus Naikkan Berat Badan Anak Pilih Real Food Lengkap Tiga Sumber Utama Untuk Anak

Fokus Naikkan Berat Badan Anak Pilih Real Food Lengkap Tiga Sumber Utama Untuk Anak

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 329 hits
Melihat saiz anak yang terlalu kurus membuatkan kita terus bimbang Adakah anak kita tidak cukup nutrisi setiap hari atau berat badan susah untuk naik Apa sebabnya Menurut perkongsian fokus utama untuk menaikkan berat badan anak adalah denga...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran