Cuepacs Tuntut 3 Perkara Daripada Kerajaan


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan seiring tempoh setahun Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Selain isu perumahan untuk penjawat awam, kesatuan itu mahu campur tangan dalam pengendalian dan pelaksanaan dasar kerajaan oleh individu lantikan politik dihentikan, serta pertimbangan memberi insentif khas sempena Aidilfitri ini.


Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata kerajaan diminta mengekalkan dasar perumahan untuk penjawat awam berikutan masih ramai belum memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata, jika kerajaan memutuskan tiada pengkhususan dasar untuk penjawat awam membeli rumah, kemampuan mereka bersaing dalam pasaran terbuka akan menjadi lebih mencabar.

“Berdasarkan sejarah, penjawat awam memang tidak mampu bersaing dengan gaji swasta yang lebih tinggi.

“Sekiranya dasar ini disusun semula dengan percampuran (pembelian rumah antara) penjawat awam dan swasta, kami bimbang kakitangan awam tidak akan mampu membeli rumah.

“Harga RM300,000 untuk rumah mampu milik sangat tinggi dan di luar kemampuan (penjawat awam),” katanya pada sidang media bagi mengulas tempoh setahun pentadbiran PH, di sini, hari ini.


Azih berkata, penjawat awam tidak ada harapan selain untuk kerajaan menyedia dan menawarkan rumah mampu milik kepada mereka, dengan harga tidak melebihi tahap kemampuan gaji yang diterima.

“Setiap kali cabutan (undi untuk) rumah penjawat awam, hanya 10 peratus berjaya, manakala 90 peratus lagi perlu bersaing dengan pekerja swasta dan akhirnya tidak dapat.

“Diharapkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin) melihat perkara ini. Melalui Dasar Perumahan Negara, CUEPACS pun tidak dipanggil. Dasar ini sepatutnya dapat menjamin penjawat awam untuk membeli rumah,” katanya.

Azih berkata, CUEPACS juga sudah membangkitkan perkara itu untuk pengetahuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan akan menulis surat serta bersedia bertemu menteri bertanggungjawab jika gesaan mereka tidak diberi perhatian.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menerima aduan bahawa ada individu lantikan politik mencampuri urusan dalam perkhidmatan awam.

“Apa (aduan) yang sampai ke pejabat kami, ada dasar diputuskan lantikan politik yang tidak mahu penjawat awam buat. Mereka (lantikan politik) yang hendak buat.

“Kalau ada halangan begini, ia akan melambatkan proses pelaksanaan. Penjawat awam tidak akan berdiam diri kerana mereka memegang dan memikul tanggungjawab,” katanya.


Seterusnya, Azih menjelaskan tuntutan bayaran insentif khas sempena Aidilfitri adalah seperti tahun sebelum ini, sebagai bukti keprihatinan kerajaan membantu meringankan beban penjawat awam, terutama mereka yang memiliki keluarga besar.

Beliau sekali gus mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang sudah menyatakan komitmen memberi insentif khas kepada penjawat awam di negeri terbabit.

“Kita sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, justeru berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bantuan khas kerana sara hidup ketika ini adalah tinggi serta mencabar. Diharapkan juga boleh mendapat lebih awal untuk persiapan raya,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/05/cuepacs-tuntut-3-perkara-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bonus Raya Rm1 000 Untuk Penjawat Awam Cuepacs Harap Kerajaan Beri Sebelum Hari Raya

Bonus Raya Rm1 000 Untuk Penjawat Awam Cuepacs Harap Kerajaan Beri Sebelum Hari Raya

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 710 hits
Pasti ramai penjawat awam tertanya tanya bilakah tarikh bayaran bonus hari raya 2019 kali ini kan Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam berharap kerajaan akan memberi kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan seb...
Cuepacs Harap Kerajaan Beri Bonus Sebelum Aidilfitri

Cuepacs Harap Kerajaan Beri Bonus Sebelum Aidilfitri

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 397 hits
PASIR MAS Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam berharap kerajaan mempertimbangkan supaya pemberian bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Aidilfitri Presidennya Datuk Azih Muda ber...
Tun M Akui Ketegasan Kerajaan Tangani Rasuah Sebabkan Sokongan Merudum

Tun M Akui Ketegasan Kerajaan Tangani Rasuah Sebabkan Sokongan Merudum

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 383 hits
foto sumber internetPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan merosot kerana ketegasan kerajaan dalam memerangi perbuatan rasuah Dr Mahathir berkata terdapat kumpulan tertentu tidak lagi mendapa...
12 Bulan Tempoh Singkat Kerajaan Perlu Lebih Masa Untuk Laksanakan Manifesto

12 Bulan Tempoh Singkat Kerajaan Perlu Lebih Masa Untuk Laksanakan Manifesto

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 279 hits
foto sumber internetALOR SETAR Dua belas bulan merupakan satu tempoh yang sangat singkat untuk kerajaan Pakatan Harapan Kedah melaksanakan semua manifestonya namun kerajaan negeri tidak pernah berhenti berusaha untuk menunaikan semua janji ...
Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 254 hits
SETAHUN yang berlalu adalah sesuatu yang sia sia dan sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan kerajaan Menutup segala kelemahan mereka maka manifesto dikatakan bukan kitab suci dan sudah p...
Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 316 hits
PULAU PINANG 9 Mei Parti Gerakan menuntut Kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan kepada rakyat berkenaan kegagalan menunaikan janji janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke 14 selepas setahun mentadbir negara Timbalan Presidennya Oh ...
Kerajaan Mulakan Tindakan Rampas Harta Najib Dan Keluarganya Bernilai Rm711 Juta

Kerajaan Mulakan Tindakan Rampas Harta Najib Dan Keluarganya Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 744 hits
KERAJAAN Malaysia dan pihak polis dilapor telah memfailkan satu tindakan undang undang perlucutan hak terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isterinya datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa individu lain berhubung barangan...
Kursus Corporate Governance Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

Kursus Corporate Governance Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 812 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Kejadian ini adalah pada 30 April yang lalu Bos dan Mrs A berserta seorang lagi staff dari unit lain kena pergi kursus Corporate Governance rasanya sesiapa yang kerja kerajaan...
Dobrak Banyak Aturan Kerajaan Ini 8 Fakta Unik Di Balik Lahirnya Royal Baby Meghan Markle Prince Harry

Dobrak Banyak Aturan Kerajaan Ini 8 Fakta Unik Di Balik Lahirnya Royal Baby Meghan Markle Prince Harry

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 269 hits
Yang sudah menanti nanti penasaran siapa nama bayi manis Meghan Markle dan Prince Harry bisa langsung kepoin di sini ya Uwuwu manisnyaaaa
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin