Kursus Corporate Governance Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Kejadian ini adalah pada 30 April yang lalu. Bos dan Mrs. A berserta seorang lagi staff dari unit lain kena pergi kursus Corporate Governance (CG) rasanya sesiapa yang kerja kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan mesti tahu pasal kursus ni. Kursus CG ni actually Mrs. A dipaksa pergi oleh bos, malas nak banyak citer Mrs. A pun layan ajelah. Lagipun kursus ini memang ada berkaitan dengan nature of work Mrs. A. Okaylah tu lagipun sudah agak lama Mrs. A tak pergi external course.
Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri ini telah diadakan di Klana Resort, Seremban. Kursus ni adalah kursus sehari dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 4.30 petang. Ianya adalah anjuran bersama KESANS dan HYPE9 Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan. Peserta kursus bukan setakat dari Negeri Sembilan sahaja ada juga yang dari Negeri Melaka. Pagi tu sebelum kursus bermula kita bergambar dulu ngeh! ngeh! ngeh!
Peserta-peserta kursus, tetamu jemputan dan speakers diminta bergambar bersama sebelum kursus bermulaKursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Objektif kursus yang pertamanya adalah untuk memberi pendedahan kepada syarikat Kerajaan Negeri berkenaan amalan Tadbir Urus Korporat yang baik. Keduanya untuk memberi kesedaran kepada syarikat Kerajaan Negeri mengenai tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat, selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Akta SPRM 2009.
Dari apa yang Mrs. A faham CG atau amalan tadbir urus korporat yang baik ini hanyalah sebagai garis panduan sesebuah syarikat untuk mentadbir syarikat mengikut acuan syarikat masing-masing supaya lebih sistematik. Contoh macam Piagam Lembaga Pengarah. Bila syarikat telah mewujudkan sejenis piagam ini takdelah seseorang Ahli Lembaga Pengarah tu boleh buat sesuka hati sahaja haruslah mereka merujuk piagam tersebut dalam membuat sesuatu keputusan untuk kepentingan syarikat bukan untuk diri sendiri. Adeh!!! seriusnya muahhhaaaa....
Meh! sini Mrs. A belanja gambar lagi.
Kami SAINS
Seating arrangement macam classroomKursus ni terbahagi kepada 4 Slot:-
Slot 1 - Tanggungjawab ALP dan Pihak Pengurusan Syarikat
(Speaker - En Mohd Suffian b. Mohd Mokhtar - Ketua Seksyen Bah. Perundangan SSM KL Centre)
Slot 2 - Risiko Penyalahgunaan Kuasa ALP dan Pihak Pengurusan Syarikat
(Speaker - Tuan Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim - Pengarah SPRM cawangan N.S.)
Slot 3 - Malaysian Code of CG - Jawatankuasa yang perlu ada dalam sesebuah syarikat.
(Speaker - En Saiful Anuar b. Zakaria - Pengarah Audit Negeri, JAN, Melaka)
Slot 4 - Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat dan isu-isu penemuan audit.
(Speaker - Pn Salwani bt Muhammad - Pengarah Bahagian 1, Sektor Tadbir urus, JAN, Malaysia)
Mrs. A bagi title ajelah ya, sejenis tak rajin nak ulas details muahahaaaaa.... Pendapat Mrs. A secara keseluruhannya kursus yang sangat menarik dan banyak ilmu baharu dapat dicedok. Lagipun speaker semua hebat-hebat. Mereka relate bahan kursus dengan pengalaman masing-masing yang terlibat secara langsung dengan kes-kes high-profile negara yang sedang dan telah berlaku sedikit masa dahulu. Lagi yang best kalau berkursus ni tak lain dan tak bukan dapat makan sedap dari breakfast, lunch sampailah ke high-tea ngeh! ngeh! ngeh!
Finally sebelum kurus ditamatkan secara rasmi, peserta-peserta pun diberi sijil penghargaan.
Dan lagi dapat sijil tamat kususReaders ada ke yang dah pernah pergi kursus CG ni? eh! ada.... kalau macam tu kita gang, sep sikit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2019/05/kursus-corporate-governance-cg-untuk.html