Covid19 Pekerja Majikan Digesa Guna Pakai Akta Kerja 1955 Kementerian Sumber Manusia


Kementerian Sumber Manusia menggesa pekerja dan majikan mengguna pakai Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955 susulan penularan Covid-19 di negara ini.

Kenyataan kementerian itu menyebut bahawa Seksyen 60F antara lain memperuntukkan mengenai pemeriksaan kesihatan iaitu mengarahkan pekerja untuk segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada pegawai perubatan atas pembiayaan majikan.

“Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji (tanpa hospitalisasi) juga diperuntuk selain majikan perlu memberikan cuti sakit bergaji atau kelayakan hospitalisasi sepanjang tempoh rawatan di hospital bagi pesakit yang disahkan mempunyai simptom jangkitan Covid-19.

“Bagi pekerja yang diberi arahan kuarantin melebihi tempoh kelayakan cuti sakit atau hospitalisasi, majikan digalakkan untuk memberi kemudahan bayaran tambahan kepada pekerja bagi tujuan menjaga keharmonian hubungan pekerja dan majikan,” menurut kenyataan itu.


Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955 pula menyatakan bahawa bagi pekerja yang diberi Perintah Kuarantin atau Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman, sepanjang tempoh kuarantin itu beliau tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan.




Kenyataan itu menyebut bahawa menerusi seksyen sama, majikan boleh mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak pemberhentian pekerja seperti yang disyorkan di dalam Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan.

“Antaranya ialah mengehadkan kerja lebih masa, mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja seminggu, mengurangkan waktu bekerja harian, melaksanakan pemberhentian kerja sementara, misalnya dalam bentuk penutupan sementara dengan menawarkan gaji berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula.

“Majikan juga boleh mengurangkan gaji pekerja yang dibuat secara adil di semua peringkat sebagai langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain telah dilaksanakan,” katanya.

Jika berlaku keadaan yang menyebabkan kemerosotan dalam perniagaan sehingga menyebabkan majikan terpaksa mengambil tindakan untuk mengurangkan tenaga kerja atau pemberhentian pekerja, majikan perlu merujuk Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja yang boleh didapati di laman sesawang JTKSM iaitu http://jtksm.mohr.gov.my.

Majikan dikehendaki menggunakan Borang Pemberhentian bagi tujuan melaporkan pemberhentian kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil tindakan Pemberhentian Pekerja, Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela; Pemberhentian Kerja Sementara atau Pengurangan Gaji.

Mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan seperti di atas, sekiranya disabitkan kesalahan boleh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan.

JTKSM juga telah menubuhkan Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian Pekerja Ekoran Wabak Covid-19 di peringkat jabatan untuk merekod maklumat pemberhentian yang berlaku dan memantau situasi perburuhan yang terjejas akibat penularan penyakit itu.

Kementerian itu turut menyeru semua majikan agar membuat saringan terhadap keberadaan pekerja masing-masing dan membantu dalam mengenal pasti sama ada pekerja mereka menghadiri mana-mana perhimpunan ijtimak tabligh dan keagamaan di Pulau Pinang.

“Sekiranya ada, kerjasama pihak majikan dipohon agar mengarahkan pekerja berkenaan untuk mengisytiharkan diri dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran bagi mendapatkan nasihat serta tindakan lanjut,” katanya. ― Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/covid19-pekerja-majikan-digesa-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Tuntutan Yang Pekerja Boleh Buat Majikan Boleh Lakukan Di Bawah Akta Kerja 1955

Covid 19 Tuntutan Yang Pekerja Boleh Buat Majikan Boleh Lakukan Di Bawah Akta Kerja 1955

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 796 hits
BAYANGKAN satu hari nanti anda terkena simptom demam lalu pergi ke hospital untuk jalani saringan kesihatan Keputusan ujian mendapati anda disahkan positif COVID 19 Jadi apakah tindakan anda dan apakah tuntutan anda pada majikan Gambar hias...
Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 592 hits
Majikan yang didapati memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat tanpa ada sebarang keperluan dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Menurut Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia Lim Wei Jiet berkata tiada majikan d...
Nestapa Ibu Misca Mancung Kerja Dibayar Rp50 Ribu Makan Pakai Garam Dan Cabai

Nestapa Ibu Misca Mancung Kerja Dibayar Rp50 Ribu Makan Pakai Garam Dan Cabai

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 200 hits
Kesuksesan Mancung di industri hiburan tanah air ternyata tak bertahan lama Kehidupan Mancung dan keluarganya pun kini berubah
Covid 19 Hak Pekerja Yang Perlu Majikan Patuhi

Covid 19 Hak Pekerja Yang Perlu Majikan Patuhi

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 1393 hits
COVID 19 HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI COVID 19 HAK PEKERJA YANG PERLU MAJIKAN PATUHI Bagi mengendalikan isu yang berkaitan pekerja ekoran penularan Covid 19 Majikan dikehendaki mematuhi Akta Kerja 1955 Majikan yang gagal mematuhi g...
Nak Guna Mask Muka Jenis Kain Ada Caranya Salah Pakai Lebih Mudah Dijangkiti Penyakit

Nak Guna Mask Muka Jenis Kain Ada Caranya Salah Pakai Lebih Mudah Dijangkiti Penyakit

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 705 hits
Kes COVID 19 semakin meningkat dan jumlah kematian juga bertambah dari sehari ke sehari Selain penjagaan kebersihan diri rakyat Malaysia digalakkan untuk memakai topeng muka sekiranya keadaan mendesak untuk keluar rumah Memandangkan bekalan...
Panduan Majikan Pekerja Ketika Wabak Covid 19

Panduan Majikan Pekerja Ketika Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 565 hits
SHAH ALAM 16 MAC Berikutan penularan wabak Covid 19 Kementerian Sumber Manusia menasihati pekerja dan majikan mengguna pakai seksyen seksyen di bawah Akta Kerja 1955 sebagai panduan berkaitan wabak itu Antara seksyen yang boleh diguna pakai...
Covid 19 Bantuan Rm600 Buat Pekerja Majikan Terjejas

Covid 19 Bantuan Rm600 Buat Pekerja Majikan Terjejas

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 503 hits
SHAH ALAM 22 MAC Pertubuhan Keselamatan Sosial Selangor menyediakan bantuan kewangan sementara RM600 sebulan kepada pencarum yang terjejas susulan penularan Covid 19 kata pengarahnya Mustafa Draman berkata bantuan di bawah Program Pengekala...
Kerajaan Digesa Ganti Pekerja Asing Dengan Warga Tempatan

Kerajaan Digesa Ganti Pekerja Asing Dengan Warga Tempatan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 221 hits
Minderjeet Kaur PETALING JAYA Persatuan majikan menyeru tindakan segera untuk menggantikan pekerja asing dengan penduduk tempatan mengatakan ia perlu disebabkan kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia akibat perintah kawalan per...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selesai Tugasku Iringimu Di Dunia Kisah Sebak Lelaki Berkhidmat 21 Tahun Dengan Pak Lah Raih Perhatian

Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips