Covid 19 Ujian Kendiri Wajar Dilakukan Murid Sekolah Pibgn


Imej hiasan

KUALA LUMPUR: Ujian kendiri COVID-19 disifatkan wajar dilakukan oleh murid sekolah sebagai usaha mencegah jangkitan virus.

Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata tindakan itu juga dianggap sebagai satu amalan baik kesihatan untuk memastikan individu terus mapan sihat, dijauhi penyakit serta mengawal kekebalan kesihatan masing-masing.

Katanya, sebagai langkah awal bagi memberi keyakinan kepada orang ramai juga, Kementerian Pendidikan (KPM) boleh membekalkan kit ujian kendiri percuma khususnya kepada warga pendidikan pada minggu pertama persekolahan.

"Selain itu, tindakan wajar seterusnya dilakukan ialah membuat ujian kendiri secara berkala bergantung kepada intensiti merebaknya COVID-19.

"Pengawalan harga dan piawaian ujian kit juga boleh dilaksanakan secara berkala oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Penggunaan pelitup muka dan garis panduan juga perlu dilaksana kembali sebagai mengekang virus daripada merebak tanpa disedari," katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan KKM akan mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes COVID-19, selain penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.

Dilaporkan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagi membincangkan perkara itu untuk mengekang penularan semula COVID-19 di sekolah.

Mohamad Ali berkata, tindakan itu penting kerana ia boleh mencemaskan sistem penjagaan kesihatan negara sekiranya kemudahan katil hospital semakin kritikal.

"Justeru ceramah 'Penjagaan Diri Mengelak atau Membenteras COVID-19' juga boleh terus dijalankan dengan lebih giat.

"Amalan Penjegahan COVID-19 juga perlu dijadikan sebagai budaya harian sepanjang masa dari rumah ke sekolah atau tempat kerja dan sebaliknya," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/covid-19-ujian-kendiri-wajar-dilakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peningkatan Kes Covid 19 Kkm Saran Murid Sekolah Pakai Pelitup Muka

Peningkatan Kes Covid 19 Kkm Saran Murid Sekolah Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 262 hits
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa Foto NSTPKUALA LUMPUR Berikutan peningkatan kes COVID 19 termasuk varian baharu dikenali sebagai XBB 1 16 atau Arcturus Kementerian Kesihatan akan mencadangkan pemakaian pelitup muka di sekolah Menteri Ke...
Laksana Ujian Pengesanan 3m Untuk Murid Tahun Empat Pensyarah

Laksana Ujian Pengesanan 3m Untuk Murid Tahun Empat Pensyarah

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 428 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia disarankan melaksanakan ujian pengesanan bagi kemahiran membaca mengira dan menulis kepada semua murid tahun empat Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia D...
Baju Sukan Wajar Dijadikan Uniform Baharu Sekolah Page

Baju Sukan Wajar Dijadikan Uniform Baharu Sekolah Page

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 335 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Pemakaian baju sukan sebagai pakaian seragam sekolah wajar dikekalkan memandangkan ia sesuai dengan iklim negara ini Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusi Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan D...
Ujian Kemasukan Sbp Tidak Cerminkan Kualiti Akademik Sebenar Murid

Ujian Kemasukan Sbp Tidak Cerminkan Kualiti Akademik Sebenar Murid

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 477 hits
Imej hiasanPETALING JAYA Ibu kamu telah selesai memasak nasi dalam keadaan kelam kabut apa perlu anda buat Rakan anda menangis apa perlu anda buat Demikian antara soalan ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus yang remeh untuk kemasukan ...
51 Murid Di Jepun Jatuh Sakit Terhidu Gas Di Sekolah

51 Murid Di Jepun Jatuh Sakit Terhidu Gas Di Sekolah

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 367 hits
51 murid di Jepun jatuh sakit terhidu gas di sekolah nbsp Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 May 2023 10 11P
Kejayaan Murid Tidak Bergantung Pada Jenis Sekolah

Kejayaan Murid Tidak Bergantung Pada Jenis Sekolah

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 365 hits
Imej hiasanKecemerlangan akademik tidak bergantung kepada jenis sekolah yang dihadiri sebaliknya berdasarkan kekuatan murid itu sendiri selain kerajinan komitmen dan kesungguhannya dalam pengajian Apatah lagi sama ada menuntut di sekolah ha...
Bisnes Boleh Dilakukan Ketika Musim Pandemik Covid 19

Bisnes Boleh Dilakukan Ketika Musim Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 564 hits
Pandemik COVID 19 yang melanda dunia telah memberi kesan yang sangat buruk terhadap banyak industri di negara kita Pada hari catatan ini saya tulis virus COVID 19 ini masih belum betul betul hilang Ianya masih ada dan saban hari masih ada i...
Tembakan Rawak Di Sekolah Serbia 9 Maut Suspek Berusia 14 Tahun Ditahan

Tembakan Rawak Di Sekolah Serbia 9 Maut Suspek Berusia 14 Tahun Ditahan

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 563 hits
Selepas tembakan sejumlah besar kereta polis dan ambulans bergegas ke tempat kejadian Budak 14 tahun tembak rawak di bilik darjah Belgrade 8 kanak kanak serta seorang pengawal keselamatan maut dan sekurang kurangnya 5 pelajar cedera selepas...
Takut Kepada Sekolah Tamil Dari Dulu Sekarang Dan Untuk Selamanya Pemuda Tak Ada Otak

Takut Kepada Sekolah Tamil Dari Dulu Sekarang Dan Untuk Selamanya Pemuda Tak Ada Otak

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 356 hits
Big Disclaimer This is just to make a point No negative intentions are intended towards any type of vernacular schools Muqqadimah Kenapa pula dalam negara kita di mana terdapat kumpulan penganggur dan ahli kelab tongkat yang suka bangkitkan...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun