Kejayaan Murid Tidak Bergantung Pada Jenis Sekolah


Imej hiasan

Kecemerlangan akademik tidak bergantung kepada jenis sekolah yang dihadiri sebaliknya berdasarkan kekuatan murid itu sendiri selain kerajinan, komitmen dan kesungguhannya dalam pengajian.

Apatah lagi sama ada menuntut di sekolah harian atau berasrama penuh, secara umumnya masih menggunakan sukatan pelajaran dan silibus yang sama.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan, berkata dalam konteks itu ibu bapa seharusnya tidak memaksa anak-anak mereka memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah berasrama yang lain jika si anak tidak berminat berbuat demikian.

Katanya, tindakan memaksa anak memasuki SBP misalnya hanya akan menjejaskan emosi mereka sekali gus membentuk perwatakan luar jangka.

Malah katanya, dalam konteks semasa sangat banyak sekolah harian di negara ini yang mencatatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jauh lebih baik berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Jadi, kalau tidak dapat tempat untuk belajar di SBP tidak perlu kecewa kerana sekolah harian mempunyai kelebihan tersendiri.

"Satu yang pasti, apabila belajar di sekolah harian murid itu masih tinggal dengan keluarga.

"Maksudnya mereka mempunyai banyak masa bersama ibu bapa dan adik beradik dan menikmati masa berkualiti dengan mereka. Hal ini tentu jauh berbeza dengan murid di asrama yang perlu keluar rumah seawal 13 tahun dan menghabiskan masa lima tahun 'membesar' dengan kawan sebaya," katanya.

Katanya, kekal tinggal dengan keluarga dalam tempoh yang lama membantu membolehkan banyak masa dihabiskan di rumah selain mempererat hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu bapa," katanya.

Justeru katanya, ibu bapa tidak perlu kecewa sekiranya anak mereka tidak minat belajar di asrama dengan memilih kekal di sekolah harian biasa yang dekat dengan kediaman mereka.

"Sekolah harian pun tak kurang hebatnya. Misalnya kita boleh perhatikan setiap kali keputusan SPM diumumkan, beberapa sekolah harian menunjukkan keputusan lebih baik daripada SBP atau MRSM.

" Sebagai contoh, di Pahang misalnya keputusan SPM 2021 menyaksikan tiga sekolah harian biasa tersenarai antara 10 sekolah terbaik, manakala di Kedah pula Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Sultanah Asma, Alor Setar menjadi sekolah terbaik SPM 2021 dan ia adalah sekolah harian," katanya.

Tegas Mohd Azizee, di Kelantan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Tarbiah Islamiah Kampung Kajang, Tanah Merah antara sekolah harian aliran agama yang mencapai kelulusan 100 peratus bagi semua pelajaran sekali gus muncul antara sekolah terbaik.

Katanya, Kementerian Pendidikan turut memperkenalkan sekolah kawalan bagi mewujudkan dan memantapkan kecergasan serta prestasi akademik pelajar selain meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

Ketika ini katanya, terdapat enam jenis sekolah kawalan termasuk Kelas Rancangan Khas (KRK) di sekolah harian dengan keutamaan adalah kepada pelajar B40 yang cemerlang namun tidak berjaya mendapatkan tempat di SBP dan MRSM.

"Jadi jika anak belajar di sekolah harian jangan khuatir terutama jika sekolah yang dihadirinya itu dikategorikan sebagai KRK.

"Sistem pendidikan di negara ini sama saja jadi terpulang kepada murid itu sendiri sama ada dia mahu cemerlang atau tidak," katanya.

Bagi seorang ibu Salmah Arshad, 49 dua anaknya diberi kebebasan sama ada mahu belajar di sekolah harian atau berasrama meskipun mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Saya tidak memaksa kerana tahu paksaan hanya akan menimbulkan konflik dan menjejaskan pelajaran mereka.

"Jadi anak sulung saya memilih sekolah harian dan mampu memperoleh 10A dalam SPM," katanya.

Begitu juga dengan anak keduanya yang turut memilih sekolah harian apabila memilih menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya dan ketika ini sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Katanya, kelebihan belajar di sekolah harian antaranya yuran lebih murah dan ia memberi kelegaan kepadanya dan suami dari sudut kewangan.

Tambahnya, bagi golongan kurang berkemampuan, walaupun anak mereka layak ke SBP atau MRSM, ibu bapa lebih suka menghantar anak mereka ke sekolah berhampiran dengan kediaman berikutan tidak mampu berbelanja tinggi semata - mata mahu menghantar anak ke sekolah elit berkenaan.

Sementara itu Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Suriany Awaludin, berkata ibu bapa perlu memainkan peranan hala tuju pendidikan anak di peringkat menengah.

Katanya, terdapat banyak jenis sekolah asrama ditawarkan di Malaysia antaranya sekolah harian berasrama.

"Sebenarnya kalau memilih asrama, banyak aktiviti pembelajaran boleh dilakukan berbanding murid di sekolah harian biasa.

"Tapi tinggal di asrama itu tidak bermaksud SBP atau MRSM kerana ada banyak sekolah harian yang menawarkan asrama.

"Namun, rutin tinggal di asrama hampir sama kerana murid perlu menguruskan diri sendiri selain perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan,"katanya.

Bagaimanapun, kemasukan ke sekolah berasrama bukanlah syarat utama kecemerlangan seseorang murid. Bahkan bagi Suriany sendiri, beliau adalah menuntut di sekolah harian sehingga Tingkatan Tiga sebelum memilih tinggal di asrama dari Tingkatan Empat hingga Enam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/04/kejayaan-murid-tidak-bergantung-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Ujian Kendiri Wajar Dilakukan Murid Sekolah Pibgn

Covid 19 Ujian Kendiri Wajar Dilakukan Murid Sekolah Pibgn

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 675 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Ujian kendiri COVID 19 disifatkan wajar dilakukan oleh murid sekolah sebagai usaha mencegah jangkitan virus Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata tindakan itu juga dian...
Peningkatan Kes Covid 19 Kkm Saran Murid Sekolah Pakai Pelitup Muka

Peningkatan Kes Covid 19 Kkm Saran Murid Sekolah Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 167 hits
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa Foto NSTPKUALA LUMPUR Berikutan peningkatan kes COVID 19 termasuk varian baharu dikenali sebagai XBB 1 16 atau Arcturus Kementerian Kesihatan akan mencadangkan pemakaian pelitup muka di sekolah Menteri Ke...
Garis Panduan Kpm Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah Dan Institusi Pendidikan Lain

Garis Panduan Kpm Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah Dan Institusi Pendidikan Lain

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 206 hits
Garis Panduan KPM Yang Rasmi Bagi Penutupan Sekolah dan Institusi Pendidikan Lain Terbaru surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai situasi sekarang bagaimana kita menghadapi situasi cuaca iklim ...
Walaun Ni Tak Sekolah Tinggi Cakap Tak Selidik Dulu

Walaun Ni Tak Sekolah Tinggi Cakap Tak Selidik Dulu

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 153 hits
Gila ke apa mamat ni Isu air diKelantan dah berpuluh tahun dan beratus ratus juta bantuan telah disalurkan oleh Kjaan Persekutuan tapi PAS tetap mendakwa dianak tirikan Isu Lebuhraya kenapa nak salahkan Kjaan Persekutuan Lebuh rakyat yang s...
Kerajaan Galak Pepecahan Melalui Sekolah Persendirian Cina Profesor

Kerajaan Galak Pepecahan Melalui Sekolah Persendirian Cina Profesor

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 251 hits
Foto Sarjana Media dan Sejarah Profesor Ahmad Murad MericanKUALA LUMPUR 27 April 2023 Profesor Ahmad Murad Merican seorang sarjana media dan sejarah telah mengkritik sistem pendidikan sekolah swasta di Malaysia yang telah menentang amalan p...
Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

Cadangan Cuti Sekolah Bersasar Laksana Pdpr Bagi Negeri Negeri Alami Cuaca Panas Melampau

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 427 hits
KESATUAN Kebangsaan Guru Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia mencadangkan lanjutan cuti persekolahan bersasar buat negeri yang benar benar terkesan dengan cuaca panas melampau Presidennya Jasni Md Kechik berkata pihaknya menyambut ba
Soal Asesmen Sumatif Sekolah Geografi 12 Sma Tahun 2023

Soal Asesmen Sumatif Sekolah Geografi 12 Sma Tahun 2023

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 478 hits
NASKAH SOAL GEOGRAFI 1 Cermati pernyataan mengenai fenomena geosfer berikut Usai gempa 7 8 M mengguncang tenggara Turki dan utara Suriah pada Senin lalu penderitaan warga Suriah ditambahi rumitnya akses penyaluran bantuan Kawasan utara Suri...
Mengapa Sekolah Cina Dapat Dana 2 Kali Ganda Berbanding Sekolah Agama Soal Pemuda Umno

Mengapa Sekolah Cina Dapat Dana 2 Kali Ganda Berbanding Sekolah Agama Soal Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 161 hits
satuberita myBy April 29 2023PEMUDA UMNO mempersoalkan pengumuman kerajaan baru baru ini berhubung peruntukan berjumlah RM15 7 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina yang akan menerima bantuan dua kali ganda berbanding jumlah diperuntukka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri