Ujian Kemasukan Sbp Tidak Cerminkan Kualiti Akademik Sebenar Murid
Imej hiasan
PETALING JAYA; 'Ibu kamu telah
selesai memasak nasi dalam
keadaan kelam-kabut, apa perlu
anda buat? Rakan anda menangis, apa perlu anda buat?'.
Demikian antara soalan
ujian Pentaksiran Kemasukan
Sekolah Khusus (PKSK) yang
remeh untuk kemasukan ke sekolah berasrama (SBP).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pengetua SBP
yang enggan dikenali mendakwa, soalan tcrsebut tidak menunjukkan kemampuan sebenar
murid berbanding Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
yang diguna sebelum ini.
"Jadi, soalan lebih kepada
emosi apa patut budak (murid)
buat, sedangkan kalau UPSR
dulu selaraskan kualiti murid.
Ini tidak. tamat tingkatan tiga
dan masuk tingkatan empat,
tidak boleh bawa subjek sains
seperti fizik atau kimia
"Apabila pelajar itu tidak
berkualiti, guru-guru sekolah
asrama penuh yang teruk untuk
(kekalkan) rekod sekolah yang
baik. Bukan di sekolah saya sahaja, tetapi dua tiga sekolah
juga mengeluh," dakwanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Kelmarin, Mingguan Malaysia melaporkan, kualiti para
pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) dan Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM) ketika ini
kerana didakwa tidak
dinilai berdasarkan kebolehan
akademik.
Ini kerana mereka tidak diuji
menerusi sistem peperiksaan
utama yang boteh dipercayai
seperti UPSR untuk ke tingkatan
satu dan PT3 untuk ke tingkatan empat dengan kemasukan
mereka ke sekolah khustus itu
hanya bergantung sepenuhnya
kepada ujian kemasukan.
Kemasukan untuk sekolah
khusus itu kini hanya mengguna pakai PKSK manakala kemasukan ke MRSM pula melalui
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Ke-
bangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon
mendakwa, perkara itu beredasarkan keluhan rakan-rakan
guru di sekolah berasrama yang
menyatakan bahawa kualiti
kemasukan murid kurang berbanding dahulu.
Beliau mendakwa, kebergantungan sepenuhnya kepada
ujian kemasukan itu dilihat menyukarkan tahap pengukuran
pengetahuan murid sehingga
menyebabkan guru terpaksa
berusaha lebih dalam melahirkan pelajar cemerlang.
Dakwa pengetua itu lagi,
kualiti murid pelajar SBP selepas pemansuhan UPSR dan
PT3 didakwa sukar untuk diukur sekiranya hanya bergantung kepada ujian kemasukan
semata-semata.
Jelasnya, ini kerana ujian
PKSK lebih cenderung dalam
menguji kesesuaian seseorang
murid itu untuk tinggal di asrama dan bukannya berorientasikan akademik.
Dakwanya, perkara itu dilihat akan memberi kesan dalam
tempoh jangka masa panjang
kerana tahap murid itu tidak
sama berbanding sebelum ini.
Pengetua itu menambah,
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
yang merupakan antara komponen Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang diperkasakan selepas pemansuhan UPSR
dan PT3 sememangnya cantik
dari segi teori.
Namun dakwanya, pelaksanaannya cuma atas kertas sahaja
kerana tidak memerlukan bukti
apabila hanya dinilai di peringkat sekolah.
"Sejujurnya, kalau pelajar
dari Kuala Lumpur, mereka yang
mendapat band empat atau lima
jauh lebih daripada pelajar dari
Kelantan dan Terengganu yang mendapat band lima atau enam
"Kementerian akan menafikanya tctapi kami di lapangan
tahu apa berlaku. UPSR lebih
selaras dan penyediaan jangka
panjang murid menghadapi
ujian itu lebih baik berbanding
sekolah menyediakan murid untuk PBD," dakwanya.
Sementara itu, Pensyarah
Kanan Pusat Kajian Pendidikan
dan Kesejahteraan Komuniti,
Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM),
Dr, Anuar Ahmad berkata,
ujian kemasukan itu dilihat
tidak menimbulkan sebarang
masalah asalkan ia dilakukan
secara telus.
Katanya. pelaksanaan yang
telus, sistematik dan boleh
dipercayai itu penting untuk
tidak menimbulkan apa-apa isu
berhubung kemasukan pelaiar.
"Setakat ini Alhamdulillah
saya rasa proses berjalan dengan baik. Pada masa sarna, kita
kena mula melihat kemasukan
ke asrama penuh bukan satunya
jalan untuk mencapai kecemerlangan.
"Jika tahun 80o-an atau 90-an dulu, orang menganggap asrama penuh sebagai kejayaan
apabila dapat masuk, tetapi kalau mahu pastikan pendidikan
berkualiti, semua sekolah patut
ada kualiti sama dengan asrama
penuh," katanya
Sumber: Utusan Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikgushare.com/2023/05/ujian-kemasukan-sbp-tidak-cerminkan.html