Bisnes Boleh Dilakukan Ketika Musim Pandemik Covid 19


Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan yang sangat buruk terhadap banyak industri di negara kita.
 
Pada hari catatan ini saya tulis, virus COVID-19 ini masih belum betul-betul hilang. Ianya masih ada, dan saban hari masih ada individu yang dijangkiti oleh virus ini. Walaupun kesannya tidak seburuk dulu, namun ianya masih tetap membimbangkan.
 
Memulakan bisnes pada saat ini, mungkin bukan satu idea yang baik. Lebih-lebih lagi kalau perniagaan tersebut memerlukan modal permulaan yang besar dan wajib ada premis perniagaan.
 
Tapi, kalau perniagaan tersebut boleh dimulakan tanpa modal atau dengan risiko yang kecil, ia mungkin berbaloi untuk dipertimbangkan. Setuju?

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan beberapa contoh perniagaan yang mempunyai risiko yang rendah atau minima, yang anda boleh pertimbangkan untuk mulakan.
 
(1) Bisnes internet berasaskan E-Commerce Bukan semua yang bergelar peniaga itu selesa untuk menjalankan perniagaan secara online. Terutama sekali bagi para usahawan yang lebih cenderung dengan konsep bisnes tradisional.
 
Bisnes secara tradisional ini merujuk kepada konsep perniagaan brick and mortar. Pelanggan perlu melangkah masuk ke premis perniagaan untuk berurusan dengan pemilik kedai.
 
Kepuasan yang dirasai apabila berurusniaga secara empat mata tak akan dapat dirasai apabila berbisnes secara online.
 
Kemunculan virus Covid-19 telah membuktikan bahawa perniagaan yang hanya bergantung seratus peratus kepada kaedah tradisonal dan yang hanya bergantung harap kepada pelanggan yang walk in berdepan dengan masalah yang lebih besar, berbanding perniagaan yang agak fleksibel dan turut boleh menerima tempahan secara atas talian.
 
 
Perniagaan yang mempunyai kedai offline dan online, masih boleh menerima tempahan dari pelanggan walaupun diarahkan untuk menutup operasi perniagaan buat sementara waktu. Ya, tempahan diperolehi melalui bisnes online.
 
Bagaimana cara untuk onlinekan bisnes anda?
Anda perlu mempunyai sebuah laman web yang mampu untuk memproses jualan dan menerima bayaran dari pelanggan anda.

 
Laman web seperti ini dikenali sebagai laman web e-commerce.
Untuk mula membangunkan sebuah laman web e-commerce, ia memerlukan kemahiran dan kepakaran dari segi teknikal.
 
Bagaimana kalau anda tak ada banyak masa nak bina dan bangunkan laman web anda sendiri?
Saya cadangkan anda gunakan sahaja kemudahan sedia ada, yang anda boleh manfaatkan sekarang juga.
 
Diluar sana terdapat beberapa platform online marketplace yang membenarkan pengguna untuk menjual melalui platform mereka. Contohnya seperti Shopee, PG Mall, Lazada dan sebagainya.

Anda boleh buka kedai shopee online anda dan mula berniaga hari ini juga.
Boleh muat turun panduan untuk setup kedai anda disini.
 
Bagi mereka yang sudah mempunyai perniagaan anda sendiri, tak kiralah sama ada perniagaan menjual buku, bisnes perfume, bisnes menjual produk-produk dari arab dan sebagainya, memang patut mula membuka kedai online bagi mendapatkan pelanggan dari internet.
 
Jangan hanya berharap pada pelanggan yang walk in.
Sebaliknya luaskan lagi capaian pelanggan kepada seluruh pelusuk negara.
 
(2) Bisnes menjual barangan dari China Produk yang diimport dari negara China bukanlah suatu produk yang asing di negara kita.
 
Mungkin tak salah kalau saya katakan, kebanyakkan barangan yang ada dalam kediaman kita, sebenarnya adalah barangan yang ada tanda “Made in China”.
 
Biasanya barangan yang dimaksudkan adalah seperti kelengkapan dapur, aksesori, barangan elektrik, permainan dan sebagainya. Produk dari China memang senang untuk dijumpai dinegara kita.
 
Kalau cerita dari sudut kualiti, sebenarnya ianya agak subjektif.
Tak adil kalau kita katakan barangan dari China semuanya kurang berkualiti.
 
Kualiti sesuatu produk itu juga bergantung kepada beberapa faktor. Ada banyak syarikat dari negara China yang mampu mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi, dan pada masa yang sama, ada juga pengeluar produk yang mengeluarkan produk dengan kualiti yang agak rendah.
 
Apakah yang mempengaruhi tahap kualiti sesuatu produk yang dihasilkan di negara China?
Ada beberapa faktor yang boleh kita perhatikan bagi menentukan sama ada produk yang bakal dihasilkan oleh pihak supplier itu nanti benar-benar berkualiti atau sebaliknya.

(1) Faktor pemilihan supplier
Memilih supplier yang betul adalah sangat penting dalam memastikan produk yang bakal diterima kelak benar-benar berkualiti. Pada fasa ini, anda perlu buat kajian yang teliti terhadap pembekal, baca review dari pelanggan terdahulu, dan jika ada peluang, buat lawatan ke kilang ataupun ke showroom pembekal untuk melihat sendiri kualiti produk yang dihasilkan.
 
Kalau hanya melihat pada gambar-gambar yang dibekalkan, ia mungkin kurang tepat.
 
Fasa ini memang memerlukan masa yang lama, justeru lebih mudah kalau anda boleh bertanya terus kepada usahawan lain yang dah berpengalaman dalam bidang ini. Boleh minta tips dari mereka atau senarai supplier yang boleh dipercayai.
 
(2) Proses penghasilan sesuatu produk
Produk yang berkualiti biasanya lahir dari sebuah kilang yang mempunyai proses penghasilan produk yang teratur, mempunyai prosedur mengawal kualiti dan standard operational process (SOP) yang ketat.
 
(3) Bahan yang digunakan
Sudah tentu, bahan atau material yang digunakan untuk tujuan production perlulah dari bahan yang berkualiti tinggi. Biasanya bahan yang berkualiti ini memerlukan kos yang sedikit mahal.

(4) Ada quality control
Produk yang anda pilih dikawalselia dari segi kualiti. Ini bermakna, hanya produk yang ada kualiti sahaja yang anda akan terima. Produk yang ada kerosakan semasa proses pengilangan, akan diganti dengan produk yang elok.
 
Oleh yang demikian, anda perlu tahu dan kenal, pembekal yang mana satu yang mampu menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.
 
Persoalannya ialah, jika ini merupakan pengalaman kali pertama anda untuk berurusan dengan syarikat pengeluar dari China, bagaimana cara untuk anda tahu, syarikat atau supplier yang mana satu yang mempunyai reputasi yang baik?
 
Disinilah pentingnya anda mempunyai ilmu dan juga networking yang anda boleh jadikan rujukan. Kalau tanya saya, saya akan kata cubalah berkawan dan bertanya kepada individu yang memang biasa import barang dari China. Mereka ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini, dan biasanya mereka tak lokek untuk berkongsi ilmu.
 
Sebahagian dari mereka ada yang menghasilkan panduan untuk dijadikan rujukan usahawan lain yang minat nak buat bisnes yang sama. Ya, bisnes menjual barangan dari China.

Produk-produk dari China ini laku jika dijual dipasar malam, pasar pagi, uptown dan jual dipasaran online juga mempunyai permintaan yang besar.
Anda boleh muat turun panduan borong dari China dipautan ini.
 
(3) Bisnes Dropship USA Konsep perniagaan dropship bukanlah suatu perkara yang baru di negara kita.
 
Ia merupakan satu konsep perniagaan yang terbukti berkesan dan mampu untuk memberikan pulangan yang memberangsangkan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan sendiri namun ada kekangan dari segi modal.
 
Lazimnya individu yang baru nak bermula, akan memilih untuk berniaga dipasaran Malaysia sahaja. Namun, tahukah anda sebenarnya potensi pendapatan yang lebih tinggi wujud jika anda turut menceburi pasaran luar negara.
 
Sebagai contoh, anda memilih untuk menjual kepada pasaran luar negara seperti di negara US misalnya. Dengan melakukan kerja pemasaran yang lebih kurang sama, anda berpeluang untuk jana pendapatan empat kali lebih tinggi berbanding jualan di negara kita.

Dalam situasi ini, kita mendapat manfaat dari segi kadar tukaran matawang asing, yang mana nilai matawang negara US adalah 4 kali lebih tinggi berbanding matawang kita.
 
Mungkin pada peringkat ini, anda merasakan seperti perkara ini agak sukar atau mustahil untuk dilakukan. Tapi sebenarnya, jika anda merujuk kepada panduan yang betul, dan ikut langkah demi langkah yang ditunjukkan, anda juga berupaya untuk mendapatkan hasil yang lebih kurang sama.
 
(4) Bisnes Makanan Delivery Pandemik sedikit sebanyak telah mengubah tingkahlaku pengguna dan bisnes berkaitan dengan penyediaan makanan juga turut menerima kesannya.
 
Kita pernah melalui satu fasa dimana kita tak dibenarkan untuk makan di kedai (dine in). Sebaliknya, kita hanya ada pilihan untuk bawa pulang (take away) atau tempahan secara delivery.
 
Menariknya, apabila masyarakat sudah mula terbiasa memesan makanan secara delivery, mereka yang tidak memiliki restoran atau kedai makan sendiri, juga boleh mula masuk dalam industri penyediaan makanan ini.

Ya, secara tak langsung ia membuka peluang untuk menjalankan bisnes makanan dari rumah secara delivery.
 
Bisnes seumpama ini tidak memerlukan modal permulaan yang terlalu besar, dan anda boleh bermula dengan kumpulan pekerja yang kecil atau buat seorang diri.
 
Konsepnya pun tak begitu rumit.
i. Anda dapatkan tempahan.
ii. Bila dah dapat tempahan, anda sediakan menu tersebut.
iii. Buat penghantaran menggunakan khidmat delivery seperti Lala Move.
 
(5) Beli dan jual saham Apa pandangan anda mengenai pasaran saham? Adakah anda pernah ada pengalaman terlibat dalam aktiviti beli dan jual saham di Bursa Malaysia?
 
Selama ini, mungkin kebanyakkan dari kita beranggapan yang aktiviti beli dan jual saham di Bursa Malaysia ini adalah lebih kepada membuat pelaburan. Tapi sebenarnya, aktiviti ini juga kita boleh lihat dari sudut pandang sebuah perniagaan.
 
Kita beli sesuatu unit saham ketika harganya rendah, dan jual ketika harganya naik.
Menariknya ada saham yang pergerakkan harganya berlaku dengan sangat cepat, dan pemilik saham boleh menjana keuntungan pada hari yang sama.
 
Apa yang anda perlu tahu mengenai aktiviti jual dan beli saham di Malaysia. Sebelum anda mula membeli unit saham pertama anda, ada beberapa perkara yang perlu anda fahamkan mengenai transaksi saham di Bursa Malaysia ini. Saya akan cerita secara ringkas sahaja disini.
 
Jika anda inginkan maklumat yang lebih lengkap, saya syorkan anda baca panduan berjudul Jom Labur Saham dibawah ini. Saya juga merujuk kepada panduan yang sama untuk mempelajari hal-hal berkaitan dengan pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

 
(1) Membuka akaun CDS
CDS adalah merupakan akronim bagi Central Depository System.
 
Pelabur yang ingin menjalankan transaksi beli dan jual saham di pasaran Bursa Malaysia perlu membuka akaun ini bagi tujuan tersebut. Proses untuk membuka akaun sangat mudah.
 
Anda boleh hubungi ejen yang disahkan oleh Bursa (Authorised Depository Agents – ADA) seperti syarikat broker saham.
Anda boleh rujuk kepada laman web rasmi Bursa Malaysia untuk melihat senarai penuh syarikat broker saham yang berdaftar di Malaysia.
 
(2) Technical Trader
Technical trader atau pedagang teknikal adalah kategori pedagang yang menggunakan teknik analisa teknikal dalam membuat keputusan pembelian atau penjualan saham.

Mereka ini akan membuat analisa terhadap graf pergerakkan harga saham dan akan menggunakan pelbagai jenis indikator bagi membantu mereka membuat keputusan yang dirasakan paling tepat.
 
(3) Fundamental Trader
Fundamental trader pula merupakan pedagang saham yang akan membuat keputusan berdasarkan kepada analisa dari segi fundamental.
 
Maksudnya, mereka ini akan membuat analisa berdasarkan kepada maklumat dari laporan kewangan syarikat, data kedudukan ekonomi, pendapatan syarikat, keuntungan syarikat, jumlah aset yang dimiliki, liabiliti yang ditanggung, dan trend bagi perniagaan lain yang berada dalam industri yang sama.
 
Seterusnya mereka akan membuat pengiraan bagi mengetahui nilai intrinsik bagi saham syarikat tersebut.
 
Matlamat utamanya adalah untuk mencari unit saham yang nilainya berada dibawah nilai sebenar (undervalue) dan mereka akan beli unit saham syarikat ini. Kemudian mereka akan tunggu untuk jangkamasa tertentu, atau sehingga saham tersebut meningkat harganya atau mencapai nilai pasaran sebenar.
 
Melalui kaedah analisa fundamental ini, pedagang akan membuat pengiraan nisbah (ratio) seperti
i. Price to earning ratio
ii. Earning per share
iii. Book Value
iv. Cash Flow
 
Tujuan pengiraan ini dibuat adalah bagi menentukan tahap kesihatan dan kedudukan kewangan sesebuah syarikat.
 
Selain pengiraan nisbah, mereka juga mengambil kira faktor seperti
i. Interest rate
ii. Kadar inflasi
iii. Polisi kerajaan yang boleh memberi impak kepada pasaran saham
 
(4) Day Trader
Day trader merupakan pedagang saham yang membuat pembelian serta penjualan saham pada hari yang sama. Dia mungkin membeli saham dari kaunter tertentu pada waktu pagi, dan akan menjual semula pada waktu petang sebelum pasaran dagangan saham ditutup.
 
Ataupun, dia akan beli saham sebelum kaunter ditutup pada hari tersebut, dan akan menjual saham tersebut pada waktu pagi keesokkan harinya sebaik sahaja kaunter dagangan saham dibuka.
 
(5) Swing Trader
Istilah swing trader ini merujuk kepada kategori pedagang saham yang akan membeli unit saham dan akan memegang unit tersebut untuk tempoh beberapa hari ke beberapa minggu.
 
Tujuannya adalah untuk mengaut keuntungan apabila terdapat pergerakkan harga pada harga pasaran unit saham tersebut.
 
Kebiasaannya, seorang swing trader ini akan menggunakan kaedah analisa teknikal bagi mengenalpasti unit saham yang berpotensi untuk naik harga dalam masa terdekat.
 
Swing trader akan menyimpan unit saham dalam jangka waktu yang lebih panjang berbanding day trader, kerana mereka mensasarkan pergerakkan harga yang lebih besar berbanding apabila mereka melakukan aktiviti belian dan jualan saham pada hari yang sama, seperti yang biasa dilakukan oleh day trader.
 
Sekiranya anda merasakan, topik mengenai pelaburan saham ini agak complicated, anda memang tak salah kerana merasakan sedemikian.
 
Tapi sebenarnya topik mengenai pelaburan saham ini merupakan satu topik yang menarik, sebabnya bila anda dah betul-betul faham tentang pasaran saham, pergerakkan harga saham, faktor yang boleh mempengaruhi pasaran saham, ini semua adalah ilmu yang baik, yang dapat membantu anda untuk buat duit melalui pasaran saham.

Proses untuk beli dan jual saham juga sangat mudah.
Semuanya boleh dilakukan melalui smartphone sahaja.
 
Anda tak perlu susah payah nak keluar rumah.
Tak perlu jumpa pelanggan.
 
Nak kena buat promosi macam bisnes jual produk atau perkhidmatan ke?
Pun tak perlu!
 
(6) Bisnes berkaitan bidang penulisan Permintaan untuk mendapatkan servis penulisan sebenarnya sentiasa ada. Namun peluang ini mungkin agak sukar ditemui oleh penulis baru yang kurang pengalaman.
 
Kadang-kadang orang yang memerlukan khidmat penulisan ini, dia pun tak perasan atau tak sedar yang perkhidmatan seumpama ini ada yang sediakan.
 
Maklumlah, di negara kita ini, kita tak ada suatu portal freelance yang cukup gah yang menyenaraikan barisan penulis yang menawarkan perkhidmatan seperti ini. Kalau luar negara, ada portal seperti Fiverr, Upwork, Freelancer dan sebagainya.
 
Servis penulisan ini ada pelbagai. Antaranya adalah
i. Penulisan copywriting
ii. Penulisan content marketing
iii. Penulisan ghostwriting
 
Setiap jenis dan bentuk penulisan, kadar bayaran yang dikenakan juga adalah berlainan.
 
Penulisan copywriting fokusnya adalah untuk membantu klien mempunyai suatu bahan penulisan yang dapat mempengaruhi bakal pelanggan untuk melakukan suatu tindakan yang spesifik, seperti mana yang dia mahukan.
 
Servis seumpama ini wajar mengenakan kadar yang mahal, kerana apabila ia dilakukan dengan baik, ia berpeluang untuk memberikan pulangan yang berkali ganda lebih besar berbanding kadar upah awal yang dikeluarkan oleh klien.
 
Saya masukkan bisnes ini sebab ia boleh dilakukan dari rumah, atau dari mana-mana lokasi yang anda sukai.
Kemudian dari segi kos modal permulaan, untuk memulakan bisnes dalam bidang ini memerlukan modal yang agak rendah.
 
Boleh ke buat duit dengan menulis?
Jawapannya sudah tentu boleh.
 
Kalau anda masih kurang jelas, dengan konsep buat duit melalui kerja-kerja penulisan, saya jemput anda untuk baca artikel saya yang sebelum ini.
Baca: Perkara yang anda perlu tahu untuk buat duit dengan menulis

Seperti lain-lain bisnes yang ada diluar sana, bisnes berkaitan dengan bidang penulisan ini juga memerlukan strategi yang tepat lagi bersesuaian untuk dilakukan.
 
Anda perlu tentukan apakah bidang yang anda ingin fokuskan.
Adakah anda ingin menjadi seorang content creator, copywriter atau mungkin seorang ghostwriter?

Setelah anda tentukan pengkhususan anda, tentukan pula niche atau bidang yang anda ingin fokuskan.
 
Anda ingin jadi penulis dalam bidang apa? Sama ada dalam bidang
i. Kewangan
ii. Kesihatan
iii. Undang-undang
iv. Politik
v. Ekonomi
vi. Automotif
… dan sebagainya.
 
Rasionalnya kenapa kita pilih bidang (atau niche) untuk difokuskan adalah supaya kita boleh jadi seorang penulis yang benar-benar pakar dalam bidang yang kita pilih. Kalau terlalu bercampur aduk, ianya agak susah untuk dilihat sebagai seorang yang konsisten dalam bidang tersebut.
 
Satu lagi sebab ialah kita ingin membina reputasi dan jenama yang baik.
 
Kesimpulan Mudah-mudahan cadangan bisnes yang saya senaraikan disini dapat membantu anda menghasilkan income dalam era yang mencabar seperti sekarang ini. Tiada siapa yang menyangka, dunia kita akan berdepan dengan cabaran seumpama ini.
 
Semua orang terkesan dengan pandemik ini.
 
Ia mengubah kehidupan semua orang. Bukan hanya perniagaan sahaja yang terjejas, malahan orang perseorangan juga banyak yang terjejas dan kehilangan sumber pendapatan.
 
Apapun, dunia masih belum berakhir. Jika kita masih diberi peluang untuk terus bernafas, maka kita kena kuat dalam menghadapi cabaran dan kita buat yang terbaik untuk bangkit dari ujian masa lalu.
 
Jika bukan kita yang tolong diri kita, siapa lagi?
Sampai bila nak bersedih dan berduka dengan ujian pandemik yang telah atau sedang kita lalui. Betul tak?

Anda rasa 6 idea ini masih belum cukup membantu anda? Apa kata anda baca juga posting saya sebelum ini tentang 50 kerja yang anda boleh lakukan semasa perintah kawalan pergerakkan.
 
 
The post Bisnes boleh dilakukan ketika musim Pandemik Covid-19 appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bisnes-rendah-risiko-ketika-musim-pandemik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Bisnes Network Marketing Boleh Bantu Selesaikan Masalah Hutang Anda

Bagaimana Bisnes Network Marketing Boleh Bantu Selesaikan Masalah Hutang Anda

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 182 hits
Selamat tinggal Hutang yang bertimbun Bagaimana bisnes Network Marketing boleh bantu selesaikan masalah hutang anda dan seterusnya membantu anda untuk capai status bebas kewangan Jom kita bincangkan Tidakkah anda bosan dengan hutang yang se...
Covid 19 Ujian Kendiri Wajar Dilakukan Murid Sekolah Pibgn

Covid 19 Ujian Kendiri Wajar Dilakukan Murid Sekolah Pibgn

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 680 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Ujian kendiri COVID 19 disifatkan wajar dilakukan oleh murid sekolah sebagai usaha mencegah jangkitan virus Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata tindakan itu juga dian...
Awas Rumah Terbuka 6 Negeri Memungkinkan Virus Varian Covid Merebak Kembali Hingga Boleh Menggugat Prn Ditangguhkan

Awas Rumah Terbuka 6 Negeri Memungkinkan Virus Varian Covid Merebak Kembali Hingga Boleh Menggugat Prn Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 386 hits
Awas Rumah Terbuka 6 Negeri Memungkinkan Virus Varian Covid Merebak Kembali Hingga Boleh Menggugat Prn Ditangguhkan
Jalan Atas Paku Dan Minum Susu Kuda Ujian Ketika Meminang Fadlan Hazim Kini Tunang Wanita Kazakhstan

Jalan Atas Paku Dan Minum Susu Kuda Ujian Ketika Meminang Fadlan Hazim Kini Tunang Wanita Kazakhstan

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 580 hits
PELAKON Fadlan Hazim memaklumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya Aiya Mukhamedsalova 29 yang merupakan seorang warganegara Kazakhstan Kata Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar 31 majlis tersebut berlangsung pada 1 Ok...
Isteri Maut Dilanggar Suami Ketika Undur Kereta

Isteri Maut Dilanggar Suami Ketika Undur Kereta

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 183 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myKERETA Proton Saga yang dipandu lelaki terlanggar isterinya yang sedang berjalan kaki ketika pemandu berkenaan mengundur kenderaan di Taman Selasih FOTO Ihsan PembacaKulim Seorang wanita maut selepas kereta ...
6 Aplikasi Wajib Ketika Travel Ke Korea

6 Aplikasi Wajib Ketika Travel Ke Korea

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 194 hits
Zaman sekarang dah maju berbanding dulu Jika melancong di luar negara hampir semuanya kita boleh buat sendiri dengan adanya teknologi Dengan adanya aplikasi yang tersedia di smartphone kalau nak travel sendirian pun tak susah sekarang Sebag...
Jatuh Cinta Ketika Shooting Bersama Jiggy Masin Sah Bergelar Suami Dhabitah Sabri

Jatuh Cinta Ketika Shooting Bersama Jiggy Masin Sah Bergelar Suami Dhabitah Sabri

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 409 hits
Hanya dengan sekali lafaz pelawak dan pelakon Jiggy Masin selamat bergelar suami kepada atlet penerjun Malaysia iaitu Nur Dhabitah Sabri Jumaat lalu Kenal ketika shooting Jelas Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri 33 dia da...
Tetap Jadi Hero Anak Sharifah Shahirah Luka Ketika Bercuti

Tetap Jadi Hero Anak Sharifah Shahirah Luka Ketika Bercuti

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 145 hits
Bila bercakap tentang percutian tak lengkap rasanya jika tiada peristiwa peristiwa di luar jangkaan berlaku Baru baru ini pelakon Sharifah Shahirah dan keluarganya kelihatan sakan menghabiskan waktu pergi bercuti di pulau Tioman Menerusi sa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian