Covid 19 Pm Umum Inisiatif Tambahan Untuk Rakyat



SEBENTAR tadi saya telah selesai mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi. Dalam mesyuarat ini saya telah diberikan penerangan terperinci mengenai situasi terkini kewangan negara. Ini termasuk penurunan mendadak harga minyak mentah dunia dan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan kedudukan semasa kewangan negara.

Saya sedar pada waktu ini antara perkara utama yang sedang bermain di fikiran sebahagian besar rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, ialah bagaimana untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Saya tahu dalam keadaan krisis yang sedang kita lalui ini, ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Peniaga-peniaga kecil terpaksa tutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan pelanggan, pekerja bergaji harian tidak menerima gaji, malah para majikan pun ramai yang menanggung kerugian kerana perusahaan dan perniagaan mereka terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Oleh sebab itu, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini telah memutuskan beberapa inisiatif utama yang saya harap dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh anda semua ketika melalui waktu yang sukar ini. Inisiatif-inisiatif yang akan saya umumkan ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan saya umumkan dalam masa terdekat.

Inisiatif-inisiatif yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini ialah:

Pertama, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40
billion.

Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4 peratus yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian. Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.

Walaupun jumlahnya mungkin tak seberapa, tetapi inilah wang hasil titik peluh anda sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua, tetapi kerajaan benarkan wang ini digunakan pada masa ini memandangkan ada dalam kalangan saudara-saudari yang memerlukan. Insya-Allah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga.

Kedua, kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19. Peruntukan ini antara lainnya akan digunakan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19. Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat. Ramai jururawat dan kakitangan hospital yang amat keletihan pada masa ini kerana mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan kes COVID-19 dan merawat mereka yang disahkan positif. Saya berharap pengambilan kakitangan baharu ini dapat dibuat dengan segera supaya semua hospital di negara kita mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Ketiga, kerajaan juga telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu Kerajaan Negeri menangani krisis COVID-19. Peruntukan ini boleh digunakan untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat krisis COVID-19, bantuan kepada pesakit COVID-19 dan ahli keluarga mereka serta menyediakan keperluan kepada petugas-petugas di peringkat Kerajaan Negeri yang terlibat dalam menangani krisis ini.

Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk Kerajaan Negeri berkenaan. Krisis yang sedang kita hadapi ini memberi kesan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan politik. Sebab itulah saya berpandangan semua pihak tanpa mengira fahaman politik mestilah bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Menjaga keselamatan rakyat, kesihatan rakyat dan nyawa rakyat adalah tanggungjawab kita bersama yang melangkaui batas politik.

Keempat, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN.

Selain daripada inisiatif-inisiatif yang saya umumkan ini, kerajaan juga sedang mengkaji langkah-langkah tambahan untuk membantu rakyat menghadapi keadaan yang agak sukar pada waktu ini. Langkah-langkah komprehensif sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan yang akan mengambil kira kepentingan setiap kelompok masyarakat di negara ini. Sama ada anda peniaga kecil, pemandu teksi, petani, nelayan, penternak, pekerja kilang, kakitangan swasta, kakitangan kerajaan, semuanya akan diberi perhatian oleh kerajaan. Insya-Allah, jika diizinkan oleh Allah S.W.T, saya akan umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif pada 30 Mac 2020.

Kesemua langkah yang bakal saya umumkan nanti akan mengambil kira usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara kita dalam jangka masa sederhana. Saya berharap dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan, kehidupan saudara-saudari akan lebih terjamin dan ekonomi negara kita juga akan kekal kukuh.

Dalam situasi krisis yang sedang melanda negara kita pada waktu ini, yang paling penting kita hendaklah sentiasa bermuafakat, berganding bahu dan cekal dalam mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang kita hadapi.

Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Berat sama dipikul,
Ringan sama dijinjing.

YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Perdana Menteri Malaysia 
– HARAKAHDAILY   23/3/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/covid-19-pm-umum-inisiatif-tambahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat Rm75 Juta

Covid 19 Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat Rm75 Juta

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 243 hits
GEORGE TOWN 25 Mac Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang bernilai RM75 juta yang bakal memberi manfaat kepada kira kira 410 000 penerima bagi mendepani krisis penularan pandemik COVID 19 Ketua M...
Terima Kasih Pembentangan Pakej Rangsangan Dan Inisiatif Tambahan Buat Rakyat Zahid

Terima Kasih Pembentangan Pakej Rangsangan Dan Inisiatif Tambahan Buat Rakyat Zahid

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 264 hits
Hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan suntikan sebanyak RM250 billion dengan matlamat bagi melindungi rakyat menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID 19 Sehubungan i...
Covid 19 Perlis Umum 17 Insentif Bantu Kurang Beban Rakyat

Covid 19 Perlis Umum 17 Insentif Bantu Kurang Beban Rakyat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 350 hits
KANGAR Kerajaan Perlis hari ini mengumumkan 17 insentif bagi membantu mengurangkan beban rakyat terutama mereka yang hilang punca pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak koronavirus
Terkini Seorang Lagi Rakyat Malaysia Maut Akibat Covid 19 Angka Kematian Keseluruhan 21 Orang

Terkini Seorang Lagi Rakyat Malaysia Maut Akibat Covid 19 Angka Kematian Keseluruhan 21 Orang

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 265 hits
Dukacita dimaklumkan sehingga kini terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID 19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre Kebangsaan Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kemati...
Pahang Umum Bantuan Khas Rm2 Juta Untuk Bantu Rakyat

Pahang Umum Bantuan Khas Rm2 Juta Untuk Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 507 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM2 juta sebagai bantuan khas kepada rakyat negeri itu yang terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat penul...
Pm Umum Pakej Prihatin Rakyat Bernilai Rm250 Bilion

Pm Umum Pakej Prihatin Rakyat Bernilai Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 210 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan suntikan sebanyak RM250 billion dengan matlamat melindungi rakyat menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid 19 Jumlah itu termasuk suntikan fiskal seba...
Covid 19 Pm Umum Peruntukan Tambahan Rm160 Juta Kepada Kkm

Covid 19 Pm Umum Peruntukan Tambahan Rm160 Juta Kepada Kkm

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 200 hits
Johor Bahru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk disalurkan kepada 26 hospital di negara ini bagi menangani gelombang kedua wabak C...
Covid 19 Bak Kata Pakar Ekonomi Jangan Kedekut Bantu Rakyat

Covid 19 Bak Kata Pakar Ekonomi Jangan Kedekut Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 288 hits
IBRAHIM MAT ISAPenguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ketika ini pastinya menjejaskan sumber pendapatan serta memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat terutama golongan B40 Rakyat sedang mendepani pelbagai kesulitan dalam...
Covid 19 Maiwp Lulus Bantuan Zakat Tambahan

Covid 19 Maiwp Lulus Bantuan Zakat Tambahan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah meluluskan RM12 1 juta peruntukan zakat tambahan bagi menyantuni asnaf dan menampung keperluan perubatan susulan situasi wabak Covid 19 yang melanda negara kini Pengerusi MAIWP Dato ...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital