Covid 19 Pm Umum Peruntukan Tambahan Rm160 Juta Kepada Kkm


Johor Bahru: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta, kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk disalurkan kepada 26 hospital di negara ini, bagi menangani gelombang kedua wabak COVID-19.
Sambil merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada doktor, jururawat, pegawai kesihatan dan semua pihak di KKM, yang bertungkus lumus tanpa henti selama sebulan setengah, Muhyiddin berkata peruntukan itu boleh digunakan, bagi pembelian aset perubatan dan aset bukan perubatan.
”Untuk membantu KKM melaksanakan program bagi menangani COVID-19 di seluruh negara, kita telah meluluskan lebih daripada RM259 juta untuk digunakan membeli ubat-ubatan, peralatan dan pelbagai lagi yang diperlukan.
”Ada lagi permohonan RM160 juta yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. Saya akan beritahu Menteri Kewangan, supaya kita dapat luluskan dengan seberapa segera, kerana ini adalah suatu krisis yang agak serius dan tak boleh kita lengah-lengahkan,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas mendengar taklimat mengenai usaha menangani kes COVID-19 di Johor, oleh Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu di Hospital Permai, di sini.
Katanya beliau menghargai sumbangan semua pihak di KKM dan percaya seluruh rakyat Malaysia juga terhutang budi, terhadap apa yang telah diusahakan oleh para doktor mahupun jururawat, pegawai perubatan dan tenaga di peringkat KKM, yang telah membantu dalam menangani COVID-19.
”Kita harap semangat mereka masih kukuh lagi,” katanya lagi.
Menurut Perdana Menteri, cara KKM membeli peralatan juga tidak mengikut cara biasa sebelum ini, iaitu menerusi tender tetapi dengan segera, supaya keperluan-keperluan hospital dan tempat di mana kes-kes wabak itu dirawat, dapat digunakan dengan seberapa segera.
Dalam masa yang sama, Muhyiddin turut mengingatkan masyarakat, mengenai negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam dan dijangka berakhir 31 Mac ini.
”Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun bermula dan nasihat masih lagi saya berikan, supaya tidak ada perhimpunan, sekolah ditutup, tinggal di rumah, jangan pergi ke mana-mana, sehingga keadaan sudah bertambah baik.
”Kita tetapkan tempoh 14 hari ini harus diberikan perhatian yang serius, kerana wabak ini masih menular. Kita tidak mahu sesiapapun menjadi mangsa kepada virus yang amat berbahaya, jadi seeloknya duduk di rumah,” kata Muhyiddin.
Meskipun terpaksa keluar untuk tujuan tertentu seperti membeli keperluan asas di pasar awam dan pasaraya atau membeli ubat-ubatan, masyarakat diminta supaya mengehadkan waktu di luar selain mengamalkan penjarakan (distancing).
Untuk mereka yang terpaksa bekerja di kilang-kilang dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, mereka juga tertakluk dengan Prosedur Operasi Standard (SOP), yang telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
”Kita tidak mahu (masyarakat) ambil mudah. Kita berikan kerjasama sepenuhnya, supaya dapat mengelakkan wabak ini daripada menular.
”Baru tiga hari (sejak diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan), kita lihat masih meningkat (jumlah kes), tetapi kalau kita betul ikut arahan seperti yang telah ditetapkan, tidak keluar ke mana-mana, kita harap ia akan reda dan boleh menurun.
”Itu sebab tempoh dua minggu ini ujian paling kritikal bagi seluruh rakyat Malaysia, tetapi kalau kita patuh dengan arahan mungkin macam negara China, dua bulan (negara) itu dapat kawal, padahal puncanya di situ,” kata Muhyiddin.
Ini adalah kerana masyarakat di sana tidak keluar dan mengikut arahan tidak keluar, memandangkan hukuman yang berat dikenakan bagi mereka yang tidak patuh arahan di China.
Justeru, rakyat Malaysia diharapkan dapat mendengar dan mematuhi arahan sebaiknya, dalam membendung penularan wabak itu di negara ini, kata Perdana Menteri.
Sumber: Bernama
The post Covid-19: PM Umum Peruntukan Tambahan RM160 Juta Kepada KKM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/19/covid-19-pm-umum-peruntukan-tambahan-rm160-juta-kepada-kkm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Azizah Hannah Yeoh Tak Tahu Ke Pm Umum Rm160 Juta Untuk Kkm

Wan Azizah Hannah Yeoh Tak Tahu Ke Pm Umum Rm160 Juta Untuk Kkm

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 761 hits
Sejak tak jadi Menteri ini dan sekarang negara hadapi krisis Covind19 nampaknya Mantan Menteri PH ini cuba menjadi hero kepada rakyat Tapi kalau nak jadi hero pun cuba semak dulu fakta bukan main serbu sahaja Ini yang terjadi kepada Mantan ...
Covid 19 Melaka Umum Lapan Insentif Libat Rm6 53 Juta

Covid 19 Melaka Umum Lapan Insentif Libat Rm6 53 Juta

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 322 hits
Peruntukan khas kepada petugas barisan hadapan kesihatan Gambar Bernama MELAKA Kerajaan Negeri Melaka hari ini mengumumkan lapan insentif khas melibatkan peruntukan RM6 53 juta bagi membantu rakyat terjejas dan usaha mengekang menularan COV...
Covid 19 Pm Umum Inisiatif Tambahan Untuk Rakyat

Covid 19 Pm Umum Inisiatif Tambahan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 313 hits
SEBENTAR tadi saya telah selesai mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi Dalam mesyuarat ini saya telah diberikan penerangan terperinci mengenai situasi terkini kewangan negara Ini termasuk penurunan mendadak harga minyak me...
Covid 19 Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat Rm75 Juta

Covid 19 Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat Rm75 Juta

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 372 hits
GEORGE TOWN 25 Mac Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang bernilai RM75 juta yang bakal memberi manfaat kepada kira kira 410 000 penerima bagi mendepani krisis penularan pandemik COVID 19 Ketua M...
Mb Kelantan Umum Butiran Awal Peruntukan Khas Rm5 Juta

Mb Kelantan Umum Butiran Awal Peruntukan Khas Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 386 hits
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini memberikan butiran awal mengenai peruntukan khas sebanyak RM5 juta yang diumumkannya semalam bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat wabak koronavirus BACA Ahmad dalam satu kenyat...
Covid 19 Kkm Jangka Kes Bakal Meningkat Minggu Hadapan

Covid 19 Kkm Jangka Kes Bakal Meningkat Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 470 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan kes wabak Covid 19 di negara ini akan semakin meningkat pada minggu hadapan Oleh itu KKM menyeru ahli ahli tabligh untuk tampil melakukan ujian saringan kesihatan supaya penularan wabak ini dapat ...
73 Anggota Kkm Disahkan Positif Covid 19

73 Anggota Kkm Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 274 hits
Semakin hari semakin meningkat kes COVID 19 di Malaysia Pihak kerajaan juga telah berusaha sekeras mungkin bagi membendung penularan ini selain mengambil inisiatif yang tidak akan membebankan rakyat pada masa akan datang 73 Anggota KKM Disa...
Delicious Topside Beef Cubes Recipe

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Cheese Tart Untuk Adik

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

77 Tahun Tragedi Hitam Deir Yassin Palestin Kejam

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 163 All Red Pantyhose Edition


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Nabawi Ziarah Dalaman Bersama Mutawwif Titim

Mereka Boleh Musnahkan Kota Tapi Bukan Kebenaran

Lnw365 19 Lnw365 Top 34 By Tim

Telekung Hadiah Ga Dah Sampai

How Trex Decking Near Me Is Redefining Durability For Outdoor Living

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi