Covid 19 Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat Rm75 Juta


GEORGE TOWN, 25 Mac (Bernama) — Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang bernilai RM75 juta yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 410,000 penerima bagi mendepani krisis penularan pandemik COVID-19.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook peribadinya hari ini berkata pada 17 Mac, kerajaan negeri telah mengumumkan insentif bantuan COVID-19 berjumlah RM20 juta namun setelah meneliti isu yang timbul sepanjang tempoh lapan hari lepas, kerajaan negeri meluluskan jumlah tambahan RM75 juta itu.
Pakej bantuan itu termasuk bayaran tunai “one-off” RM500 masing-masing kepada sejumlah 14,012 peniaga kecil dan penjaja berlesen, 1,367 pemandu pelancong berdaftar serta 18,657 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat; penambahan RM200 dalam wang insentif tahunan kepada 2,248 pemandu teksi dan 318 penarik beca; serta bayaran tunai “one-off” RM300 kepada 10,000 pemandu e-hailing.
Beliau turut mengumumkan bayaran khas kewangan “one-off” RM300 kepada petugas barisan hadapan, antaranya 4,791 kakitangan kedua-dua pihak berkuasa tempatan dan 10,511 kakitangan pelbagai agensi/jabatan kerajaan persekutuan seperti Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Selain itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta untuk tujuan perolehan bekalan peralatan keselamatan diri seperti enam juta penutup hidung dan mulut, cecair pembasmi kuman, termometer infra merah dan sebagainya.
Chow berkata kerajaan negeri juga akan memberikan pengecualian sewa selama dua bulan kepada sejumlah 4,860 keluarga yang menduduki Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kelolaan kerajaan negeri selain pengecualian sewa sebulan untuk 10,999 premis perniagaan milik kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang merangkumi pasar awam, lot kedai dan sebagainya.
“Kerajaan negeri akan mewujudkan Pinjaman Tanpa Faedah Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang bagi membantu usahawan mikro dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS).
Bantuan lain yang diumumkan termasuk bayaran tunai “one-off” RM500 kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19 manakala RM1,000 kepada waris pesakit yang meninggal dunia, bantuan khas kewangan secara “one-off” RM1,000 kepada masjid dan RM500 kepada surau serta bantuan zakat sebanyak RM3 juta kepada golongan asnaf.
— BERNAMA
The post COVID-19: Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat RM75 Juta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/25/covid-19-pulau-pinang-umum-pakej-bantuan-rakyat-rm75-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zakat Pulau Pinang Sedia Rm3 Juta Untuk Bantuan Tangani Covid 19

Zakat Pulau Pinang Sedia Rm3 Juta Untuk Bantuan Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 424 hits
Zakat Pulau Pinang sedia RM3 juta untuk bantuan tangani Covid 19Bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang melibatkan penjaja dan peniaga kecil Zakat Pulau Pinang menyediakan peruntukan sejumlah RM3 juta bagi mereka yang terjejas ek...
Pahang Umum Bantuan Khas Rm2 Juta Untuk Bantu Rakyat

Pahang Umum Bantuan Khas Rm2 Juta Untuk Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 566 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM2 juta sebagai bantuan khas kepada rakyat negeri itu yang terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat penul...
Baru Nak Umum Pada Rakyat Pulau Pinang Terutamanya Bangsa Dap

Baru Nak Umum Pada Rakyat Pulau Pinang Terutamanya Bangsa Dap

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 309 hits
Hahahaha baru tau kecut perut baru nak umum pada rakyat Pulau Pinang terutamanya bangsa DAP Ayah nak tengok biaq askar sidai sekoq2 biaq berjaloq tengah belakang tu baru ada akai sikit MR Baru nak umum larangan menjual dan menjaja kerajaan ...
Kerajaan Dap Pulau Pinang Peruntuk Kan Rm20 Juta Bantu Peniaga Kecil

Kerajaan Dap Pulau Pinang Peruntuk Kan Rm20 Juta Bantu Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 469 hits
https www nst com my news nation 2020 03 575396 restricted movement order penang sets aside rm20 million those likely beGEORGE TOWN Penang govt allocate additional RM20m incentive to small traders hawkers impacted by restricted movement ord...
Covid 19 Tkm1 Umum Rm2 5 Juta Bantuan Khas Zakat Kepada 5 000 Penjaja Peniaga Kecil Bertaraf Asnaf

Covid 19 Tkm1 Umum Rm2 5 Juta Bantuan Khas Zakat Kepada 5 000 Penjaja Peniaga Kecil Bertaraf Asnaf

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 539 hits
AdminSEBERANG JAYA Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Zakat Pulau Pinang akan mengagihkan RM2 5 juta atau RM500 seorang secara sekaligus kepada 5 000 penjaja dan peniaga kecil dalam kalangan asnaf fakir dan miskin yang terjejas ...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 348 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bantuan Tunai Penjawat Awam melalui Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat petang tadi
Penerima Bantuan One Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Penerima Bantuan One Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 857 hits
Perdana Menteri mengumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat PRIHATIN di mana ada beberapa golongan yang akan jadi penerima bantuan one off daripadanya Pakej Rangsangan PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfa...
Covid 19 Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Terengganu Rakam Penghargaan

Covid 19 Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat Terengganu Rakam Penghargaan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 234 hits
Mohd Nor Hamzah Foto oleh Tengku Syamim KUALA TERENGGANU 27 Mac Kerajaan negeri merakam penghargaan terhadap usaha kerajaan pusat memperkenalkan Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi membantu orang ramai menghadapi im...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel