Covid 19 Angka Kematian Di Sabah Meningkat


Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun


Kota Kinabalu: Sabah merekodkan peningkatan kematian Covid-19 pada Isnin dengan 25 kematian direkodkan di seluruh negeri, di mana Kota Kinabalu mencatatkan angka tertinggi dengan 12 kematian.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata 3 kematian direkodkan di Tawau dan masing-masing 2 di Beaufort, Papar, Penampang serta Putatan, dan masing-masing 1 di Keningau dan Tambunan.

Negeri ini merekodkan 2,474 kes baharu di mana Kota Kinabalu mencatat angka tertinggi dengan 671 kes, disusuli Penampang dengan 204 kes, Tawau (196 kes), Sandakan (185 kes), Papar (181 kes), Tuaran (176 kes), Lahad Datu (132 kes) dan Keningau (113 kes).

“Kes di Kota Kinabalu menurun 212 kes daripada 883 kes pada Ahad kepada 671 kes pada Isnin, bagaimanapun kes di Papar meningkat 132 dari 49 kes pada Ahad kepada 181 kes pada Isnin,” kata Masidi dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Tidak ada kluster baharu dikenal pasti.

Mengenai jumlah kes di Sabah, Masidi berkata 67 peratus adalah kes tertunggak, dengan 311 kes dari lima hari lalu, 254 kes dari empat hingga lima hari lalu dan 1,102 kes dari dua hingga tiga hari lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin dilaporkan oleh Astro Awani pada Isnin sebagai berkata bahawa tunggakan akan dikurangkan dalam dua hingga tiga hari.

Beliau berkata profesional kesihatan bekerja lebih masa untuk menjalankan ujian di makmal awam dan turut menggunakan makmal swasta untuk mempercepatkan ujian.

Masidi berkata kontak rapat terus menjadi penyumbang terbesar dengan 1,609 kes, membentuk 65.04 peratus daripada jumlah kes, sementara kes bergejala membentuk 22.51 peratus daripada jumlah kes dengan 557 kes.

Daripada 2,474 kes itu, 32 kes melibatkan bayi berumur kurang setahun, 197 melibatkan satu hingga lima tahun, 475 melibatkan enam hingga 17 tahun, 1,577 melibatkan 18 hingga 59 tahun, sementara 193 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Jumlah kes itu turut terdiri daripada 2,147 rakyat Malaysia dan 327 bukan warga Malaysia, 2453 kes tempatan dan 22 kes import, sementara 1,600 belum menerima vaksin dan 378 sudah melengkapkan dua dos.

Masidi berkata jangkitan kategori dua membentuk lebih 60 peratus daripada jumlah kes dengan 1,587 kes, sementara 823 berada dalam kategori satu, 12 di kategori tiga dan lapan dalam kategori lima. Tidak ada kes baharu dalam kategori empat.

Kira-kira 1,743 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital sementara 4,774 pesakit ketika ini sedang menerima rawatan di hospital dan pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah (PKRC).

Masidi berkata 181 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 83 memerlukan alat bantuan pernafasan, tambahnya kapasiti katil Sabah ialah 6,879 unit dengan kadar penggunaan 69.23 peratus.

Mengenai program imunisasi Sabah, Masidi berkata 52.4 peratus daripada populasi dewasa Sabah sudah menerima dos pertama, sementara 30.1 peratus sudah menerima vaksin lengkap setakat 22 Ogos.

Di bawah fasa dua, 16,563 individu telah menerima dos pertama pada Isnin, membawa jumlah keseluruhan kepada 1,412,242 sementara 24,726 menerima dos kedua, membawa jumlah keseluruhannya kepada 795,653.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/covid-19-angka-kematian-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid 19 Di Sabah Diramal Terus Meningkat

Kes Covid 19 Di Sabah Diramal Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 241 hits
Majoriti daripada kes yang dilaporkan hari ini melibatkan golongan yang berusia antara 18 sehingga 59 tahun dengan 2 240 kes Gambar fail BERNAMA Trend kes Covid 19 Sabah dijangka naik jika vaksinasi masih rendah Kota Kinabalu Jumlah kes bah...
Lewat Daftar Punca Kes Covid 19 Terus Meningkat Di Sabah

Lewat Daftar Punca Kes Covid 19 Terus Meningkat Di Sabah

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 181 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Kes harian Covid 19 di Sabah terus meningkat daripada 2 583 kes kelmarin kepada 2 738 kes semalam berikutan masih terdapat kes positif yang lewat didaftarkan Me...
Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Terus Meningkat

Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 305 hits
Jurucakap Covid 19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Kes membabitkan pandemik Covid 19 di Sabah terus meningkat dengan angka mencecah 1 514 kes hari ini Angka berkenaan adalah yang tertinggi setakat ini berbanding jumlah kes hari...
Risau Tengok Statistik Covid 19 Sabah Yang Semakin Meningkat Ni Nera

Risau Tengok Statistik Covid 19 Sabah Yang Semakin Meningkat Ni Nera

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 223 hits
Penyampai radio kupi kupi FM Quennera Francine Francis KOTA KINABALU Risau dan stress pun ada juga bila melihat statistik Covid 19 di Sabah yang semakin meningkat kata Quennera Francine Francis atau lebih dikenali sebagai Nera Dalam masa ya...
Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 241 hits
3 396 kes Covid 19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021 Seorang ibu hamil menunggu giliran vaksinasi di Sunway Pyramid Convention Centre Gambar Bernama Kementerian kesihatan memaklumkan sebanyak 7...
Hari Ini Angka Kematian Akibat Covid 19 Lebih Dari 1 500 Kasus

Hari Ini Angka Kematian Akibat Covid 19 Lebih Dari 1 500 Kasus

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 249 hits
Jumlah kasus aktif hingga hari ini bertambah menjadi 30 625 kasus di seluruh Indonesia Daerah yang paling banyak menyumbang jumlah kasus aktif adalah Jawa Tengah dengan total 4 980 kasus dan Jawa Barat sebanyak 3 174 kasus
Sabah Catat Kematian Covid 19 Tertinggi 41 Kes

Sabah Catat Kematian Covid 19 Tertinggi 41 Kes

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 239 hits
Oleh SURAIDAH ROSLAN MASIDI MANJUNKOTA KINABALU Sabah hari in mencatatkan 41 kes kematian iaitu paling banyak direkodkan sejak pandemik Covid 19 melanda negara Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata kematia...
Pegawai Tinggi Dari Sabah Mangsa Pertama Kematian Covid 19 Berkaitan Parlimen

Pegawai Tinggi Dari Sabah Mangsa Pertama Kematian Covid 19 Berkaitan Parlimen

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 277 hits
SEMUA yang berada dalam Parlimen semasa Sidang Khas Dewan Rakyat hujung bulan lalu menjalani ujian saringan susulan terdapat kes positif Covid 19 di Parlimen Kementerian Kesihatan mencatatkan kes kematian pertama Covid 19 melibatkan seorang...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation