Risau Tengok Statistik Covid 19 Sabah Yang Semakin Meningkat Ni Nera
Penyampai radio kupi-kupi FM - Quennera Francine Francis
KOTA KINABALU: Risau dan stress pun ada juga bila melihat statistik Covid-19 di Sabah yang semakin meningkat, kata Quennera Francine Francis atau lebih dikenali sebagai Nera.
Dalam masa yang sama, penyampai radio kupi-kupi FM itu juga rindu pada kehidupan dahulu sebelum pandemik melanda dunia dan juga negara ini.
“Sudah semestinya saya risau dengan statistik Covid-19 yang semakin tinggi. Memang stress pun ada juga. Disebabkan sekarang ini ada kerja tetapi kita tidak perlu bekerja macam biasa seperti dahulu.
“Saya juga rindu pada kehidupan yang dahulu tetapi kita kena fikir. Kita kena biasakan hidup dalam norma baharu. Kita kena fikir ahli keluarga kita yang tinggal bersama.
“Ini juga pesanan saya kepada orang ramai, untuk memikirkan ahli keluarga dan teman-teman kita,Kita kena berhati-hati ketika berada di luar. Apabila kita balik ke rumah kita mungkin membawa virus. Kepada yang sudah mendapat suntikan vaksin, perlu beringat bahawa kalau sudah di suntik vaksin, kita masih belum bebas.
“Kita kena berjaga-jaga dan mematuhi SOP (prosedur operasi standard). Sebelum apa-apa terjadi kepada keluarga kita, kita kena jaga diri. ‘Stay safe’. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang individu,” katanya kepada WO.
Mengenai perkembangan terbaharunya, Nera berkata dia baharu sahaja release single terbaru Dusunnya yang berjudul ‘Koposizon Diti’ yang boleh didengar di YouTube channelnya, Quennera Music.
“Sama, saya masih lagi aktif menyanyi cuma disebabkan pandemik juga sekarang, memang mencabar lah untuk kami sebagai penghibur dan penyanyi.
“Selalu, kalau menyanyi pun saya lebih kepada menghasilkan lagu untuk event online (acara dalam talian). Tetapi sekarang ini untuk saya memang ada kurang event berbanding sebelum ini.
“Saya baharu juga release single terbaharu saya yang bertajuk ‘Koposizon Diti’. Ada di YouTube channel saya, Queneera Music. Di sana memang saya pun mula mengaktifkan semula music, menghasilkan lagu baharu. Selepas ini saya ada perancangan untuk buat beberapa lagu lagi,” katanya.
Selain itu, Nera yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia (Musim Ke-9) turut merancang untuk membuka perniagaan sendiri walaupun secara kecil-kecilan.
“Saya memang ada menceburi juga dalam beberapa jenis perniagaan ketika ini. Saya ada menjual kosmetik seperti, ‘eyebrow pen’, Choco jar dan sebagainya. Jadi, sejak pandemik melanda, saya belajar berjinak-jinak dengan perniagaan secara kecil-kecilan. Mungkin bukan perniagaan saya sendiri tetapi, di sana pun saya mendapat ‘source of Income’ (sumber pendapatan).
“Pada yang sama juga, saya ada merancang untuk membuka perniagaan sendiri walaupun kecil-kecilan. Sebab masa pandemik ini kan buat orang lagi berfikiran lebih kreatif. Kalau bagi saya, di sana lah banyak idea-idea akan keluar.
“Tapi itu untuk memulakan perancangan memerlukan modal dan juga semangat yang kuat. Pada masa sekarang ini juga, kalau ada perniagaan kecil kah atau yang baharu kah, apa-apa sahaja lah, yang kecil kah atau sudah dikenali ramai kah, kalau saya rasa itu sesuai untuk saya, saya yakin saya boleh lakukan…yang penting kita kena ada persiapan mental yang kuat,” ujarnya.
Bagi dirinya, pengalaman paling sukar dalam hidupnya bila dia kena berdiri sendiri untuk terus kuat menghadapi segala cabaran hidup dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi hidup.
“Saya bersyukur sebab dalam setiap rintangan yang saya hadapi, saya belajar untuk terus tabah dan tidak give up bila berhadapan dengan apa-apa cabaran pun,” katanya.
Bila ditanya tentang statusnya yang ‘single balik’, Nera hanya berkata dia sebenarnya jenis yang sangat private dan suka berahsia.
“Kalau pasal single, saya memang ada single terbaharu. Hahaha… kalau yang single balik itu, saya punya jenis yang sangat private dan suka berahsia. Soalan sudah berpunya atau tidak? Itu, dari kamu lah masing-masing mahu teka. Begitu lah jawapan yang selamat,” ujarnya.
“Apa yang penting, kalau saya ada jodoh, adalah berita yang akan menyusul. Yang penting sekarang saya fokus terhadap karier dan anak. Biar apa pun perancangan yang kita buat, Tuhan yang tentukan. Kita buat yang terbaik. Kalau saya, saya buat yang terbaik dalam karier saya dan dalam hidup saya,” tambahnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/risau-tengok-statistik-covid-19-sabah.html