Cookies Vibe Cookies Premium Dan Kek Yang Sedap
Cookies Vibe | Dapatkan Cookies Premium Dan Kek Bila-Bila Masa Sahaja Selalunya selepas Hari Raya kan, perkara yang paling melekat di kotak fikiran, mesti nak makan biskut dan kek yang sedap kan. Tak kan nak tunggu tahun seterusnya pula baru nak dapat kuih raya yang sedap? Lambat sangat kan. Cari punya cari, terjumpa satu laman web namanya Cookies Vibe yang mana bila masuk sahaja ke laman web tersebut, rasa macam hari-hari hari raya . Sebab nya mereka mengeluarkan produk Cookies Premium dengan kek yang sedap-sedap sangat.
Teringat sangat la apabila makan Coklat Heaven, yang mana ianya terdiri dari gabungan koko, potongan badan dan juga cornflakes, terasa gigitan tu mewah sangat. Coklat dan badam tu rangup dan cair di mulut.
Pea Pod's pula rasa macam keropok kacang tu, sedap lemak manis. Rasa asli kacang Hijau dan gabungan pure butter membuatkan rasa dan tekstur Pea Pod's tu sungguh asyik bila makan .
Cashew Teacakes pula gabungan dari gajus, badam, cornflakes dan coklat pun sama juga. Nama di unik sikit. Tapi apabila saat menggigit biskut Cashew Teacakes ni, sangat gebu dan sedap. Jangan dok bergurau pula masa makan Cashe Teacakes ni, takut tersembur depan-depan nanti.
Selain itu, boleh cuba juga mini popia udang. Dia punya dan rasa udang kering tu memang piawwww la. Selain ranggup, rasa dia boleh buat anda terasa tak mahu berkongsi dengan orang, nak makan sorang-sorang sahaja sebab takut cepat habis.
Sebenarnya ada pelbgai jenis cookies premium , kek dan juga makanan lain. Ada juga tart nenas gebu sedap ( premium pineapple tart ) serta extra moist fruit cakes. Eh kalau tengok laman web dia, tak keluar dengan tangan kosong la. Silap-silap boleh jadi agen kuih raya untuk jual kat kawan-kawan juga.
Jangan risau, kesemua bahan-bahan yang di gunakan adalah Halal dan keluarana bumiputera 100%. ketelusan bahan-bahan ini datang jauh tau , 100% pure butter jenama import dari New Zealand. Lagi pula, semua bahan yang di gunakan seperti premium badam, gajus dan Hazelnut sangat banyak dan pastinya mereka tidak kedekut untuk memberi rasa yang mewah dan premium.
Untuk tahun 2021 ini sahaja, Cookies Vibe menyediakan sehingga 35 jenis cookies dan snacks untuk pelangganya. Dan salah satu tarikan istimewa bagi anda yang suka akan cornflakes, boleh dapatkan Malatops Crispy, Ombak Rindu, Cashew Butterscotch, Hazelnut Latte, Cornflakes Bites, Cashew Teacakes, kesemua ini ada cornflakes di dalamnya. Dan untuk Top 10 cookies premium dari Cookies Vibe pula tertidir dari pada Ombak RIndu, Malatops Crispy, Chocolate Heaven, Nutty Basket, Almond Chocobar, Royale Cadbury, Black Pistachio, Hazelnut Latte, Velvet Ohana, & Crispy Rainbow (Biskut Lidah Kucing)
Sedikit info untuk anda yang mana untuk membeli terus di kedai mereka atau melalui online :
1. Boleh order melalui website : www.cookiesvibe.com
Penghantaran melalui pos, atau MrSpeedy (kawasan Lembah Klang)
Gunakan code: KATIJAH ( 10% untuk pembelian. )
2. Order melalui agent terdekat di kawasan anda (#VibersFamily) : senang nak ambil Cookies nanti. Boleh buat preorder raya , dan bayar secara ansuran. Pakej-pakej yang ada boleh lihat di website, serendah RM55/ sebulan untuk 6 jenis cookies. Ini adalah idea yang sangat mudah dan menjimatkan sebab tak perlu keluar kos sekaligus dengan banyak.
Cookies Vibe dah ada agent di seluruh Malaysia, Singapura & Brunei.
** Sekarang, pengambilan agent dibuka di seluruh Malaysia (peluang untuk menambah pendapatan). Register sebagai #VibersFamily di website.
3. Atau.. boleh terus ke Showroom Cookies Vibe di: Tingkat 1, Flexis, One South, Seri Kembangan, Selangor.
Operating hours: 10AM - 6 PM (Tuesday - Saturday)
Hotline: 011 657 00101
Address: Cookies Vibe , U1-19, FLEXIS, ONE SOUTH, SERI KEMBANGAN, 43300 SELANGOR
Email:
[email protected]Jadi kan sekarang, tak perlu nak tahan untuk tunggu tahun seterusnya kan, Cookies Vibe kan ada.
INSTAGRAM . FACEBOOK . WEBSITE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2021/03/Cookies-Vibe-Cookies-Premium-Dan-Kek-Yang-Sedap%20.html