11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Kalau Nak Berhenti Kerja Dan Mula Berniaga





Satu bancian yang saya baca dibuat pada tahun 2020 di negara kita mendapati 49% dari mereka yang kerja makan gaji ada hasrat nak berhenti kerja dan berniaga.
Dalam bancian tersebut, anak muda dari generasi Z lebih galak nak jadi usahawan. 4 dari 5 orang yang ditanya merasakan bahawa dengan jadi usahawan peluang berjaya akan muncul lebih banyak kepada mereka berbanding makan gaji.
Perkara yang sama juga berlaku di Amerika di mana 60% dari anak muda mereka lebih cenderung untuk jadi usahawan. Mereka kerja makan gaji sementara sahaja untuk mendapatkan pendedahan dan kemahiran yang boleh digunakan untuk jadi usahawan.
Keinginan untuk jadi usahawan banyak dipengaruhi oleh para influencer media sosial yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di mana-mana saja negara di dunia sekarang.
Jika anda juga masih masuk golongan anak muda, atau mungkin dah tak muda tapi nak mulakan perniagaan, artikel ini adalah khas untuk anda baca dan bersedia.
Ikon usahawan hebatBila sebut usahawan berjaya zaman sekarang ni, orang akan tunjuk ikon hebat antarabangsa seperti Bill Gates, Steve Jobs, Mark Zuckerberg, Elon Musk dan sebagainya. Mereka jadi bahan cerita di seluruh dunia. Cerita kejayaan mereka memang seronok untuk jadi bahan bacaan.
Jika anda rajin melayari internet cari maklumat, anda akan dapat lihat ramai lagi usahawan terkenal yang jadi billionaire dalam umur yang masih muda. Mereka terkenal sebab syarikat mereka berjaya ke peringkat antarabangsa. Kalau di negara kita mungkin cerita Grab adalah satu contoh kisah usahawan yang semua orang muda teringin nak ikut.
Tapi, hakikat sebenar yang anda perlu tahu, cerita hebat usahawan seperti itu hanya merangkumi lebih kurang 5% ke 7% sahaja dalam dunia keusahawanan keseluruhannya.


Jalan cerita mereka sebenarnya tak berapa sesuai untuk bakal usahawan yang biasa-biasa seperti anda dan saya.
Saya maksudkan pada usahawan dalam industri konvensional yang bertungkus lumus cuba jayakan bisnes contohnya dalam industri pembinaan, industri pembuatan, industri perkhidmatan, industri francais dan lain-lain lagi seumpamanya.
Dalam industri biasa itulah, majoriti besar usahawan yang boleh anda lihat saban masa datang dan pergi. Terjun berniaga mencuba, gagal, dan cuba lagi. Gigih berusaha naik dan turun sekadar untuk pastikan kehidupan diteruskan dan tanggungan dapat disara dengan baik.
Kalau anda rasa down sebab bisnes yang dijalankan  sekarang tak glamour, anda sebenarnya silap besar. 
Tak perlu nak down. 
Tak payah terikut-ikut dengan cerita usahawan glamour yang pihak media dan kaki viral suka petik itu.
Yang paling penting adalah, bisnes anda mampu jana duit untuk teruskan kehidupan diri anda sendiri dan semua orang yang anda perlu tanggung. 
Kayuh pelan-pelan naik setingkat demi setingkat. Dari cukup makan kepada tahap selesa. Dan seterusnya dari tahap selesa kepada tahap idaman.
Saya kongsikan panduan di bawah sebagai persediaan buat anda yang mahu berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.
11 perkara anda perlu tahuApa yang saya kongsikan di sini adalah panduan khas untuk anda terutamanya orang muda yang nak jadikan dunia keusahawanan sebagai gaya hidup.
Anda perlu ingat bahawa majoriti besar jenis bisnes yang anda boleh ceburi adalah bisnes biasa-biasa saja, yang kaki viral atau pihak media tak berapa teruja nak petik.
Namun begitu, tak glamour pun tak mengapa. Yang pentingnya, anda berjaya jadi seorang usahawan dan cukup untuk sara hidup dengan baik dan membesarkan anak dan cucu. Itu saja yang penting.
Jom lihat 11 panduan penting di bawah
#1. Bisnes perlu buat untuk belajarIni paling asas kalau anda nak belajar dan faham pasal dunia keusahawanan.
Jika anda pernah tanya soalan, ‘macam mana nak belajar untuk buka sebuah perniagaan?’.
Tak ada cara lain selain dari mula terlebih dulu untuk buka bisnes. Buatlah macam manapun, asalkan anda boleh dilihat dah mula berbisnes. Hanya dengan cara itu saja anda akan mula belajar mulakan bisnes.
Anda boleh saja pergi masuk kursus di sana dan sini; memang banyak orang buat duit sekarang untuk berikan ilmu macam mana nak buat bisnes, tapi selagi anda tak belasah terjun dan buat, walaupun masih dalam keadaan tak pasti, selagi itulah anda tak akan belajar mulakan bisnes.
Sambil buat tu, otak kena ligat. Akal perlu sentiasa jalan. Lihat, perhatikan, rasakan, fikirkan, belajar dan belajar tanpa henti. Itulah saja cara yang ada untuk faham pasal dunia keusahawanan.
#2. Bisnes bukan untuk kanak-kanakKalau ada orang beritahu yang anda perlu mulakan sebuah syarikat hebat sebelum umur 30 sebab kalau dah lepas umur tu, anda tak akan berjaya, tak payahlah nak percaya nasihat macam tu.
Memang ada usahawan muda yang jadi bualan media macam tu. Tapi ianya jarang berlaku. Tidak mewakili cerita kebanyakan usahawan biasa yang anda lihat ada dalam pasaran sekarang ni.
Kebanyakan usahawan mulakan bisnes hanya setelah umur mereka melebihi 35 tahun.
Malah kebanyakannya tak sambung belajar atau masuk universiti pun. Mereka masuk ke dunia pekerjaan terlebih dahulu untuk cari duit dan cari pengalaman.
Kalau anda masih muda, elok masuk ke dunia pekerjaan terlebih dahulu. Belajar timba ilmu dari mereka yang lebih pandai. 
Buatlah kerja apa saja asalkan anda boleh serap pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin. Dan paling penting bina rangkaian kenalan yang baik.
#3. Kerja vs Universiti Realitinya, banyak anda dapat belajar ketika kerja berbanding ketika di universiti. Anda akan lebih banyak belajar pasal kehidupan sebenar, pasal cari makan dan lain-lain, dalam dunia pekerjaan berbanding ketika belajar
Jika anda rasa lebih baik masuk kerja terus selepas tamat sekolah, anda mungkin tak berapa salah. Jika memang dah ada semangat nak jadi usahawan, masuk dalam dunia pekerjaan lebih awal adalah lebih bijak.
Itu pendapat saya setakat ini. Dan tak semestinya anda perlu ikut pendapat itu. Mungkin orang yang percaya wajib masuk universiti sambung belajar terlebih dahulu kemudian baru kerja, ada alasan mereka yang tersendiri.
Yang saya mahu tekankan di sini, dan saya percaya 100% perkara itu betul adalah bahawa, anda lebih banyak belajar masa kerja berbanding masa masuk U atau Kolej.
Kebanyakan usahawan yang berjaya biasanya makan gaji terlebih dahulu di syarikat lain. Anda perlu cuba masuk kerja di syarikat besar terlebih dahulu. Habiskan masa di situ dalam masa yang mencukupi untuk belajar banyak perkara.
Macam mana harga ditentukan. Macam mana syarikat buat testing. Macam mana syarikat uruskan hal perundangan dan seumpamanya. Macam mana mereka berurusan dengan pekerja, dengan pembekal, dengan pelanggan dan macam-macam lagi.
Itu pusat pembelajaran yang paling unggul kalau anda nak tahu.
#4. Pilih aliran yang sesuai kalau masuk UKalau nak jadi usahawan, anda mungkin rasa perlu pilih jurusan keusahawanan, bisnes atau seumpamanya.
Itu satu andaian yang salah.
Jurusan yang paling banyak lahirkan usahawan adalah jurusan yang terlibat dalam bab selesaikan masalah kehidupan seperti jurutera umpamanya. Itulah jurusan yang anda perlu belajar kalau nak jadi usahawan.
Atau anda boleh pilih jurusan sains praktikal lain seperti kimia, fizik, biology, komputer dan sebagainya. Asalkan ianya melibatkan ilmu yang diperlukan dalam kehidupan seharian manusia, itulah jurusan yang sesuai untuk bakal usahawan.
Pengetahuan asas dalam bidang kejuruteraan, sains dan aplikasi, diikuti dengan latihan amali, keupayaan berfikir, huraikan masalah, selesaikan masalah, kemahiran mencatit, menerangkan, menguji dan lain-lain lagi amat banyak manfaatnya kalau anda nak jadi usahawan.
Lepas itu masuk kerja makan gaji dalam jurusan yang relevan dengan apa yang anda belajar, akan menambahkan lagi kemahiran yang diperlukan untuk anda jadi usahawan satu masa nanti.
Jika anda ambil jurusan pengurusan bisnes, biasanya, anda hanya sediakan diri untuk jadi kuli kepada usahawan lain sahaja.
#5. Bisnes ambil masa untuk berjayaMungkin anda banyak dengar cerita popular seperti kejayaan Instagram jual pada FB selepas 18 bulan dilancarkan dengan harga USD1 billion, atau cerita WhatsApp dibeli dengan harga USD19 Billion selepas 5 tahun bertapak.
Ada beberapa cerita idaman sebegitu yang ramai teruja dan berangan-angan nak ikut.
Hakikatnya, majoriti besar bisnes taklah macam tu.
Anda perlu sabar.
Bisnes makan masa yang lama untuk bertapak dan berjaya. Kejayaan tak akan datang dengan mudah macam cerita idaman kat atas tadi.
Kebanyakan bisnes matang dan menarik minat syarikat besar untuk beli hanya setelah berjalan selama 14 ke 15 tahun. Kalau anda ada hasrat sebegitu, yang selalu orang sebut exit strategy dan seumpamanya, ketahuilah bahawa itu amat jarang berlaku.
Biasanya Tokeh akan harung layan syarikatnya dalam tempoh masa yang sangat lama. Kalau nasib baik, membesar dan jadi korporat. Atau masuk ke Bursa saham atau syarikat besar beli.
Kalau nasib tak berapa baik, bisnes anda hanya sekadar mencukupi untuk jadikan anda selesa dengan harta yang mencukupi untuk digelar orang kaya di tempat anda tinggal.
Itupun dah cukup baik sangat. Dan biasanya itulah yang kebanyakan usahawan jadi sepanjang yang saya lihat dan berkawan dengan para usahawan.
Yang pastinya, anda perlukan stamina yang kuat untuk perjalanan yang sangat jauh dan perlu banyak bersabar.
#6. Dongeng Rancangan PerniagaanMungkin anda sering dengar nasihat terutamanya dari agensi kewangan kerajaan supaya pergi masuk kelas buat kertas kerja atau rancangan perniagaan.
Bila pandai buat kertas kerja Rancangan Perniagaan (RP), sediakan semuanya dengan lengkap rapi. Seterusnya boleh persembahkan pada pelabur dan dapatkan dana mula bisnes yang banyak.
Atau boleh persembahkan pada agensi kewangan kerajaan atau pada agensi keusahawanan kerajaan untuk terpilih mendapat suntikan dana mula bisnes.
Atau paling sempoi, buat RP yang hebat, tunjuk pada pelabur pro seperti Venture Capital, atau Angel Capital. Dapat juta-juta suntikan dana untuk idea bisnes anda tu.
Memang ada yang dapat peluang keemasan macam tu, tapi pergilah tanya kebanyakan usahawan kat luar tu, berapa ramai yang dapat peluang macam tu. Itu mungkin hanya peluang satu dalam seribu. Atau mungkin lebih teruk lagi, 1 dalam 1,000,000.
Tak payah nak harap sangat untuk masuk dalam kategori mereka yang bernasib baik macam tu. Percaya boleh, tapi jangan berharap.
Anda perlu buat dan berpegang macam majoriti usahawan yang lain. Kebanyakannya tak ada buat kertas kerja langsung sebab semuanya ada dalam kepala. Dan mereka biasanya keluarkan modal sendiri hasil dari duit simpanan atau duit VSS.
Ada yang keluarkan duit simpanan pencen. Ada juga yang pakai Kad Kredit. Ada pula yang dapat pinjam bank dengan cagarkan aset rumah yang mereka ada. Ada yang refinance rumah. Ada yang susahkan semua keluarga, mak, bapak dan kawan-kawan dengan bergolok bergadai.
Yang pastinya, semua mereka itu berhati-hati dengan modal yang dikeluarkan. Kemudian berusaha tingkatkan hasil jualan, kemut genggam tak tirih selama mungkin dengan keuntungan yang dijana untuk dilaburkan semula kepada bisnes yang mereka usahakan.
Kemudian lepas dah berjaya bina sedikit aset perniagaan, barulah pihak Bank terhegeh-hegeh datang nak tumpang dengan tawarkan berbagai pakej kemudahan kewangan. Masa tu tak ada minta RP pun.
Itulah dunia sebenar yang dihadapi oleh majoriti besar usahawan kat luar sana.
#7. Setiap syarikat hanya ada seorang BossAnda mungkin nak gelar diri anda sebagai Boss atau Taukeh atau boleh saja panggil CEO. Lantaklah nak panggil apa pu. Yang perlu anda ingat dan semat dalam dada adalah, setiap syarikat hanya ada seorang saja Boss atau Taukeh atau CEO.
Jika idea bisnes tu anda punya, anda berusaha sampai jadi. Mungkin sebelum itu, anda ada ajak kawan atau rakan untuk jadi partner dan cuba berlakon yang kedua-duanya adalah Boss atau Taukeh atau CEO.
Hakikatnya, anda perlu faham bahawa hanya ada seorang saja Boss. Tak boleh ada 2 atau lebih. Yang lain tu, selain dari anda, perlu ikut telunjuk samada betul atau salah. Kalau tak boleh ikut, anda perlu singkirkan awal-awal.
Kalau anda tak faham kedudukan itu, alamat anda bukan Boss. Paling teruk kalau anda ada rakan kongsi dan harap kat dia dan dia pula harap kat anda. Last sekali syarikat tak akan ke mana-mana sebab tak ada seorangpun yang bertindak sebagai BOSS.
Anda perlu bertindak sebagai sumber utama yang menggerakkan semua perjalanan syarikat sampai jadi dan berjaya. Anda yang perlu cari pembantu atau pekerja mahir yang sesuai dan mampu menjalankan tugas. Semuanya letak di atas bahu anda. Ingat itu!
Banyak bisnes yang ada rakan kongsi tak pergi jauh. Biasanya akan pecah sekerat jalan sebab manusia ni memang tak boleh lama memendam rasa. Kononnya kedua-dua rakan kongsi sama level dan sama-sama boss adalah lakonan semata-mata. Samada kawan baik dah lama kenal atau tidak. Berkawan dengan berbisnes adalah tak sama.
Samada anda pengikut atau anda Boss itu saja.
Satu lagi, jangan nak bagi share syarikat kat pekerja. Kononnya nak lantik dia jadi rakan kongsi. Elakkan buat macam tu supaya tak menyesal. Lebih bagus jika anda berikan perkongsian keuntungan dalam bentuk peratus dari jualan atau profit atau sebagainya.
Jangan sesekali kongsikan kuasa syarikat. Itulah yang lebih baik.
#8. Kemampuan menjual adalah penentuTak payah nak ingat kalau produk atau servis anda tersangat hebat, dapat selesaikan apa saja masalah, anda tak payah nak susah payah pi jual. Orang akan datang menderu-deru tak henti-henti beli produk anda tu.
Kemampuan untuk menjual perlu dipelajari. Perlu diusahakan supaya betul dan perlu gigih sampai berjaya. Sebagus manapun produk atau servis anda, kalau tak bersungguh-sungguh tolak naik supaya orang beli, anda tak akan berjaya bina bisnes itu.
Pelanggan adalah penentu samada bisnes anda kekal atau bungkus. Anda perlu fokus pada jualan. Dan pastikan anda jual apa yang mereka mahu. Bukannya apa yang anda nak jual.
Jika anda tak terjun lalui pengalaman menjual, anda tak akan faham betapa sukarnya untuk kuasai ilmu menjual ni. Jadi, pastikan anda lalui tempoh menjadi jurujual sebelum nak mula buka bisnes sendiri.
#9. Simpan kenalan negatifAnda tentu kenal kawan-kawan yang sentiasa negatif dengan apa saja cadangan dan idea anda. Mungkin anda anggap mereka berfikiran negatif. Atau mungkin anda rasa mereka pandang rendah pada keupayaan anda selama ini.
Kalau ada ramai kawan-kawan yang macam tu, jangan buang mereka.
Pastikan anda terus berhubung dan gunakan kumpulan kawan-kawan tu untuk mereka baham semua idea anda. Kawan-kawan yang tak rasa segan silu untuk tembak anda dengan seribu satu soalan. Kawan yang suka kritik segala idea anda amat berguna untuk pastikan yang anda tak syok sendiri.
Bila nak bahas idea bisnes, kawan-kawan yang kerjanya asyik puji melambung kehebatan anda memang tak boleh nak pakai sangat. Mereka bakal buatkan anda syok sendiri dan tidak berpijak di bumi nyata.
#10. Jangan buat bisnes kalau tak mau duitIni hakikat yang anda perlu akur dan terima.
Kalau anda susah nak terima hakikat ini, kononnya tak suka jadi orang yang kejar duit. tak suka jadi orang kaya yang banyak duit dan seumpamanya, anda memang tak akan jadi usahawan sampai bila-bila. Apatah lagi kalau nak jadi usahawan berjaya.
Memang betul, anda jadi usahawan untuk buat apa yang anda suka dan pandai. Tapi anda buat benda yang anda suka dan pandai itu supaya lebih mudah terjamin kejayaannya untuk anda buat duit.
Sudah pasti selain dari duit, anda dapat banyak kepuasan lain. Menyediakan peluang kerja, membantu selesaikan masalah pelanggan dan lain-lain lagi tujuan yang mulia.
Tapi samada semua itu berjaya atau tidak bergantung kepada banyak mana anda berjaya buat duit. Berapa banyak hasil jualan anda catatkan dan berapa banyak keuntungan anda kumpul untuk membina bisnes yang lebih berjaya lagi dan lebih lama dapat bertahan.
#11. Jangan tunggu peluang, jemputlah iaAda orang kata, si Mat tu jadi usahawan berjaya sebab bernasib baik. Dia berada di tempat yang betul, pada masa yang sesuai dan berjumpa dengan orang yang tepat.
Saya percaya itu kata-kata yang betul. Kemungkinan untuk anda berjaya dalam perniagaan adalah tinggi disebabkan 2 perkara saja. Pertamanya sebab bernasib baik. Keduanya sebab anda terlibat dalam jenayah.
Orang yang bernasib baik ada kesempatan untuk kenal orang politik itu dan ini. Ada kesempatan membesar di penempatan yang kondusif untuk dia kenal ramai orang hebat. Ada kesempatan disekolahkan bersama anak-anak orang kaya dan berjaya. Di mana anda dibesarkan, anak kepada ibu dan ayah yang bagaimana dan lain-lain seumpamanya adalah anugerah Tuhan yang anda tak minta pun sebelum dilahirkan. Sebab itu saya kaya anda bernasib baik bila dapat gunakan semua itu untuk berjaya.
Tapi anda perlu terima hakikat bahwa bukan semua orang yang kenal menteri itu dan ini, orang kenamaan itu dan ini, boleh berjaya. Kalau dia sendiri tak ada apa-apa persediaan, tak ada apa-apa kemahiran dan kelebihan yang dibina dalam masa yang cukup lama, takkan ke mana juga.
Jadi, kalau anda nak jemput peluang, binalah keupayaan dengan tekun tanpa jemu-jemu. Berusaha, belajar, tambah ilmu tambah pengalaman, tambah kenalan dengan gigih. Supaya bila peluang lalu nanti, anda akan dapat menghidunya.
Sila hadam kalau nak jadi usahawanArtikel ini saya khaskan dan perah otak untuk dikongsikan pada bakal-bakal usahawan di luar sana.
Saya tak ceritakan perkara manis-manis. Agak pahit dan tak berapa seronok nak baca kalau anda orang muda yang ada impian nak jadi usahawan.
Tapi itulah kenyataannya.
Memang sukar. tapi bukanlah sesuatu yang tak boleh dilakukan.
Jika anda hadam semua yang saya kongsikan kat atas tu, saya yakin anda akan jadi usahawan juga satu hari nanti. Insyaallah moga berjaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/08/11%20perkara%20yang%20anda%20perlu%20tahu%20kalau%20nak%20berhenti%20kerja%20dan%20mula%20berniaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Berbakti Jaga Mak Ayah Sakit Anak Sanggup Berhenti Kerja

Demi Berbakti Jaga Mak Ayah Sakit Anak Sanggup Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 187 hits
Selepas 5 bulan ibu meninggal bapa pula menyusul Bahagialah bersama cinta hati abah DUGAAN bertimpa timpa Selepas satu ujian satu ujian lain pula yang datang Selepas kira kira lima bulan pemergian ibu tercinta bapa wanita ini pula meninggal...
Kenapa Kalau Nak Kerja Kedai Makan Atau Buka Kedai Makan Kena Cucuk Typhoid Perempuan Ini Puncanya

Kenapa Kalau Nak Kerja Kedai Makan Atau Buka Kedai Makan Kena Cucuk Typhoid Perempuan Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 316 hits
Kenapa kalau nak kerja kedai makan atau buka kedai makan kena cucuk 8216 Typhoid 8217 Perempuan ini puncanya Bila cakap pasal typhoid fever atau demam kepialu mesti otak korang terus teringatkan makanan walaupun itu bukanlah sejenis makanan...
Nak Melayu Ka Nak Isley

Nak Melayu Ka Nak Isley

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 193 hits
Demo nok Melayu ko nok Isley Guane boh Raja Gelap
Hiburan Kenapa Susah Nak Buat Permohonan Maaf A Aida Dakwa Amelia Henderson Tak Hormat Keputusan Mahkamah

Hiburan Kenapa Susah Nak Buat Permohonan Maaf A Aida Dakwa Amelia Henderson Tak Hormat Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 223 hits
Seperti diketahui ramai sebelum ini berlakunya perbalahan di antara penerbit Datuk A Aida dan juga pelakon jelita Amelia Henderson Baru baru ini A Aida mempersoalkan tindakan Amelia yang tetap berkeras enggan memohon maaf berikutan melangga...
Mengapa Susah Nak Akui Kegagalan Tmj

Mengapa Susah Nak Akui Kegagalan Tmj

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 235 hits
TMJ Bukan Johor Yang Kawal Bola Sepak Malaysia Mengapa susah nak akui kegagalan TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur sikap segelintir pihak yang gemar mengalih pandangan atau mereka reka cerita terutama selepas tewas ...
Kenapa Susah Nak Buat Permohonan Maaf A Aida Dakwa Amelia Henderson Tak Hormat Keputusan Mahkamah

Kenapa Susah Nak Buat Permohonan Maaf A Aida Dakwa Amelia Henderson Tak Hormat Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 327 hits
Seperti diketahui ramai sebelum ini berlakunya perbalahan di antara penerbit Datuk A Aida dan juga pelakon jelita Amelia Henderson Baru baru ini A Aida mempersoalkan tindakan Amelia yang tetap berkeras enggan memohon maaf berikutan melangga...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023