Contact Lense Kanta Lekap Yang Paling Best Selesa
Hai semua hari ini nak berkongsi mengenai kanta lekap iaitu contact lense. Untuk korang yang rabun jauh macam saya, memang susahkan bila tak pakai cermin mata. Bangun tidur lepas cari handphone mesti cari spek. Kadang-kadang nak mencari pun satu hal. Dahla rabun nak cari spek sendiri pun kena sepetkan mata melilau scan dan meraba setiap tempat. Saya faham situasi tu betapa struggle kita di awal pagi. Haha
Bila hujan turun pula tak kisah renyai-renyai atau lebat sudah tentu kabur akibat titisan air hujan. Please lah design spek yang ada wiper untuk automatik lap cermin tak gitu kan
Situasi lain pula bila kita tengah masak pun sama wap dah mula merebak kat spek semasa nak hidu masakan. Keluar kereta aircond sejuk pun kabur spek. Dan macam-macam situasi lagi. Ya nak pakai spek memang ada dugaannya
Walaupun begitu saya suka pakai spek berbanding contact lense sebab dari segi kos sudah pasti sangat menjimatkan. Malah, lebih mudah untuk tanggalkan. Tapi apakan daya, semalam spek saya patah! Kebetulan saya ada contact lense dalam simpanan yang belum expired, bolehlah guna.
Saya beli di shopee saja yang loose item 1 keping RM1.40 kalau nak sepasang kena beli 2. Loose item ni senang bila sebelah mata kita power tak sama jadi boleh order power yang berbeza. Saya suka shopping di shopee tau sebab apa nanti saya share di entri yang lain ya sebab dengan shopee kita boleh buat duit bukan beli saja jadi panjang ceritanya.
Seller bagi saya brand Freshkon. Lupa nak cakap contact lense ni ada ikut bulan. Ada yang jenis boleh pakai untuk sehari(pakai buang), sebulan dan ada yang lebih lama. Pilihan saya sudah tentu daily. Sehari. Pakai buang. Sangat Memudahkan! Lepas aktiviti seharian yang memenatkan, kita tak perlu cuci dengan solution dia tu. Cabut dan buang ke tong sampah je. Alahai best sangat tau. Kalau yang sebulan contohnya, balik kerja dah penat. Nak kena cuci pulak pusing-pusing(nak cuci pun ada step yang betul bukan main bedal nanti tak bersih mata korang dijangkiti kuman).
Jadi saya sangat menggalakkan korang yang nak pakai contact lense, pilih yang daily disposable. Mudah untuk travel juga. Tak perlu bawak solution. Ringan beg sikit kan. Kalau beli sekotak memang mahal sebab tu saya beli loose item untuk pakai hari-hari penting je contoh semasa interview, hari raya, snorkeling(cover with goggle, dilarang pakai contact lense semasa swimming) dan lain-lain.
By the way, brand Freshkon yang lutsinar ni memang selesa untuk mata. Macam tak rasa eh dah pakai ke belum ni. Serius tau. Memang selesa bagi mata saya lah. Mata korang saya tak pasti tapi saya rekemen saja. Jangan pakai yang colour lense ya hukumnya haram. Nanti saya share di lain entri kenapa haram okay? See you soon.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogmyhidop.blogspot.com/2020/06/contact-lense-kanta-lekap-yang-paling.html