Ph Paling Teruk Perintah Negara Dap Masih Berangan Nak Jadi Kerajaan


fazleensafina
Orang Melayu takkan lupa pelbagai peristiwa yang mengguris hati BANGI – Jika tampuk pemerintahan negara diserahkan kepada Pakatan Harapan (PH) sekalipun, apakah jaminan kerajaan tidak bergolak akibat persengketaan dalaman,” soal Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.
Beliau berkata demikian merujuk gesaan pemimpin DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang mahukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhormat kepada PH Plus, selepas gabungan itu mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Beruas itu berkata, Muhyiddin tidak harus memohon pembubaran Dewan Rakyat kerana ia dapat menjimatkan RM100 juta wang rakyat untuk pembayaran pencen kepada anggota Kabinet Perikatan Nasional (PN).
“Ia dilaporkan bahawa Muhyiddin dalam keadaan terdesak ini mungkin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat dan meminta diadakan pemilihan baru.
“Saya menyeru kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyerahkan dengan terhormat pemerintahan kerajaan kepada PH Plus boleh membuktikan bahawa mereka sudah mempunyai majoriti Ahli Parlimen yang berpihak kepada mereka,” kata Koo Ham seperti dilapor Suara Merdeka.
Haji Aminuddin berkata, terdapat pelbagai konflik yang timbul dalam PH ketika menjadi kerajaan, malah masih ada lagi yang belum selesai sehingga kini.
Konflik berkenaan termasuk perang dingin antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih belum berakhir.
“Malah, kita juga saksikan siri-siri serangan pemimpin DAP kepada Tun Mahathir itu sendiri juga cukup dahsyat.
“Maka, apa jaminan mereka bahawa kerajaan PH Plus ini sebuah kerajaan yang stabil? Rakyat sekarang ini memang selesa dengan kestabilan kerajaan kini yang kurang berpolitik dan banyak kerja walaupun tidak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Meskipun bersetuju dengan kenyataan Ngeh Koo Ham bahawa, pembubaran Parlimen dan melaksanakan pilihan raya dalam terdekat memakan kos perbelanjaan yang tinggi, namun, Haji Aminuddin berkata, terdapat banyak kerosakan dilakukan PH ketika mendapat mandat untuk memerintah negara selama 22 bulan sebelum ini.
“Tidakkah Ngeh lupa betapa teruknya pemerintahan negara sewaktu zaman Pakatan Harapan dahulu, di mana menteri-menteri tidak kompeten, polisi-polisi yang ‘flip-flop, pergolakan dalaman dan banyak lagi masalah lain, yang akhirnya menyebabkan para pelabur banyak yang lari dan negara terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar.
“Malah, jumlah hutang negara semakin meningkat walaupun rakyat saban hari diminta untuk mengikat perut dan diherdik-herdik sahaja. Orang Melayu jangan lupa yang mereka diberikan pelbagai gelaran yang mengguriskan hati kita,” katanya.
Pada masa sama, Haji Aminuddin menegaskan, PH perlu menerima hakikat bahawa zaman pemerintahan mereka telah musnah dan perlu menjadi pembangkang sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekiranya gabungan parti itu benar-benar memikirkan kos pilihanraya dan keselamatan rakyat yang terpaksa keluar mengundi.
“Tidak lama pun (menjadi pembangkang), mungkin dalam dua tahun sahaja lagi. Tetapi, jika PH teruskan sahaja dengan agenda rakus jual beli Ahli Parlimen seperti jual ikan dan PN juga membuat perkara yang sama untuk merampas kembali kuasa, maka sampai bila-bila tidak akan selesai.
“Inilah justifikasi paling kuat untuk membubarkan parlimen kerana kestabilan sudah tidak dapat dicapai lagi.
“Kita harap agar rakyat cakna akan perkembangan politik hari ini dan bersedialah akan apa sahaja kemungkinan sekalipun. Yang penting, pantaulah tindak-tanduk wakil rakyat masing-masing dan buatlah penilaian sewajarnya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/ph-paling-teruk-perintah-negara-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makin Teruk Mabuk Sejak Kerajaan Melayu Isle Ni Perintah Biar Betul

Makin Teruk Mabuk Sejak Kerajaan Melayu Isle Ni Perintah Biar Betul

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 396 hits
Sejak PN memerintah makin teruk kes pemandu mabuk kat MalaysiaSaban hari ada je yang meninggalSayang Pejuang bangsa agama terkedu terkelu diam membisu Dulu bersuara sebab kebencian politikLepas subuh terus up status menghentam Benci PH benc...
Bonus Tambahan Dari Instaforex Ini Sudah Pasti Sementara Beberapa Buah Negara Masih Lagi Dalam Perintah Berkurung Atau

Bonus Tambahan Dari Instaforex Ini Sudah Pasti Sementara Beberapa Buah Negara Masih Lagi Dalam Perintah Berkurung Atau

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 348 hits
Sementara beberapa buah negara masih lagi dalam perintah berkurung atau mula dibuka semula pedagang InstaForex terus mengambil bahagian di dalam kempen yang berbeza dan terus menerima bonus wang tunaiTanpa mengambil kira perintah berkurung ...
Gesa Pm Serah Kerajaan Pemimpin Dap Terdesak Nak Kuasa

Gesa Pm Serah Kerajaan Pemimpin Dap Terdesak Nak Kuasa

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 333 hits
Negara rakyat akan tanggung rugi besar jika PH kembali jadi kerajaan BANGI Alasan pemimpin DAP Datuk Ngeh Koo Ham yang menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan kepada Pakatan Harapan Plus selepas gabungan itu m...
Kerajaan Batal Perintah Harga Siling Petrol Diesel Dibatal

Kerajaan Batal Perintah Harga Siling Petrol Diesel Dibatal

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 413 hits
Kerajaan Persekutuan sudah membatalkan perintah harga siling terhadap minyak petrol dan diesel melalui Warta Kerajaan bertarikh 3 Jun lalu Berdasarkan Warta Kerajaan itu Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan 2020 mengikut Akta Kawalan H...
Kerja Dap Dan Ph Nak Salahkan Orang Tak Pernah Toleh Diri Sendiri Atas Kejatuhan Ph

Kerja Dap Dan Ph Nak Salahkan Orang Tak Pernah Toleh Diri Sendiri Atas Kejatuhan Ph

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 394 hits
Saya malah nak ulas panjang tapi hakikatnya tak pernah jumpa lagi mana mana pemimpin PH yang insaf koreksi diri dan meminta maaf kepada rakyat atas kejatuhan PH Yang ada semua salah orang lain termasuk Najib Banyak apa MalaysiaGazatte tulis...
Pak Kadir Nak Tolong Rakyat Kerajaan Pinjam Dari Rakyat Kemudian Cukaikan Rakyat Untuk Bayar Balik Pada Rakyat

Pak Kadir Nak Tolong Rakyat Kerajaan Pinjam Dari Rakyat Kemudian Cukaikan Rakyat Untuk Bayar Balik Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 528 hits
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sendiri mengaku kerajaan Perikatan Nasional tidak mempunyai kewangan yang mencukupi sehingga terpaksa meminjam sehingga RM35 bilion dari dalam negara Tokoh wartawan veteran Datuk Abdul Ka...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Tahniah Dan Terima Kasih

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Harimau Merah Intrik Dalaman

Elderly Support Building A Caring Future Today

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Rekaan Packaging Standing Pouch Meningkatkan Jualan

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pensel Warna Yang Paling Tak Berguna

Agar Agar Marble

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Remaja 13 Tahun Seronok Jadi Superman Dikejar Polis