Consult Dengan Doktor Pakar Di Kpj Seremban


Umur makin meningkat ni, penglihatan pun mula lah buat hal kan. Rabun jauh tu tak ada masalah kalau pakai cermin mata atau contact lens sebab saya pakai cermin mata pun sejak dari sekolah Menengah lagi. 
Itulah, dulu zaman sekolah tak jaga mata betul-betul. Kan dah rabun jauh. Tak nak dengar cakap mak, tengok TV dekat-dekat. Hadap computer lama. Itulah akibatnya! Dah kena pakai cermin mata sampai sekarang. Mujurlah power dia tak tinggi sangat

Tapi dulu bukan main seronok dapat pakai cermin mata. Sekarang dah rasa leceh dan rimas pula. ON OFF pakai. Itu belum lagi kalau tertinggal cermin mata. Merana tak tak nampak apa, kabur semuanya. Kadang orang cop kita sombong sebab tak senyum. Padahal kita tak nampak.

Nak dijadikan cerita, sejak last year bila tengok handphone kena buka cermin mata baru nampak jelas. Padahal beberapa bulan sebelum tu baru buat cermin mata baru kot. Takkan silap power cermin mata kot. Kalau pakai cermin mata tengok handphone rasa tak selesa sebab kabur

Maknanya apa? Rabun dekat ke tu? Ahh sudah. Tak bersedia lagi nak rabun dekat ni. Kadang nampak jelas, kadang kena adjust sikit jarak tu baru nampak bila pakai cermin mata. Yang pastinya kalau nak tengok handphone atau buat kerja guna computer kena tanggalkan cermin mata. Baru selesa dan jelas

Boleh je buat cermin mata multifocal tapi tak tahulah kenapa macam tak nak buat. Lebih selesa tengok jarak dekat tanpa cermin mata kot. Jadi, nak tengok dekat buka je cermin mata tu.

Ikutkan kehendak, macam nak buat lasik. Masalahnya insurance tak cover untuk pembedahan mata lasik sebab itu dalam kategori pembedahan kosmetik. Tapi ada sesetengah isu boleh cover. Kita cuba nasib je lah tengok apa masalahnya dulu. Boleh tak boleh belakang cerita.
Telefon syarikat insurans dan KPJEncik Suami call insurance dan KPJ untuk kepastian. Call insurance kata boleh dan KPJ minta datang untuk consult dulu. Saya perlu daftar dulu di KPJ. 
Pada hari yang ditetapkan, kami pun pergilah daftar di KPJ Seremban. Sekali dia kata kena ada referral letter dari klinik panel untuk guna GL (General Liability) insurance. 

Dapatkan referral letterTerpaksalah pergi ke klinik panel dulu, jumpa doktor dan minta referral letter. Mujurlah prosesnya tak lama. Kemudian pergi semula ke KPJ. Doktor panel pun tak banyak soal dan mempermudah urusan


Daftar di KPJDah dapat referral letter, pergi semula ke KPJ Seremban dan daftar memandangkan saya tak ada rekod lagi di KPJ. Selesai daftar semua, barulah pergi ke klinik Ophthalmologist & Medical Retina Specialist jumpa doktor pakar yang dipilih

Consult dengan Ophthalmologist & Medical Retina SpecialistDoktor pakar bertanyakan sejarah mata dan kesihatan semua tu lah. Baru tahu di KPJ Seremban ni tak ada buat pembedahan lasik mata. Di sini ada beberapa jenis pembedahan mata dan doktor terangkan satu persatu


Pemeriksaan mataAlang-alang dah jumpa doktor, buat sekali pemeriksaan masa. Test tahap rabun dan silau. Dilute dengan ubat titis mata bagi kembang untuk buat pemeriksaan tekanan mata (intraocular pressure). 
Masa ubat titis tu masuk mata, pedih lain macam ye. Kesannya, pandangan akan kabur 4-5 jam macam tu. Kemudian Doktor check retina guna alatan khas. Lepas tu letak ubat kebas sampai tak rasa doktor pegang retina. Pedih mata menahan silau tengok lampu pada alatan tu. 
Usai check, doktor bagitahu keputusan dan bawa berbincang sekali lagi. Katanya ada katarak tapi minor. Bukan tahap serius. Kalau tengok dari mata kasar mata normal je. Tak nampak lansung ada katarak pun. hmm...kita pun dah rasa down. Aa risauuu..

IOL (intraocular lens) SurgeryUntuk kes saya boleh buat pembedahan katarak, IOL (intraocular lens) dan saya pilih multifocal lens untuk pandangan rabun jauh dan dekat. 
IOL ni ada 3 jenis lens iaitu monofocal (kanta satu pandangan samada rabun dekat atau jauh), multifocal (kanta pelbagai untuk pandangan jauh dan dekat) dan toric (kanta betulkan padangan)

Disebabkan saya dah memang rabun jauh dan pandangan dekat pun kabur kalau guna cermin mata, jadi pilih multifocal lens lah. Boleh je buat cermin mata multifocal tapi saya nak bebas pakai cermin mata. 
Doktor terangkan pilihan rawatan yang ada dan sesuai dengan keadaan. Beritahu kesannya, jangkamasa rawatan dan juga pembedahan. Dah setuju semua, seterusnya janji temu untuk pre-assessment pula


Kita punya berdebar hanya Allah je tahu. Dup dap dup dap je. Semoga Allah permudah segala urusan kami. Aamiin...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/11/consult-kpj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Scan Di Klinik Dr Ana Seremban Pakar Sakit Puan

Scan Di Klinik Dr Ana Seremban Pakar Sakit Puan

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 191 hits
Assalammualaikum WRT Hari ni SA bersiaran dari rumah work from home semalam 1 entry pun takde semalam SA rasa x sihat dan mood kelaut dalam tapi ada banyak la bahan yang SA dah kumpul untuk share kat blog so hari ni seperti yang dijanjikan ...
Ramly Umum Penutupan Dua Outlet Di R R Seremban Utara Pagoh Selatan

Ramly Umum Penutupan Dua Outlet Di R R Seremban Utara Pagoh Selatan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 91 hits
Ramly Umum Penutupan Dua Outlet Di R R Seremban Utara Pagoh Selatan Restoran makanan segera Ramly Halal Kiosk Malaysia mengumumkan penutupan dua cawangannya yang telah beroperasi selama 10 tahun pada hujung bulan ini 30 November 2025 Ramly ...
Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 156 hits
Dah lama sebenarnya berhajat nak menikmati makanan berasaskan soya sejak di tempat lama lagi The Soya The Soya asalnya sebelah tu sekarang dah berpindah di tempat lain dan bertukar kepada Dinoy by The Soya The Soya tempat lama tu pun dah be...
Cops Still Probing Death Of Seremban Pupil Says Ministry

Cops Still Probing Death Of Seremban Pupil Says Ministry

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 158 hits
Education ministry acknowledges a statement made by Iman Zhafran Hafizuddin s family says justice must be served The education ministry called for every element linked to Year 4 pupil Iman Zhafran Hafizuddin s death to be thoroughly probed ...
Late Lunch Di Myviets Seremban Gateway

Late Lunch Di Myviets Seremban Gateway

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 160 hits
Assalamualaikum Balik dari kenduri tu kami x terus balik rumah adik bongsu terus balik SA 3 beranak terus ke sebab Dania nak beli tudung untuk dinner hari Jumaat ni SA pun terjebak beli dan 2 helai padahal x reti pakai shawl ni saje la beli...
Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak

Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 117 hits
Pakar Ajar Cara Betul Hadap Situasi Cemas Bayi Tercekik Tersedak Jadi ibu bapa memang tak mudah Walau anak ramai sekalipun setiap hari tetap ada benda baru yang perlu dipelajari terutama bila melibatkan keselamatan anak kecil Setiap tahun p...
Doktor Kata Hanya Baki 3 Minggu

Doktor Kata Hanya Baki 3 Minggu

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 166 hits
Doktor Kata Hanya Baki 3 Minggu Monolog Jiwa Doktor Kata Hanya Baki 3 Minggu Catatan Inspirasi Kehidupan Kisah Benar Cikgu Nassry Mardee Ismail IVDitulis semula bergaya JMBELOG Ada kalanya hidup menampar kita tanpa amaran Saat kita terduduk...
Hiburan Trend Letak Qr Ganti Salam Kaut Di Kenduri Pakar Kewangan Tampil Ulas Jangan Malukan Diri Dan Keluarga

Hiburan Trend Letak Qr Ganti Salam Kaut Di Kenduri Pakar Kewangan Tampil Ulas Jangan Malukan Diri Dan Keluarga

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 129 hits
Penasihat kewangan popular Faiz Azmi tampil mengulas isu tular apabila segelintir pasangan pengantin kini menggantikan tradisi salam kaut dengan sistem imbasan QR code untuk menerima sumbangan wang daripada tetamu Menerusi perkongsian di Ti...
Earphone Atau Headphone Pakar Telinga Jelaskan Mana Lebih Selamat

Earphone Atau Headphone Pakar Telinga Jelaskan Mana Lebih Selamat

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 153 hits
Earphone Atau Headphone Pakar Telinga Jelaskan Mana Lebih Selamat Dalam era moden ini muzik dan audio telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian Sama ada ketika bersenam bekerja belajar atau sekadar bersantai ramai memilih un...
Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu

Pilihan Raya Sabah Paling Gila

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Beli Sourdough Bread Rendah Glycemic Index Di Pharmacy Alpro Sesuai Untuk Diet

Restoran Seafood D Bendang Sekinchan Tempat Santai Untuk Pencinta Seafood Segar

Step And Repeat Banners Continue To Redefine Event Visuals And Brand Engagement

Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mother Waits 26 Months As Authorities Fail To Recover Child

Malaysian Cops Now Willing To Act On Fam Jpn Fraud Allegations After Fifa Upheld All Sanctions

Banner Craft Market Dah Sampai

Fenomena Kejuruteraan Coverset Y Suku

Siri 08 Throwback Rumah Terbuka Raya Mak Ayah Syukran Berlangsung Dengan Lancar Cuaca Baik Sederhana Penuh Makna

Hari Ni Hujan Jadi Mood Pun Macam Sayu Je