Hi Korang,
Sebenarnya mesin jahit mudah alih (portable) ni adalah edisi terbaru dari brother. Kan sudah menjadi sinonim kalau sebut saja mesin jadi portable confirm warna putih. Tapi dengan Model terbaru dari brother ni mereka buat special sikit. BABY BLUE!!!! comel kan dan ianya bersempena bagi meraihkan ulang tahun mereka yang ke-20. Jadi terhasil lah Model JK17B edisi terhad!!!
17 Built-in Jenis Jahitan & Mengunci Jahitan ReverseSeperti kebanyakan mesin jahit, brother model JK17B ni di lengkapi dengan 17 jenis jahitan built in. Sehingga kan korang boleh ukir nama korang sendiri pada kain perca korang. Kalau tak percaya nanti tengok video pada penghujung entry ni ok. Bukan itu saja guys, ianya juga turut di lengkapi dengan secure back stitches, yang mudahnya ianya terletak pada bawah 17 pilihan jahitan. Jadi lepas korang memilih jenis jahitan korang terus boleh lock jahitan reverse pada kain korang. Sememang nya mudah. 
Quick-set Drop-in Top BobbinPertama kali bila kita nak penuhkan bobbin top ni, kita terasa begitu teruja kerana ianya sungguh memudahkan kita untuk mengendalikan bobbin top ni. Bila dah penuh tu korag just pelu ikut simple step bagaimana dengan mudahnya korang boleh masukkan di dalam mesin jahit tersebut.
Built-in Needle Threader & LED Light Feature yang ini aku rasa confirm ramai di luar sana yang teruja, sebab nya selepas ni korang tidak perlu "tension" kalau nak memasukkan benang pada jarum tu sebab dengan 3 step mudah korang boleh memasukkan benang dengan cara professional. Tambahan pula, kini vision korang untuk menjahit lebih clear dan focus kerana LED Light ni sangat terang dan bersesuaian dengan visual penglihatan kita. Jadi menjahit pada belah malam tidak lagi menghalang korang dari terus menjahit.
Built-in Thread CutterKorang mungkin nampak ianya kecil terletak di tepi sudut, tapi korang mungkin tidak tahu betapa besarnya function si kecil ni. Ianya sangat berguna kepada mereka yang sering mengalami benang tersangkut atau benang stuck pada mesin jahit, lepas tu cutter ni sangat membantu tanpa korang nak mencari gunting. Kan dah jimat masa dekat situ!!!
Harga untuk 1 Unit brother JK17B ni hanya RM 859 sahaja. Kepada mereka yang ingin mencari mesin jahit baru korang boleh lah memiliki mesin jahit portable ni. Ouh Ya!!! kalau korang nak tahu brother sekarang ni ada buat Contest taw. Bersempena dengan ulang tahun mereka yang ke-20 sebanyak 6 buah mesin jahit JK17B akan di berikan melalui Facebook & Instagram account mereka. Jadi pergi follow dan siapa tahu korang merupakan insan yang bertuah :)
untuk info yang lebih lanjut berkenaan dengan Model Product terbaik ini dan juga cara memenangi contest tersebut, korang boleh layari seperti di bawah:|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |