Chicken Chop Dan Geng Untuk Makan Malam
Assalamualaikum...
PEHA ayam ni dah sebulan Pak Inche beli rasanya. Kunun-kunun, kalau siang dah makan nasi, malam masak Chicken Chop jer. Nampak macam jer aje, kan, tapi dia tak tahu, lebih baik masak nasi berlauk dari masakan western macam ni yang perlu dihidang pantas. Kalau masak nasi berlauk, kita masak awal dan berehat-rehat dulu sebelum makan, gituuuu. Jadi, hari Jumaat tuari, Sk fikir malam tu bolehlah masak Chicken Chop, sekali Pak Inche kata dia nak makan nasi malam tu, ayam pulak, dah di-defrost, Sk terus taburkan aje dengan serbuk lada hitam dan frozen-kan semula, huhu. Adoi, panjang betul cerita ayam ni la... Malam tu kitorang makan kat Senoko, huhuhu.
Jadi, semalam kan Sk kerja. Rasa macam tersusun balik la jadual yang dah jadi rutin kita. Bak kata Mak Cella, jet lag?? Hahaha.. hilang dah jet lag tu.. Kalau tak, hari-hari rasa hari Jumaat. Lepas tu berkejar Work For Home dan Work From Home. Melangut jer depan PC dok tunggu laporan masuk sorang-sorang. Kalau baring karang, terrrrrr.... zzzzz.. pulok. Apalagi, sambil lipat kainlah kita, hahaha. Eh, tadi nak cerita pasal ayam tu... jadi, semalam, SK suruh Iman keluarkan tupperware berisi ayam yang dah perap dengan lada hitam tu rendam sampai ayam lembut, tapi jangan sampai tupperware tu tenggelam. Bila ayam tu dah lembut, masuk dalam peti sejuk semula. Risau pulak ayam busuk kalau lama-lama kat luar. Syukur, sedang elok sangat lembut ayam tu bila Sk balik, apa lagi bersilatlah kita, wakkkk.
Haaa.. bukan senang nak merajinkan diri macam ni.
JagungRebus dalam periuk noxxa, tekan HP 6 minit
Kentang PutarGuna Emping Kentang KnorrColeslow
Rebus jer mix vege lepas tu tos dan bilas dengan air sejuk, gaul dengan mayonis, tambah salad yang dihiris halus
Fries
Goreng guna air fryer jer.. tapi kering laa.. tak ada minyak-minyak tak best, haha
Sos Blackpepper
ini sos lebih masa masak Lamb Chop hari tu, hahaha
Ayam
Perap dengan serbuk lada hitam dan
Panggang atas Grill Pan sehingga masak, balik-balikkan sentiasa supaya masak sekata
Lepas tu panggil laki anak suruh susun dalam pinggan dan buat air sedap,
feeling-feeling la makan kat restoran lima bintang, jangan lupa pasang kipas laju-laju.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/chicken-chop-dan-geng-untuk-makan-malam.html