Roti John Dan Chicken Chop Sedap Di Mhr Burger Restaurant Port Dickson Negeri Sembilan
As Salam,
Roti John dan Chicken Chop Sedap di MHR Burger Restaurant Port Dickson, Negeri Sembilan. Yay! ni sebenarnya entri throwback.Time pi makan ni tengah sibuk dengan kerja kat sekolah.Nak update kat blog pun makan tahun.heh.Maafkanlah tuan tanah blog yang masih lagi part time dengan blog ni.Tunggulah nanti kalau impian bersara awal di permudahkan, satu hari seploh kali saya update blog.kiki.Hope so.
Roti John di MHR Burger's memang tidak mengecewakan.Kami repeat kali ini makan direstoran depa sebab sebelum ni jiran sebelah rumah bagi sebagai hidangan berbuka bulan puasa tempohari
Bagi chance kat Tokey yang belanja kita hari ni.Bagi seketul dua pic dia makan roti john n chicken chop kat MHR Burger.cehh
Orait, ini bukanlah paid review.Jadi korang pun bolehlah trust bahawa selain kesedapan burger di restoran ini, depa juga ada pelbagai menu roti John.Korang boleh pilih nak makan roti john inti kambing, ayam atau daging.Ikut selera masing-masing.Masa saya pi dengan Encik Suami ni kami pilih Roti John Daging Tabur dengan harga sekitar RM8. Boleh juga tengok menu kat bawah ni
Memandangkan hari tu time pi makan ni kami berdua sahaja, Encik Suami siap offer nak makan apa je, saya pun ambik kesempatan ini order yang saya teringin nak makan masa tu.Korang pun , kalau Encik Suami tengah baik hati, order jelah apa-apa yang patut.Walaupun hari lain, dia jugak yang tolong bayar untuk kita.hehe
Jomm..makan-makan:)-Chicken chop versi MHR Burger
western kita hari ni ya-garlic bread n mushroom soup.Mushroom soup dia sedap amat.Korang boleh try kalau suka mushroom soup:)
Kalau korang bukanlah warga PD, mungkin sesekali akan datang ambik angin di pantai Port Dickson, bolehlah bawak family makan kat sini.MHR Burger ni sebenarnya juga ada hidangkan western food yang lain macam dalam menu pic kat bawah
Masa kami datang ni dalam jam 3 petang, jadi pelanggan depa tak ramai lagi.Boleh feel-feel macam kita tempah satu restoran ni untuk kita berdua je.ceh gitu. Makan pun santai-santai sambil story-mory dengan ex tunang kita ni kann.uhuk.uhuk
Selain makan roti john n chicken chop, kami juga order air minuman soda herbs dan asam boi lemon.Padahal kalau ingat balik zaman kita orang dating dulu, minum sir sirap kenduri pon dah sodap sangat wei.kiki
Featured Wall kat restoran MHR Burger ni memang lawa. Dia punya interior design pun memang cun.Dengan kaler kuning yang memikat ni, boleh buat perut terus rasa lapar dan gembira tiba-tiba sebab ada orang belanja makan.kiki
Kita bagi satu lagi chance kat orang yang sponsored post kali ini.Syukur dan terima kasih banyak-banyak ya Abe ku saye.
Orait, jangan lupa datang terus ke RESTORAN MHR BURGER di Port Dickson kalau korang suka makan western dan satu lagi served depa ni pun best jugak.Taklah tunggu lama nau.Mungkin timing kami datang tu sedang elok
Restoran MHR Burger di Port Dickson.Jemput datang ramai-ramai ek:)
Adress : Restoran MHR Burger di Port DicksonJalan Remis 2, Tanjung Lembah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Facebook MHR Burger ( klik link ) Selain datang makan bawak family ke restoran, MHR Burger ni ada jugak buat Delivery ke rumah korang yang dok area Port Dickson la.Time saya taip review ni, depa ada buat offer Delivery Seringgit sepanjang tempoh PKPB sehingga 6 Disember 2020.Boleh klik FB MHR untuk details offer ya
Saya ada juga kongsikan beberapa review western Food di Seremban.Korang boleh klik link kat bawah kalau nak dapatkan review saya
1. Berbaloi makan wetern Food Di Polperro Steak House Sebab Sedap, Large Portion dan Harga Murah.
2. Makan Chiken Chop Murah dan Sedap di King Grill Steak House Seremban 2 (S2).
Thank you baca review makan-makan saya sampai habis.Kalau nak puas hati lagi, boleh tengok review customer depa kat Google review.Masing-masing puji makanan sedap, staff bagus dan restoran pun bersih
Okey.Sampai jumpa lagi. Bai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/11/roti-john-dan-chicken-chop-sedap-di-mhr.html