Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk
Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom.my Dengan Lebih 200 Jenis Produk | Salam semua, Baru - baru ini Wani dicadangkan oleh seorang kawan kalau minat nak design sendiri cuba guna servis dari custom.my ni. Kawan cakap macam - macam pilihan yang ada ikut yang kita nak. Zaman sekarang dah hujung jari segalanya mudahkan kita. Minat nak design sendiri barang kita, boleh guna servis yang disediakan oleh custom.my ini. Trending sekarang, samada untuk event, untuk majlis perkawinan, untuk majlis hari jadi atau macam macam majlis lah semuanya boleh.
13 Kategori Servis Yang Ditawarkan Di Custom.my
Wani pergi la curi - curi tengok kat laman web custom.my ni. Buka terus website custom.my ni, wah banyaknya pilihan. Kalau buat sendiri yang custom made ni rasa puas hati sikit sebab design kita sendiri kan.
Lain dari yang lain kan. Buat korang yang masih tak tahu, custom. my ni pakar reka design dan percetakan pakaian.
Tapi yang menariknya, kita sendiri pun boleh design sendiri. Buat pulak secara online. Klik - klik dah siap design kita. Buat payment online dan mereka sendiri pos terus sampai barang depan rumah. Seronok tak ?
Teruja sangat sebab macam- macam boleh buat ni. Di bawah ini adalah antara kategori servis yang ditawarkan di custom.my.
1. Tshirt & Polo
2. Jacket & Hoodie
3. Sportswear
4. Mens Fashion
5. Womens Fashion
6. Kids & Babies Accessories
7. Accessories
8. Beg
9. Pouch
10. Home Decoration
11. Topi
12. Sticker / Marketing Material
13. Print Kain
Apa Yang Istimewanya Custom.my ?
1. Lebih daripada 200 jenis produk yang ada
Banyak tau produk kat sini, rambang mata dibuatnya. Berkenan tengok segala jenis beg kat sana. Lagi satu bawah kategori Home Deco tu ada sarung bantal, bantal hiasan, beg simpanan, sarung galon, cadar tilam dan banyak lagi. Kalau setakat nak design baju t-shirt tu semua dah biasa dengar kan. Ini nak print kain pun boleh. Mesin nak cetak ni mesti canggih kan. Masuk laman web custom.my ni tak tahu nak pilih dah mana satu. Korang pergi la tengok sendiri ya.
2. Tidak ada minimum tempahan
Mesti ada yang tertanya kalau nak buat tempahan untuk sehelai boleh ke ? Jawapannya boleh ya. Yang bagusnya custom.my ni, dia tak ada minimum order, nak order untuk sehelai pun boleh, tak semestinya nak order kena banyak - banyak dulu. Biasa nya kita dengar kalau nak cetak design macam ni, mesti kena order banyak - banyak kan. Kalau macam tu senang lah, boleh lah nak order sini.
3. Proses yang cepat
Proses nak buat ni pun cepat sebab secara online kan. Kita pun guna design sendiri kita. Klik -klik pun dah siap. Tunggu nanti barang sampai depan rumah.
4 Langkah Mudah Untuk Order Dengan Custom.my
Ada 4 langkah mudah untuk order dengan custom.my ni.
1. Pilih produk
2. Upload design
3. Buat payment
4. Proses penghantaran barang
Buat yang pandai design guna adobe photoshop ni memang mudah lah nak buat. Apapun, tutorial lengkap sudah ada di sana. Wani ambil contoh untuk design apron
Di custom.my untuk upload design korang sendiri, korang kena buka akaun dropbox dulu ya. Kalau tak ada, boleh buka akaun di www.dropbox.com. Senang untuk diakses nanti.
Kalau tak pun, semasa korang nak design nanti, bagi yang belum ada akaun dropbox, kat situ akan terus keluar untuk buka akaun dropbox. Wani sendiri pun tak ada lagi sebelum ni, buka kat sini.
Klien - Klien Yang Pernah Mengambil Servis Dari Custom.my
Tidak dinafikan, kepakaran custom.my dalam menghasilkan servis yang berkualiti telah menarik ramai klien - klien di luar sana. Custom.my punya klien bukan biasa - biasa ya. Di antara klien - klien yang mengambil servis dari custom.my ini adalah :
1. Iflix
2.Universiti Kuala Lumput
3. MAPS ( Movie Animation Park Studio )
4. CIMB Foundation
5. Thunder Print
6. Universiti Teknologi MARA
7. Universiti Selangor ( UNISEL )
8. KPTM ( Kolej Poly-Tech MARA )
9. Universiti Teknologi Petronas
Buat korang yang tercari - cari di mana nak design sendiri atau nak cetak sendiri, nanti cuba lah tengok - tengok di custom.my. Pilih yang mana satu produk yang berminat dan design sendiri, nak macam mana. Mudah dan puas hati.
Ingatkan Custom.my ni kedai alam maya jer. Rupanya ada kedai sendiri yang boleh korang nak walk-in tengok ya. Sekiranya korang nak melihat sendiri servis apa yang ada, senang kan puas hati tengok depan mata. Boleh pergi ke kedai mereka di alamat seperti di bawah :
Custom My Printing Sdn Bhd ( 1210459P ) NO 46 A, HALA TAMAN MERU 11,MERU 2B 30020 IPOH, PERAK MALAYSIALAT LONG : 4.661083, 101.067278
Dibuka pada
Isnin - Jumaat 9:00 am - 6:00 pmNo Tel : 05 - 5252144Email :
[email protected] Whatsapp : 013 - 484 5800Telefon Bimbit : 013- 484 5800
Untuk Maklumat Lanjut
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2019/09/cetak-design-sendiri-lagi-mudah-di-custom.my.html