Jalani Kehidupan Dengan Lebih Mudah Melalui Huawei Smart Life


Huawei merupakan antara salah satu jenama yang cukup dikenali untuk para pengguna dari seluruh negara. Mereka bukan sahaja mengeluarkan telefon pintar dengan spesifikasi yang baik, malah turut menawarkan ekosistem peranti tersendiri untuk pengguna setia mereka. Dengan mewujudkan ekosistem mereka yang tersendiri, kehidupan seharian pengguna mereka menjadi lebih mudah dan pantas.

Sebagai contoh, situasi ini boleh diketengahkan apabila anda perlu menyelesaikan sesuatu tugasan kerja ketika menikmati percutian. Jika sebelum ini, sekiranya terdapat sesuatu tugasan mengejut, anda mesti berasakan ia sebagai satu masalah kerana anda sedang bercuti dan perlu membawa komputer riba yang berat dan besar ketika percutian. Namun, melalui ekosistem Huawei, anda kini boleh menikmati percutian anda sambil melakukan tugasan kerja dengan mudah dan kurang tekanan.
Kebiasaannya, hari percutian kita sering diisi dengan aktiviti yang padat. Namun, sekiranya anda merasakan ada masa lengang yang perlu diisi, anda boleh menonton tayangan video melalui telefon pintar Huawei Mate 30 Pro. Dengan menggunakan peranti ini, anda boleh menikmati tayangan yang lebih imersif dan memuaskan kerana Huawei Mate 30 Pro ini dilengkapi dengan rekaan skrin 6.53 inci Flex OLED, janaan cip HiSilicon Kirin 990 (7nm), pembesar suara jenis stereo dan satu dari jenis ultrasonik.

Dari segi penawaran kameranya, telefon pintar ini hadir dengan sistem catur-kamera yang menggabungkan lensa 40+40+8+3D TOF, serta menyokong sistem zum digital sehingga 30X dan rakaman video gerak perlahan (Ultra Slow-Mo) 7680 FPS pada resolusi 720P. Dengan kebolehan kamera Huawei Mate 30 Pro ini, anda boleh merakam pelbagai gambar dan video yang menarik sepanjang percutian anda.

Antara fungsi menarik lain yang terdapat pada telefon pintar ini adalah, fungsi Air Gesture yang membolehkan anda untuk mengawal tatalan skrin dan menangkap paparan skrin dengan arahan tangan tanpa memerlukan anda untuk menyentuh skrin tersebut. Anda juga boleh menetapkan kawalan Gesture ini seperti merakam skrin dengan mengetuk skrin, melancarkan dua aplikasi serentak dengan melakar garis pada skrin dan banyak lagi.
Bagi anda yang merupakan seorang pemain permua tegar juga, telefon pintar Huawei Mate 30 Pro ini sangat sesuai untuk anda kerana ia hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4500 mAh yang membolehkan anda untuk mengisi masa luang dengan bermain permua dalam tempoh masa yang lama. Malah, telefon pintar ini dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan 256GB. Jadi, anda tidak akan mengalami masalah lengah masa apabila bermain permua, kerana memori dan storan yang ditawarkan anda cukup besar.

Sekiranya terdapat panggilan masuk ketika anda sedang seronok bermain permua dan tidak ingin mengganggu prestasi permainan anda, Huawei mempunyai solusinya yang sangat inovatif, iaitu dengan menggunakan kaca mata pintar Huawei dengan kerjasama Gentle Monster. Dengan memakai kaca mata pintar ini, anda boleh menjawab panggilan telefon dengan menggunakan kaca mata pintar ini. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu menggerakkan kepala anda untuk menjawab panggilan tersebut.
Kaca mata pintar ini juga mampu untuk menghalang silau daripada cahaya matahari dengan baik. Jadi, ia sangat memberi kemudahan dan keselesaan kepada mata anda sebagai pengguna serta boleh juga digunakan untuk kegunaan biasa, iaitu untuk bergaya. Anda juga tidak perlu risau sekiranya kaca mata pintar ini kehabisan bateri, kerana ia boleh dicas semula dengan menggunakan bekas kaca mata pintar ini.

Huawei juga turut telah melancarkan jam tangan pintar mereka tersendiri, iaitu Huawei Watch GT2. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan skrin 1.39 inci AMOLED, janaan cip Kirin A1, ketahanan bateri selama dua minggu dan turut menyertakan sokongan GPS untuk memudahkan anda untuk membuat pemantauan aktiviti kecergasan. Jika anda menggunakan jam tangan pintar ini, anda boleh menyemak kesihatan anda dengan mudah, seperti kadar denyutan nadi, kalori yang telah diambil, dan banyak lagi.

Sekiranya anda mempunyai aktiviti renang semasa percutian anda, Huawei Watch GT2 ini juga menyokong untuk digunakan dalam air. Anda hanya perlu aktifkan Swim Mode dengan menekan butang pada bahagian bawah dan memilih mod Pool Swim serta boleh tetapkan sasaran sekiranya anda mahu. Sekiranya anda telah selesai dengan aktiviti ini, anda boleh menekan butang pada bahagian atas untuk menamat rekodnya. Untuk melihat semula prestasi kesihatan anda, anda boleh mengakses data tersebut di dalam aplikasi mudah alih mereka.

Bukan itu sahaja, Huawei Freebuds 3 juga boleh digunakan dan boleh disambungkan melalui jam tangan pintar anda dengan sambungan Bluetooth. Jam tangan pintar ini menyokong untuk membuat penyelarasan audio dan video dengan baik, sekaligus dapat memberikan pengalaman yang cukup imersif dan memuaskan. Jadi, sekiranya anda menggunakan peranti daripada berlainan ekosistem, ia sedikit susah untuk anda mendapatkan sambungan ini.
Antara fungsi menarik lain sekiranya anda menggunakan ekosistem Huawei ini adalah anda boleh memindahkan fail daripada telefon pintar ke komputer riba Huawei dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan sebarang sambungan wayar. Fungsi ini disokong oleh peranti terbaru mereka, iaitu siri Huawei Mate 30 dan komputer riba Huawei MateBook 13 yang dikenali sebagai proses pemindahan “One Tap to Share”.

Apabila telefon pintar Huawei Mate 30 Pro anda telah dihubungkan kepada komputer riba ini, skrin pada telefon pintar anda akan dipaparkan pada komputer riba Huawei MateBook 13 secara automatik. Dengan ini, anda boleh mengawal telefon pintar anda dengan menggunakan komputer riba dan memindahkan fail dengan cara yang sangat mudah pada skrin yang lebih besar dan jelas. Dengan bantuan Huawei WiFi Q2 Pro juga, kerja anda juga boleh diselesaikan dengan mudah kerana ia dilengkapi dengan 3 penghala (router) yang membolehkan anda untuk mengakses internet berkelajuan tinggi dimana sahaja anda berada. Jadi, dengan adanya Huawei WiFI Q2 Pro ini, anda akan sentiasa kekal berhubung dengan internet tanpa mengira lokasi anda berada.

Kesimpulannya, dengan kewujudan ekosistem peranti Huawei ini, anda boleh menjalani kehidupan seharian yang lebih mudah. Ekosistem ini bukan sahaja membolehkan anda untuk bergaya, malah sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk meningkatkan lagi produktiviti harian.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk memiliki kesemua peranti daripada Huawei dan ingin menggunakan ekosistem mereka, bolehlah merujuk kepada laman rasmi atau pengedar pengedar rasmi mereka. Di Malaysia, harga jualan untuk telefon pintar siri Huawei Mate 30 adalah bermula pada RM2799, manakala jam tangan Huawei Watch GT2 adalah pada harga RM799. Bagi fon telinga nirwayar mereka Huawei Freebuds 3 pula, ia dijual pada harga RM729 dan kaca mata Huawei dengan kerjasama Gentle Monster pula pada harga RM1599.
Layari: Laman Rasmi Huawei
Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/11/jalani-kehidupan-dengan-lebih-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Bagaimana Huawei Smart Life Dapat Meningkatkan Lagi Produktiviti Harian Anda

5 Cara Bagaimana Huawei Smart Life Dapat Meningkatkan Lagi Produktiviti Harian Anda

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 256 hits
Pada era yang semakin canggih kini hampir kesemua proses dalam kehidupan seharian kita melibatkan teknologi Hal ini adalah kerana masing masing mencari jalan bagaimana untuk memenuhi kehendak dan keperluan dalam menjalani kehidupan yang leb...
Hidap Masalah Jantung Sejak Lahir Perlu Jalani Pembedahan Dengan Kos Lebih Rm200 000

Hidap Masalah Jantung Sejak Lahir Perlu Jalani Pembedahan Dengan Kos Lebih Rm200 000

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 322 hits
Berita tentang penyakit kronik dikalangan bayi dan juga anak anak kecil dilihat semakin menular dikalangan masyarakat kita pada hari ini Ibu bapa manalah yang sanggup melihat anak anak yang masih kecil menanggung kesakitan yang maha hebat T...
Ceraikan Puting Sebelum Anak Usia Setahun Itu Lebih Mudah

Ceraikan Puting Sebelum Anak Usia Setahun Itu Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 490 hits
Sejak dahulu lagi ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan untuk memberikan puting bayi atau pacifier kepada anak sebagai salah satu cara untuk menenangkan anak Keputusan untuk memberikan anak puting bayi atau lebih dikenali sebagai puting ...
Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk

Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 336 hits
Cetak Design Sendiri Lagi Mudah Di Custom my Dengan Lebih 200 Jenis Produk Salam semua Baru baru ini Wani dicadangkan oleh seorang kawan kalau minat nak design sendiri cuba guna servis dari custom my ni Kawan cakap macam macam pilihan yang ...
Lebih Mudah Membersihkan Solekan Dengan Eversoft Miceller Cleansing Water

Lebih Mudah Membersihkan Solekan Dengan Eversoft Miceller Cleansing Water

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 348 hits
Bersihkan Solekan Dengan EVERSOFT Miceller Cleansing WaterDah dapat lama produk ni kena try dulu baru boleh bercerita Walaupun akak bukan jenis yang rajin bersolek tapi perlu juga ada pembersih solekan ini untuk bersihkan muka akak seharian...
Menjadi Pengkarya Video Kini Lebih Mudah Dengan Oppo Reno2

Menjadi Pengkarya Video Kini Lebih Mudah Dengan Oppo Reno2

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 341 hits
Revolusi kamera dan telefon pintar kini dilihat semakin canggih Jika dahulu kita lihat bahawa kedua dua peranti ini membawakan rekaan yang besar dan berat namun kini seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih rekaannya juga ...
6 Tanda Kalian Bukan Sekadar Pasangan Melainkan Sahabat Terbaik Dalam Jalani Kehidupan

6 Tanda Kalian Bukan Sekadar Pasangan Melainkan Sahabat Terbaik Dalam Jalani Kehidupan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 179 hits
Pertahankan ia yang memiliki peran ini di hidupmu sebab belum tentu kamu bisa mendapatkan yang seperti itu di lain waktu
Mengapa Perempuan Mudah Dirasuk Jin

Mengapa Perempuan Mudah Dirasuk Jin

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 353 hits
Ada orang bertanya kepada saya mengapa golongan perempuan mudah dirasuk jin Saya tidak rasa pelik apabila ditanya dengan soalan begitu Kerana realitinya soalan tersebut ada kebenarannya Saya sendiri sebagai seorang perawat memang mengakui b...
Masalah Sakit Lutut Yang Ramai Ambil Mudah Sehingga Kritikal

Masalah Sakit Lutut Yang Ramai Ambil Mudah Sehingga Kritikal

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 748 hits
Masalah Sakit Lutut Yang Ramai Ambil Mudah Sehingga Kritikal Sakit lutut tidak mengira usia mahupun jantina apabila kesakitan menyerang seseorang AM sendiri masih lagi muda dalam awal 30 an juga tidak terkecuali daripada masalah sakit lutut...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang