Cermin Mata Jatuh Dalam Lubang Jamban Tt Tt
ASSALAMUALAIKUM :)
Cermin mata telah selamat dijatuhkan ke dalam lubang jamban pada hari Jumaat. Yeay! dan alhamdulillah masih boleh diselamatkan huhuhuhu. Tak sampai setahun kot pakai dah terjatuh.. sebelum ni baca kat blog orang dan takde perasaan pun bila dorang cakap cermin mata dorang jatuh kat jamban. Bila dah kena kat batang hidung sendiri. Hah! merasa la kau!
Weh! jamban cangkung pulak tu dan pastinya bukannya jamban kat rumah. But kat klinik. Yeah! nice place. Time tu aku ikut mak aku gi tempat kerja beliau aka klinik gigi. Terbantut nak menunaikan hajat. Time tu aku sangkut cermin mata dekat baju, gedik sangat tak nak pakai. Entah kenapa. At last meluncur jatuh masuk ke lubang.
Aku keluar tandas sambil tu cari sesapa yang ada kat depan tandas. Gratefully ada kakak sedang mengelap cermin mata beliau then, aku mintak tolong akak tu jaga kan tandas jangan bagi sesape masuk. Buat macam tandas sendiri pulak. Tapi aku tak sempat nak ucap terima kasih kat akak tu.
Aku gi pantry and alhamdulillah kebetulan doktor tengah duduk2 kat situ so aku minta plastik yang besar. Dorang pun cecepat tanya kenapa and aku jawab cermin mata jatuh. Ada lagi sorang doktor siap suruh amek glove lagi hahah. Aku apa lagi redah je bilik cek gigi tu amek glove.
Siap untuk memasukkan tangan hingga ke paras siku ke lubang jamban. Yeayyy!! silapnya aku termasuk tangan kanan huhuhu tapi takpe, dah sarung glove and plastik. First try nak amek aku saja capai2 tanpa berdoa, memang takdapat and second try, aku doa sekali je "Ya Allah, tolonglah aku" dengan serta merta cermin mata dapat dikeluarkan smoothly.
Pastu bilas2 gitu je and pakai. Eh taklah gila ko. Dahla bernajis. Aku diam-diam redah bilik cek gigi basuhkan specs guna alkohol ngan hand sanitizer hehehe. Doktor yang suruh aku amek glove tu dengan baik hati tanya dah rendam ke. Aku macam ade beza ke rendam ngan air paip ? tapi tu just kata hati je. Aku jawab la belum, pastu doktor mintak bekas and tuangkan cecair chemical kat bekas tu. Aku perasan ada tulis spirit. Hah spirit la kot. Pastu spirit tu campur sket ngn air biasa.
Setelah setengah jam rendam cermin mata, maka cermin mata selamat disterilkan. Ada classss kan steril cermin mata? hahah. Tapi spirit tu mcm menghakis sket and mak aku kata rendam besi semalaman pun blh terkakis inikan pulak plastik.
So now, im wearing the specs like usual
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ainazairulnizam.blogspot.com/2015/12/cermin-mata-jatuh-dalam-lubang-jamban.html