Coin Market Cap Atau Website Dan Platform Untuk Listing Senarai Mata Wang Kripto Digital
perhatikan senarai teratas mata wang digital dan 'market cap' / pasaran modal
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Kebiasaannya mereka yang pakar mengenai kripto atau mula berjinak mengenai kripto / mata wang digital akan menjadikan coin market cap sebagai medan rujukan setiap mata wang kripto atau digital yang tersenarai dan wujud di dunia.
Anda boleh melihat beratus atau mungkin kini beribu mata wang digital / kripto yang kini wujud di atas talian di laman web yang tiap hari dilawati oleh pemain kripto dan pelabur kripto di alamat ini www.coinmarketcap.com.
Sila perhatikan betul-betul 10 ke 15 nama mata wang digital / kripto yang kini menakluki dunia kripto. Ada cara untuk membaca corak permainan dan jenis wang digital / kripto ini. Ia akan diterangkan dalam artikel akan datang.
Kita belajar merujuk dahulu mata wang kripto yang di senaraikan disini. Perkara pertama yang harus diingatkan kepada mereka yang baru mempelajari mengenai mata wang kripto / digital anda jangan sekali-sekali bergantung harap semata-mata kepada senarai mata wang digital di laman web ini.
Realitinya memang semua senarai wang kripto / digital ini adalah tulen dan genuine. Ia menggunakan blockchain genuine atau tulen. Jika ia tidak tulen ia tak akan Berjaya membentuk ledger dan blok kerana blockchain itu sendiri adalah block dan ledger yang bersambung. Ada data baru masuk, keseluruhan data atau ledger / blok itu akan ikut berubah.
Ini sedikit info untuk anda, ingat scammer berada di mana-mana. Ketika ini mungkin syarikat pemilik mata wang digital / kripto itu bukan scammer, namun apabila sebuah syarikat mata wang digital itu gagal dalam memberi perkhidmatan yang dijanjikan ia turut akan berubah menjadi scammer. Perkara ini sama dengan agen insurans atau takaful yang misleading dalam menjual insurans atau agen pelaburan yang misleading dalam menjual pelaburan, hatta pelaburan itu adalah pelaburan yang sah.
Tentu anda pernah mendengar cerita agen insurans atau takaful yang menjual produk insurans dan takaful dalam bentuk pelaburan, dan agen pelaburan yang menjanjikan pulangan tanpa menyentuh lansung tentang risiko kerugian. Dimana-mana sahaja di dunia ini, akan wujud golongan seperti ini.
Kita tinggalkan sebentar mengenai scammer atau syarikat (atau pun wakil syarikat) yang gagal mengotakan janji kepada pelabur. Kita kembali kepada tajuk asal.
Coin market cap adalah tempat dimana mata wang kripto akhirnya di ‘listingkan’ atau di paparkan. Mata wang kripto yang di paparkan di coin market cap ini biasanya wajib mempunyai 2 exchanger berdaftar. Maksudnya disini jika coin bernama ‘Rich coin’ baru mempunyai satu exchanger, maka ‘Rich coin’ tidak akan muncul di Coin Market cap ini. Setelah ‘Rich Coin’ Berjaya berdaftar dengan 2 exchanger, kemudian ‘Rich coin’ boleh mendaftarkan nama ‘rich coin’ ini di www.coinmarketcap.com ini. Tentu sekali ada bayaran bagi membolehkan ‘Rich coin’ terpapar di exchanger, setiap exchanger mengenakan caj untuk perkhidmatan exchanger ini. Ada exchanger gred A yang lagi mahal caj berbanding exchanger gred B. Coin market cap turut mengenakan caj kepada setiap mata wang digital / kripto yang ingin di paparkan di laman web atau platform mereka.
1. Bagi menjawab pertanyaan anda adakah mata wang digital / kripto di laman web atau platform ini mata wang digital tulen?.
Ia ia matawang digital tulen.
2. Adakah selamat jika melabur dalam mata wang yang tersenarai di laman web atau platform coin market cap ini?.
Belum tentu selamat. Mata wang adalah tulen, namun skim syarikat tersebut atau progress syarikat tersebut kadang kala menjadikan ia seperti skim berbentuk scam. Ada waktu syarikat itu betul, namun person in charge atau mereka yang menguruskannya tidak betul.
3. Bagaimana ia boleh terjadi?, jika coinmarketcap sendiri tidak selamat dimana rujukan yang harus mereka yang baru berjinak dengan mata wang kripto harus menjadikan rujukan?.
Untuk mereka yang baru mempelajari selok belok mata wang kripto, adalah lebih baik anda menyemak dan menyiasat latar belakang syarikat. Progress atau perkembangan syarikat dalam bidang kripto. Jika sukar dan anda risaukan risiko, adalah di nasihatkan agar anda belajar bermain mata wang kripto yang tersenarai di tingkat teratas seperti top 3 mata wang kripto iaitu bitcoin, ethereum dan ripple XRP. Jika anda sudah agak lama bermain dan mempelajari selok belok kripto, anda boleh belajar membeli mata wang kripto yang lebih baru dan murah seperti tether, cardano, tron dan stellar.
Ingin di tegaskan di sini, Securities Commission Malaysia setakat ini meluluskan 3 jenis mata wang kripto sahaja untuk pelaburan iaitu bitcoin, ethereum dan ripple XRP.
Namun sebagai pemain mata wang digital / kripto professional yang bertahun mengkaji dan bermain wang kripto, ramai yang mula membeli mata wang kripto murah kerana mereka yakin mata wang kripto tersebut akan meningkat harga di masa hadapan berpandukan syarikat dan pengasas mata wang kripto tersebut.
Sila perhatikan graf yang ditunjukkan dalam platform atau laman sesawang www.coinmarketcap.com ini.
Ada yang mengelarkan coin market cap ini ala BSKL / KLCI, terpulanglah apa gelaran yang di beri, paling penting anda tahu membaca dan mengkaji setiap mata wang digital / kripto berdasarkan setiap maklumat yang dipaparkan di coin market cap ini.
Artikel akan datang akan menerangkan bagaimana cara anda membaca dan factor yang membantu menaikkan nilai mata wang kripto / digital itu sendiri, serta maklumat penting yang dipaparkan setiap laman web mata wang kripto termasuk coin market cap ini.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2020/02/coin-market-cap-atau-website-dan.html