Cermin Mata Baru Daripada Kristal Optometrist Kulim
Cermin Mata Baru Daripada Kristal Optometrist Kulim | Setelah lama bertahan dengan cermin mata yang buat pada tahun 2016 patah di bahagian bingkai sebab tu update blog sekarang bila perlu jah update nak blogwalking tak dapat. akhirnya Cik Ash pergi buat pada 25 Januari 2019 aritu. Sebelum nak pergi kedai cermin mata ni Cik Ash ada buat research cari kedai mana yang terbaik di kawasan kulim
Cermin Mata Baru Daripada Kristal Optometrist Kulim
Di dalam percarian Cik Ash terjumpa nama kedai Kristal Optomestrist Kulim, selalu duk intai-intai facebook berkongsi tentang alat yang mereka guna untuk chek mata sangat canggih lepas tu ramai bagi komen tempat ini memang terbaik. Fikir punya fikir bincang dengan suami buat dekat sana. Pada 25 Januari 2019 aritu Cik Ash dan suami pergi la buat dekat sana. Dan cermin mata ni siap pada hari lahir Cik Ash pada 30 Januari siap pihak kristal ucapkan SMS selamat hari lahir hihihi..
Semasa pertama kali masuk kedai kami di sambut dengan senyuman manis oleh staff perempuan, kami juga diberi layanan yang sangat baik , yang paling Cik Ash terkejut masuk kedai ni dah macam duduk dalam hotel hahaha, sebab hiasan dalaman dia tak macam kedai cermin mata pun. Paling best bukan itu saja kita dihidangkan dengan makanan dan minuman.. Pertama kali Cik Ash dan suami pergi di kedai ni kami dijamu makan Kuew Teow Goreng dan Air Teh Limau.
ruang dalam kedai
koleksi cermin mata
sofa tempat duduk
Pada hari jumaat 9 Februari aritu Cik Ash baru pergi ambik sambil-sambil keluar nak pergi cari lauk pauk untuk seminggu so singgah pergi ambik, masa sampai dekat sana kami masih di sambut dengan layanan yang baik daripada staff yang sama hihihi.. siap ada staff lelaki bertanya dekat suami kita makan dan minum dulu, suami kata tak payah kenyang lagi baru lepas makan nasi dekat rumah sebelum nak pergi shopping barang basah kat pasar pagi nuh.
Dari segi pemeriksaan mereka disediakan sangat teliti dan kita boleh bertanya tentang masalah dalam mata kita, dari sana baru Cik Ash dapat tahu keadaan mata Cik Ash yang sebenar, Alhamdulilah dari kornea dan urat saraf mata ok tak ada masalah. Mereka juga bagi penerangan pasal masalah mata yang bermasalah. So korang berada di sekitar kulim boleh dapatkan service di Kristal Optometrist Kulim.
Itu jer pengalaman Cik Ash buat cermin mata kat Kristal Optometrist Kulim, semoga ada rezeki lagi untuk buat spek lagi ditahun-tahun akan datang. Jumpa lagi di entri yang nanti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cikash.com/2019/02/cermin-mata-baru-daripada-kristal-optometrist-kulim.html