Dasar Baru Moa Pentingkan Kebajikan Rakyat


RENCANA KHAS 

Salahuddin menjadi harapan
 golongan B40.BERSEMPENA dengan valentine day, (hari mengingati kekasih) 14 Februari, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, (MOA) Salahuddin Ayub akan meluncur dan membentangkan dasar kementeriannya secara rasmi.

Walaupun sebelum ini beliau telah mengumumkan beberapa pendekatan atau langkah akan dipraktikan di kementerian itu selari dengan aspirasi kerajaan PH, namun hala tuju atau dasar lengkapnya akan dapat diketahui pada hari tersebut.

Dasar dan hala tuju bagi sesebuah kementerian sangat penting. Ia merupakan blue print dan wawasan menterinya. Sepanjang tempoh itu nanti, apa yang dirangka dan wawaskan itulah akan dilaksanakan.

Sebagai pendatang baru dalam kabinet kerajaan, sudah tentu orang menanti dan membuat penilaian dan perbandingan dengan dasar-dasar MOA sebelum ini. Yang penting sejauh manakah ia akan dicapai, efektif atau pun dasar itu akan berlalu begitu sahaja, menjadi retorik sebuah kementerian. Semoga dengan peluncuran dasar kementerian itu nanti skeptikal yang sengaja diwujudkan atas kemampuan Salahuddin akan terhapus.

Sebelum ini sudah ada berbagai dasar pertanian negara. Boleh dikatakan setiap menteri bertukar ia akan berubah dan diperkenalkan dasar baru. Menteri baru akan mengemukakan pendekatan dan dasar mengikut acuan dan pemikirannya. Beberapa dasar yang wujud sebelum ini, Dasar Pertanian Negara (DPN1), 1984-1991, DPN2 1992 -1997,  DPN3 1998-2010 dan yang terakhir di era kerajaan BN ialah Dasar Agromakanan Negara 2011-2020.

Jelas perwujudan dasar-dasar ini bergerak mengikut selera menteri atau setelah berlaku perubahan penerajunya. Sudah menjadi kemestian pula setiap kali bertukar penjawat, dasar baru akan diperkenalkan walaupun pembaharuan itu tidak banyak beza dengan dasar sebelumnya.

Kementerian besar.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah sebuah kementerian penting bagi negara. Ia sama penting dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan. Peruntukan tahunannya juga adalah terbesar. Untuk tahun 2019 MOA menerima peruntukan sebanyak RM4.417 billion dengan RM3.057 billion untuk perbelanjaan mengurus manakala pembangunan sebanyak RM1.360 billion. State holder, atau bidang kuasa dan tanggungjawabnya juga luas dan besar.

Terdapat 12 agensi bernaung di bawah kementerian ini. Agensi itu ialah: Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MARDI, FAMA, LKIM, LPNM, MADA, KADA, Agrobank, NTC dan Taman Laut. Selain itu beberapa institusi pendidikan kolej termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM) juga berada dibawahnya. Pendeknya prasarana untuk MOA lengkap.

Peranan dan fungsi untuk membangun negara ditangan MOA ini jika dilihat secara hakiki sama penting dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan. Sebab itulah Kementerian ini dianggap kementerian utama. Jikalau Kemetah boleh dianggap sebagai jentera untuk mengawal dan menjaga keselamatan negara, nah, begitu juga dengan MOA sebenarnya. Malahan peranan dan tanggungjawab MOA, berkesinambungan dengan keselamatan itu. Kerana itu Salahuddin diawal-awal menekan kepada soal Food Security (Keselamatan Makanan).

Beliau melihat Keselamatan Makanan ini cukup penting bagi pembangunan dan kestabilan negara.

Jarang orang bercakap dan memahami mengenai perkara ini (FC) atau Keselamatan Makanan. Sebenarnya soal keselamatan negara dalam konteks ini bukan sahaja keperluan untuk makan minum, tetapi menjamin bekalan dan pengeluran makanan, beras dan daging mencukupi dan juga menjana pendapatan untuk negara.

Di samping itu keperluan FC bagi mengurangkan kadar import dan memperbanyakkan kadar eksport. Dari konteks inilah suatu masa dahulu diperkenalkan Pertanian sebagai perniagaan. Pertanian adalah penyumbang pendapatan negara yang cukup penting. Satu elemen lagi mungkin boleh diselit dalam subjek ini (FC) ialah makanan halal dan suci.

Ada beberapa aspek penekanan diberikan oleh Salahuddin soal Keselamatan Makanan ini, yang utamanya memandangkan Malaysia belum mencapai tahap piwaian ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah mensyaratkan negara mempunyai bekalan makanan mencukupi. Makanya beliau mensasarkan negara akan mempunyai bekalan sebanyak 30%.  Berbanding dengan negara seperti Thailand yang mempunyai simpanan untuk lapan bulan, China sehingga setahun, Malaysia hanya setakat tiga bulan sahaja. Angka ini jelas perbezaannya.

Tumpuan kepada masyarakat B40
Berbalik kepada peluncuran dasar pertanian tadi, apakah aspek lain akan diberi tumpuan oleh Salahuddin selain daripada menjamin bekalanan makanan terutamanya beras dan daging negara mencukupi?

Seperti mana apa yang selalu disebutnya, beliau akan menjadikan MOA sebagai kementerian mengatasi masalah rakyat. Beliau bercita-cita untuk menjadi MOA sebagai salah satu kementerian akan membebaskan kemiskinan dan mesasarkan rakyat keluar daripada B40 sangat baik. Sasaran dan hasrat ini tempat memandang golongan yang dikategorikan dalam B40 kebanyakannya golongan petani, nelayan, penternak dan pekebun kecil.

Menurutnya, dasar baru pertanian digubal untuk mengganti dasar lama yang gagal mengatasi masalah rakyat khasnya golongan B40. Beliau meletakkan kegagalan itu disebabkan dasar pertanian lama.

Sudah pasti dasar yang digariskan itu mensasarkan golongan ini. Golongan B40 mendapat perhatian utama Salahuddin. Adalah satu kejayaan besar baginya dan MOA sekiranya dapat membebaskan warga yang dibelenggu di bawah golongan B40. Usaha dan komitmen ini bukan perkara kecil dan ia dilihat cabaran besar kepada Salahuddin sebagai seorang menteri.

Saya cukup yakin dasar bakal dilancarkan itu sudah dibincangs secara lumat dari seluruh aspek. Pakar-pakar ekonomi dari semua sektor terbabit; pengeluaran, bekalan, pemasaran dan lain-lain tentu sudah dipanggil untuk membincang dan merangka dasar baru MOA itu. Majlis Penasihat Pertanian Negara sudah tentu menjadi tunggak pemikir utamanya. Demikian juga dengan pengerusi dan ketua-ketua pengarah agensi dibawah kementeriannya.

Bagaimana pun seperkara perlu diingat, untuk menjayakan segala dasar dibentangkan nanti mencapai matlamat atau tidak, ia bergantung kepada beberapa aspek. Dua aspek perlu diberi perhatian, pertama ialah kerjasama dan gembelingan daripada seluruh mereka yang terlibat. Dalam soal ini agensi-agensi dibawa MOA hendaklah berperanan secara berkesan melaksanakan dasar yang digariskan. Demikian juga dengan rakyat, golongan yang disasarkan perlu memberi dan menyambut baik.

Ketua-ketua agensi, pengerusi atau Pengerusi Eksekutif yang dilantik hendaklah menerima pelantikan itu sebagai tanggungjawab dan amanah. Jangan sesekali menerimanya sebagai habuan atau ghanimah kemenangan. Masing-masing harus ada pelan tindakan sendiri bagaimana untuk mengatasi segala masalah yang terbelenggu dalam agensi sebelum ini.

Mereka juga harus rajin, kreatif dan sabar menghadapi kerenah yang terpaksa dihadapi. Sekiranya Salahuddin mendapat kerjasama dari semua agensinya, kita yakin MOA akan menjadi sebuah kementerian yang dibanggakan.

Keduanya, kejayaan dasar MOA bukan sahaja terletak kepada dinamika pelan itu tetapi sistem penyampaian perlu dipastikan. Dalam hal ini pegawai kerajaan di kementerian itu hendaklah ikut sama berperanan memikul tanggungjawab. Penserasian pegawai dengan kerajaan baharu kini khasnya dengan MOA perlu ditingkat dan dimantapkan.

Hari ini MOA sering dikaitkan dengan masalah "sistem penyampaian dan khidmat sokongan" yang tidak cekap dan tidak memenuhi keperluan semasa industri dan kehendak kumpulan sasar. Mungkin situasi ini berlaku kerana berlaku perubahan tampuk pemimpin di peringkat kementerian dan jabatan. Atau pun pengisian jawatan tertentu di peringkat agensi dibuat tanpa tilikan menyeluruh dari segi profesionalnya. Di sinilah peranan Ketua Setiausaha (KSU) sebagai kapten kementerian untuk mengatasinya bagi menjamin setiap pegawai dan kakitangan di bawah berfungsi dengan baik.

KSN jangan teragak-agak untuk menegur atau mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pegawai yang cuba membuat onar dengan melakukan sabotaj terhadap kementerian dan menteri. Manakala menteri pula tidak perlu berdiplomasi dengan KSN sekiranya ada sesuatu yang bercanggah dengan aspirasi kerajaan baik dari segi dasar maupun dari aspek teknikal pelaksanaan.

Seperti dinyatakan tadi betapa hebat dan perfectnya dasar jika tidak ada persefahaman, kerjasama dan nilai pengorbanan ia akan tinggal di atas kertas sahaja. Pegawai kerajaan perlu ikhlas melihat apa yang hendak dituju oleh MOA itu adalah demi rakyat bukan kepentingan politik mana-mana pihak.

Soal ada unsur politik atau sekatan politik di mana-mana kementerian kerajaan PH ini tidak timbul lagi kerana kerajaan yang ada kini adalah kerajaaan yang cuba mengikis budaya kerja jahiliah dan kronisme kerajaan lalu. Tanpa semangat dan komitmen itu MOA tidak akan berjaya.

Mudah-mudahan peluncuran dasar pertanian baru kerajaan PH bertemakan Prioriti & Strategi 2019 - 2020 bukan sahaja berjalan dengan lancar tetapi mencapai kejayaan yang cemerlang dan konsisten.  Horas buat MOA. [wm.kl.11:48 am 11/02/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/02/dasar-baru-moa-pentingkan-kebajikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Said Didu Nilai Pembangunan Era Jokowi Abaikan Infrastruktur Dasar Untuk Rakyat

Said Didu Nilai Pembangunan Era Jokowi Abaikan Infrastruktur Dasar Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 330 hits
Said mengatakan pembangunan infrastruktur pemerintahan Jokowi selama ini terkesan ugal ugalan dan demi pencitraan politik Sehingga infrastruktur dibangun tanpa perencanaan yang baik
Kegagalan Sebenar Dasar Ekonomi Baru

Kegagalan Sebenar Dasar Ekonomi Baru

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 525 hits
Ini seumpama orang dahaga yang sudah minum air dari telaga dan lepas itu meracuni telaga tersebut supaya orang lain tidak boleh minum Inilah perangai orang Melayu Hanya mementingkan diri sendiri dan tidak peduli nasib orang lain Inilah yang...
Rakyat Boleh Nilai Sendiri Dakwaan Tun Mahathir

Rakyat Boleh Nilai Sendiri Dakwaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 283 hits
SEREMBAN 17 Feb 8211 Rakyat akan dapat memastikan kebenaran dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pas tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih sepanjang tempoh dua minggu kempen p
Rakyat Iran Desak Balas Dendam Kematian 27 Pengawal Revolusi

Rakyat Iran Desak Balas Dendam Kematian 27 Pengawal Revolusi

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 351 hits
Rakyat Iran desak lsquo balas dendam rsquo kematian 27 Pengawal Revolusi Dikemas kini 46 minit yang lalu middot Diterbitkan
Lajim Sahkan Harapan Rakyat Akan Dibubar Ahli Sertai Bersatu

Lajim Sahkan Harapan Rakyat Akan Dibubar Ahli Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 340 hits
PRESIDEN Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Lajim Ukin pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Harapan Rakyat di Kota Kinabalu hari ini Foto Malai Rosmah Tuah KOTA KINABALU Parti Harapan Rakyat Sabah akan mengadakan Persidan...
Helikopter Diguna Selamatkan Rakyat Kanada Terperangkap Di Haiti

Helikopter Diguna Selamatkan Rakyat Kanada Terperangkap Di Haiti

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 330 hits
Helikopter diguna selamatkan rakyat Kanada terperangkap di Haiti Dikemas kini 29 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 17 F
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities