Ombak Dive Resort Penginapan Terbaik Di Pulau Perhentian Kecil


OMBAK DIVE RESORT PENGINAPAAN TERBAIK DI PULAU PERHENTIAN KECIL | Assalamualaikum semua.. Pulau Perhentian, aku datang lagi. Ya, ini kali kedua aku datang ke Pulau Perhentian bersama rakan-rakan blogger. Seronoknya rasa hati sebab dah lama tak bercuti ke pulau beramai-ramai macam ni. Aku ni memang sejenis yang suka tengok laut. Rasa tenang je bila dapat sedut vitamin sea.. Kalau tak dapat pergi pulau, mesti aku akan pergi ke tepi pantai

Happy bila dapat sedut vitamin sea
Perjalanan kami ke Pulau Perhentian bermula dari Kuala Lumpur. Kami naik kapal terbang jam 7.00 pagi dari KLIA2 dan turun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Eh, mesti korang konfius kan. Pulau Perhentian ni kat Terengganu tapi kenapa turun flight kat Kelantan plak kan. Ha, ni nak bagi tips untuk korang yang first time nak ke Pulau Perhentian. Better turun kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan sebab perjalanan dari tu ke Jeti Kuala Besut hanya 45 minit je berbanding dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang memakan masa sehingga 2 jam. Ha, boleh jimat banyak masa perjalanan tu. Lagipun boleh la jejak 2 buah negeri dalam 1 percutian kan. hehe
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan
Jeti Kuala Besut
Sampai aja di Jeti Kuala Besut masing-masing kelaparan. Ye la, flight awal pagi so tak sempat nak breakfast tadi. Kami decide untuk breakfast di salah satu kedai tepi jeti. Makanan yang dijual kat sini sedap-sedap dan murah pulak tu. Tapi awas ye, jangan nak makan lelebih. Karang ada yang terkeluar balik time naik bot. Settle breakfast kami pun meneruskan perjalanan ke jeti untuk menaiki bot

Breakfast dulu yukk
Dah sedia nak naik bot.. yayy
Oh ya, Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. So far aku tak pernah jejak kaki di Pulau Perhentian Besar lagi. Dulu masa first time datang pun ke kami ke Pulau Perhentian Kecil juga. Takpe, maybe next time ada rezeki dapatla pergi ke Pulau Perhentian Besar tu. InshaAllah.

Peta Pulau Perhentian
Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Perhentian Kecil ambil masa 30 minit
Setelah mengharungi ombak dan badai selama 30 minit di Laut China Selatan akhirnya kami sampai ke destinasi. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Mujur takde yang mabuk laut sebab aku ni sensitive skit kalau ada yang dah start mabuk, mesti berjangkit. Kami turun di Jeti Coral Bay (Teluk Aur). Yayy, happy rasa hati bila nampak lautan yang terbentang luas dan air nya yang jernih. Tak sabar nak habiskan 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian Kecil ni. Mood holiday turns ON.. yippiee

Yayy, dah sampai jeti Coral Bay (Teluk Aur)
Dari jeti dah nampak dah kelibat tempat penginapan kami iaitu Ombak Dive Resort. Cantik dan yang penting tak payah nak jalan jauh dari jeti. Ye la, dulu masa mai kali pertama kami duduk dekat chalet di Long Beach. Apa lagi memang kena menapak jauh la. Dah la laluan dia macam membukit sikit. Ditambah pulak dengan beg yang berat. Fuhh, mau sakit pinggang.

Dari jeti dah nampak Ombak Dive Resort
Sampai je dekat Ombak Dive Resort, kami disambut dengan penuh warm ya, siap ada welcome drink iaitu air tembikai yang sedap dan menyegarkan. Allahu, bila teguk je terus hilang rasa penat. Ditambah pulak dengan view yang cantik menghadap laut, adusss layan habis la. Sementara menunggu untuk check-in kami berehat dulu di Ombak Cafe sambil menikmati makan tengah hari. Cantik weii restoran ni. Makanan kat sini pun memang superb giler dan sedap. Ha, nanti aku share dalam entri lain pasal makanan kat sini.

Nampak tak welcome drink kite tu?? mabeles tau..
Lunch dulu sebelum check-in, sedapnya lamb chop ni... yummy
Selesai makan tengah hari, kami pun bergerak ke bilik kami yang terletak di bahagian belakang Ombak Cafe. Aku ingat lagi masa kali pertama datang ke Pulau Perhentian Kecil dulu (tahun 2016) kami perlu melalui Ombak Dive Resort ni untuk ke Long Beach. Masa lalu tu memang teruja tengok Ombak Dive Resort ni sebab cantik. Dalam hati terdetik "Bestnya kalau dapat menginap kat sini". Alhamdulillah, tak sangka tuhan makbulkan doa. Syukur..

Tak sangka dapat stay kat sini
Bilik aku kat belah kanan tingkat atas
Bila buka je pintu bilik sekali lagi aku teruja. Mana taknya weii, dah macam bilik orang nak honeymoon dah. Siap ada kelambu dengan hiasan katil berbentuk Love lagi. Haissh, berhoneymoon la kita malam ni ye Kak Min selaku roomate aku. Bilik kami ni jenis Twin Room. So, boleh muat 2 orang. Kat Ombak Dive Resort ni ada 4 jenis bilik yang boleh dipilih iaitu :

✔ Single Room
✔ Twin Room
✔ Quadruple Sharing Rooms
✔ Exclusive Suites
Ha, ni la bilik aku. siap ada kelambu dan hiasan katil bentuk love gitu
Selesa sangat bilik ni
Mesti korang ingat bilik kat sini mahal kan. Tapi bagi aku harganya takde la terlalu mahal. Berbaloi la dengan segala kemudahan yang ada (nanti aku ceritakan kat bawah ye). Percaya tak korang boleh dapat stay kat sini bermula dari RM290 berserta sarapan pagi untuk dua orang. Pakej lain kalau korang nak lagi senang boleh ambil yang macam kat bawah ni :

🌊 4 days 3 night Snorkeling Package = RM 955 per pax
🌊 3 days 2 night Snorkeling Package = RM 690 per pax
🌊 4 days 3 night Free and Easy Package = RM 865 per pax
🌊 3 days 2 night Free and Easy Package = RM 600 per pax
🌊 3 days 2 night Honeymoon Package = RM 695 per pax
Ni bilik untuk 4 orang
Ni pulak bilik untuk 2 orang tapi katil asing-asing
Ha, nak tau tak kenapa aku kata Ombak Dive Resort ni pilihan terbaik untuk bercuti di Pulau Perhentian? Jawapannya sebab kat sini ada kemudahan bekalan elektrik 24 jam dan mempunyai penghawa dingin (air-cond). Yess, boleh la nak charge telefon atau kamera anytime je. Maklum la blogger kan, kamera dan handphone tu ibarat nyawa tau. hehe..

Memandangkan Pulau Perhentian Kecil ni masih belum mempunyai bekalan elektrik maka kebanyakan resort dan chalet kat sini guna generator persendirian. Ingat lagi chalet yang kami duduk dulu pakai kipas angin je. Pastu bekalan elektrik pun hanya ada waktu 7pm hingga 7am untuk penjimatan dan memelihara genset supanya tak cepat rosak. Menurut staff kat sini, tak banyak resort yang mempunyai bekalan elektrik 24 jam. So, kalau korang datang bersama keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil, better pilih Ombak Dive Resort ni. Selesa weiii.

Lengkap kemudaham kat bilik ni
Bilik air besar siap ada hot water
Hair dryer dgn ubat nyamuk pun ada
Bagi memastikan keselesaan pengunjung di Ombak Dive Resort, kemudahan dalam bilik disediakan lengkap macam bilik-bilik di hotel. Siap ada tv, peti ais mini, kipas siling, air-cond, kettle bancuh air, water heater, hair dryer, ubat nyamuk elektrik dan juga safety box. Buat masa ni masih belum ada channel tv so sape datang sini sila la download movie siap-siap untuk hiburan di bilik. Dengar kata inshaAllah tahun depan baru akan dinaiktaraf untuk masukkan channel tv. Sama juga dengan wifi, setakat ni kat bilik masih belum ada wifi. Kalau nak wifi kena duduk di Ombak Cafe ataupun di reception area.

Reception area, port lepak cari wifi.. hehe
Bila datang bercuti ke Pulau Perhentian ni tak sah la orang kata kalau tak pergi snorkeling atau bagi yang expert boleh pergi scuba diving. Macam aku yang tak pandai berenang ni dapat celup-celup kaki pun jadi la.. hehe. Tapi untuk hari pertama ni kami tak turun ke laut. Lagipun kasi can la rehat-rehat kan badan dulu kan. Takpe, esok masih ada. So, aktiviti petang ni kami bersiar-siar di sekitar resort dan juga beramah-mesra dengan staff di Ombak Divers.

Percutian 3 hari 2 malam di Ombak Dive Resort.. yayy
Bagi korang yang berminat nak snorkeling ataupun scuba diving boleh la datang ke Ombak Dive Resort ni. Memang berpatutan pakej yang mereka tawarkan kat sini. Patut la ramai pelancong yang stay kat sini. Rupanya diorang ambil pakej scuba diving. Kalau nak belajar pun boleh. Kat Ombak Dive Resort ni ada menyediakan peralatan lengkap dan latihan skuba yang diuruskan oleh Ombak Divers dan diiktiraf oleh PADI. Seronok pula dengar penerangan dari Jurulatih professional kat sini. Tapi aku ni tak pandai menyelam, kalau menyelam ke hati awak pandai la.. ehhh.. hehe

Kat sini ada juga Ombak Divers untuk orang yang nak scuba diving
Peralatan scuba diving yang ada kat sini
Penerangan mengenai point untuk scuba diving
Memandangkan hari dah petang dan kurang panas, kami pun decide untuk keluar berjalan di tepi pantai. SubhanaAllah cantiknya pemandangan kat sini. Kami beruntung sebab lokasi Ombak Dive Resort ni menghadap ke arah matahari terbenam. Jadi tak perlu nak jalan jauh-jauh. Dari Ombak Cafe pun dah boleh tengok sunset yang memukau. Tapi kalau nak jenjalan di persisiran pantai pun boleh juga. Ha, kalau nak berkayak atau mandi laut pun boleh. Ada tempat untuk menyewa kayak sebaris dengan Ombak Dive Resort.

awat nampak kurus ni.. haha
View waktu petang. tenang je
Kat sini boleh berkayak juga
layan sunset
Bila tiba waktu malam, secara automatik suasana di Ombak Cafe berubah jadi happening. Biasanya pengunjung kat Pulau Perhentian ni akan ke Long Beach untuk berhibur dan melihat Fire Show tapi bagi mereka yang menginap kat Ombak Dive Resort ni tak perlu nak susah-susah jalan ke Long Beach sebab Ombak Dive Resort sendiri ada pertunjukan 'fire show' khas buat para pengunjung yang menginap di sini pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu pada jam 7.30 malam.

Santai malam di Ombak CafeAda pertunjukan api khas untuk pengunjung Ombak Dive Resort


Selain tu setiap malam pula ada disediakan Wayang Pacak. Eh, bukan pertunjukan wayang kulit tau. Tapi pihak Ombak Dive Resort menayangkan filem yang terpilih di layar canvas khas buat pengunjung. Memandangkan kebanyakan pengunjung dari luar negara so kebanyakan filem yang ditayangkan filem hollywood la kan. Layan jugak kan, memalam lepak kat cafe yang happening macam ni sambil menikmati makanan yang sedap. Ye, sabar-sabar. Bab menu makan nanti aku cerita next entri sebab kalau semua cerita kat sini memang berjela-jela la panjangnya.. hehe

Dinner sambil layan filem hollywood
Next day adalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu snorkeling. Yayy.. haha.. tumpang happy walaupun hakikatnya aku tak reti snorkeling weii. Tapi kalau korang mai Pulau Perhentian ni korang kena pi snorkeling tau. Air kat sini jernih, dari permukaan pun dah nampak ikan. Kalau ikut kat sini ada banyak point untuk snorkeling tapi kami memilih untuk singgah di Romantic Beach salah satu pantai yang agak tersorok dan lebih privacy. Masa kami sampai tu memang takde orang pun kat situ.

Cantiknya Romantic Beach ni
Acah-acah je tu nak pergi snorkeling
Pantai kat Romantic Beach ni bersih dan cantik. Siap ada hiasan cengkerang yang digantung-gantung untuk bergambar. Ha, apa lagi.. orang sibuk snorkeling aku pulak sibuk bergambar. hihi. Tapi ye la kan, bukan selalu dapat datang tempat yang cantik dan nyaman macam Romantic Beach ni. Siap takde orang lagi. So, sementara tunggu diorang yang lain snorkeling boleh la berpicnic. Bentang tikar sambil makan-makan.. memang heaven laa.

Cantik pokok ni, siap ada cengkerang bergantungan
Tak pi snorkeling, main laut pun ok kan
Secara keseluruhannya memang puas hati sesangat percutian kali ni di Ombak Dive Resort. Dah la tempat cantik, staff pun friendly. Seronok sangat sepanjang stay kat sini, rasa macam satu keluarga dah. So, kalau korang nak datang bercuti ke Pulau Perhentian Kecil, Ombak Dive Resort merupakan penginapan terbaik yang menjadi pilihan aku. Korang boleh rujuk link kat bawah ni kalau nak tau pakej atau promosi terkini dari pihak Ombak Dive Resort :

Kalau korang tanya seronok ke tak?? of course seronok weiii
Website : http://www.ombak.my/Facebook : www.facebook.com/ombakperhentianislandInstagram : www.instagram.com/ombakdiveresortTel/Whatsaap : +60197911002




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/04/ombak-dive-resort-penginapan-terbaik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Sedap Di Ombak Cafe Pulau Perhentian Kecil

Menu Sedap Di Ombak Cafe Pulau Perhentian Kecil

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 821 hits
MENU SEDAP DI OMBAK CAFE PULAU PERHENTIAN KECIL Assalamualaikum semua Ha ingat tak aku ada buat entri pasal Dah baca ke belum tu kalau dah baca mesti korang tau yang aku ada cakap nak buat satu lagi entri khas untuk menu yang ada di Ombak C...
Ombak Cafe Pulau Perhentian

Ombak Cafe Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 748 hits
Ombak Cafe Pulau Perhentian Ombak Cafe Pulau Perhentian Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Sebelum ini Momi ada kongsikan anda tentang Ombak Dive Resort di Pulau Perhentian Kalau anda berada di Pulau Perhentian Kecil mesti nak cari tempat...
Datuk Fizz Fairuz Digosipkan Kena Tangkap Khalwat Di Pulau Perhentian Ini Jawapan Dari Almy Nadia

Datuk Fizz Fairuz Digosipkan Kena Tangkap Khalwat Di Pulau Perhentian Ini Jawapan Dari Almy Nadia

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1774 hits
Baru baru ini portal akhbar tempatan ada melaporkan berita seorang Datuk Seri berusia 40 tahun ditangkap khalwat di Pulau Perhentian Terengganu Spekulasi mula timbul mengatakan individu tersebut adalah pelakon Datuk Fizz Fairuz yang juga be...
Sup Kepala Ikan Terbaik Warung Pak Mat Pulau Pisang Kota Bharu Kelantan

Sup Kepala Ikan Terbaik Warung Pak Mat Pulau Pisang Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 663 hits
signboard Warung Pak Mat Pokok Pisang dekat simpang jalanTempat makan tengahari yang menjadi tumpuan orang ramai di Kota Bharu Kelantan salah satunya adalah Warung Pak Mat Warung Pak Mat ni terletak luar sikit dari Bandar Kota Bharu Walaupu...
Perhentian Kecil Vs Perhentian Besar

Perhentian Kecil Vs Perhentian Besar

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 456 hits
Pulau Perhentian terdiri dari dua buah pulau yang mempunyai kelebihan dan tarikannya yang tersendiri Jadi disini saya ada sertakan sedikit maklumat berkenaan kedua duanya PULAU PERHENTIAN KECILTerdapat 3 kawasan utama tumpuan pelancong di P...
Datuk Seri Mana Yang Kena Cekup Khalwat Di Pulau Perhentian

Datuk Seri Mana Yang Kena Cekup Khalwat Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 1448 hits
Seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan pasangannya dicekup khalwat dalam operasi bersepadu di Pulau Perhentian semalam lapor Serbuan itu dilakukan selepas pihak Pejabat Agama Besut menerima maklumat awam yang memaklumkan kehadiran pasangan ...
Setelah 63 Tahun Warga Pulau Bengkalis Akhirnya Bisa Buat Sim

Setelah 63 Tahun Warga Pulau Bengkalis Akhirnya Bisa Buat Sim

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 266 hits
Namun kini Polres Bengkalis di bawah pimpinan AKBP Yusup Rahmanto membuat gebrakan baru Masyarakat tak perlu bersusah payah menempuh jarak sekitar 3 hingga 4 jam untuk mengajukan pembuatan SIM
Rasuah Terowong Pulau Pinang Kerajaan Ph Perlu Jawab Persoalan Ini Semua

Rasuah Terowong Pulau Pinang Kerajaan Ph Perlu Jawab Persoalan Ini Semua

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 271 hits
Najib Tun Razak DAP in Crisis The Penang Undersea Tunnel Corruption Scandal Pagi ini seorang ahli perniagaan G Gnanaraja didakwa di mahkamah dengan tiga tuduhan atas kesalahan menerima RM19 juta dari pemilik syarikat yang dianugerahkan proj...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini