Ceo Sri Pahang Dakwa Kehadiran Fandi Ahmad Akan Jadi Kepuasan Terbesar Skuad Tok Gajah


 

KUALA LUMPUR - Kedatangan penyerang legenda Singapura, Fandi Ahmad ke pasukan Sri Pahang FC boleh dianggap sebagai kepuasan terbesar buat skuad Tok Gajah, jika menjadi kenyataan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang.
Beliau berkata, Fandi yang disebut-sebut sebagai calon ketua jurulatih baharu Sri Pahang, adalah nama yang cukup tersohor dan tidak asing dalam kalangan penyokong kerana pernah menyarung jersi Pahang pada era 90-an termasuk membantu pasukan menjuarai Piala Malaysia 1992.
Mohammed Suffian turut tidak menolak kemungkinan gandingan Fandi bersama bekas rakan sepasukannya di Pahang dan legenda bola sepak negara, Dollah Salleh yang kini pengurus pasukan Sri Pahang, dapat mencetuskan sesuatu yang positif.
"Pastinya senario dan budaya Pahang, Fandi sudah masak dan faham. Apatah lagi kalau bersama dengan Dollah Salleh, yang dikatakan kedua-dua mereka sahabat lama," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ketiga Liga Bolasepak Malaysia (MFL), semalam.
Beliau mengakui, Sri Pahang dan Fandi ada berhubung, namun tiada sebarang persetujuan dicapai sehingga hari ini dengan pemilik kelab akan memutuskan tarikh sesi perbincangan rasmi.
"Buat masa ini Fandi hanya ura-ura dan sekiranya ada keputusan konkrit kita akan maklumkan. Buat masa ini kita kekal dengan (kejurulatihan) yang ada sehingga keputusan yang disebutkan ura-ura itu akan menjadi realiti," katanya.
Khabar angin Fandi bakal menggantikan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih Sri Pahang bertiup kencang selepas kontrak Gamel bersama juara Piala FA 2018 itu dilaporkan ditamatkan secara persetujuan bersama minggu lalu.
Bekas pemain Kuala Lumpur itu yang meledak keseluruhan 55 gol bersama Singapura turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Unit Pembangunan Belia Elit Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) hujung bulan lepas, sekali gus menghangatkan spekulasi beliau bakal menyertai Sri Pahang.
Fandi pernah membimbing beberapa pasukan antaranya Johor Darul Ta'zim, skuad kebangsaan Singapura, pasukan pembangunan Singapura Young Lions dan skuad Bawah 23 Tahun Singapura ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam Mei lepas.
Dalam pada itu, Mohammed Suffian berkata, terdapat beberapa jurulatih lain yang menyatakan minat untuk membimbing Sri Pahang.
Bagaimanapun, katanya, ketika ini perlawanan suku akhir Piala FA berdepan Penang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan Sabtu ini menjadi keutamaan pasukan yang akan dibimbing Dollah sebagai pengendali sementara.
Sri Pahang mengharungi musim Liga Super yang sukar susulan prestasi terumbang-ambing menyebabkan pasukan itu berada di kedudukan kedua tercorot dengan hanya lapan mata daripada 11 perlawanan setakat ini. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/07/ceo-sri-pahang-fc-kehadiran-fandi-ahmad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prestasi Hambar Skuad Tok Gajah Sudah Tiba Masanya Pengurusan Sri Pahang Fc Di Tukar

Prestasi Hambar Skuad Tok Gajah Sudah Tiba Masanya Pengurusan Sri Pahang Fc Di Tukar

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 210 hits
KUANTAN Sudah tiba masanya pengurusan Sri Pahang FC ditukar sekiranya mahu melihat Skuad Tok Gajah kembali gah dipersada bolasepak tanahair Bukan hanya tukar pemain tapi mereka yang berada dibelakang tabir juga perlu dilantik dikalangan ind...
Sri Pahang Fc Umum Dollah Salleh Jurulatih Baharu Fandi Ahmad Jadi Penasihat Teknikal

Sri Pahang Fc Umum Dollah Salleh Jurulatih Baharu Fandi Ahmad Jadi Penasihat Teknikal

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Kelab Bolasepak Sri Pahang hari ini mengumumkan pelantikan pengurus pasukan Dollah Salleh dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad Tok Gajah Pelantikan itu diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi Sri Pahang FC sambil turut mengesahkan...
Christophe Gamel Bakal Tinggalkan Sri Pahang Fc Fandi Ahmad Di Sebut Bakal Jadi Pengganti

Christophe Gamel Bakal Tinggalkan Sri Pahang Fc Fandi Ahmad Di Sebut Bakal Jadi Pengganti

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 283 hits
KUANTAN Jodoh jurulatih berasal dari Perancis Christophe Gamel bersama Sri Pahang FC tidak berpanjangan apabila dia dilepaskan daripada tugasnya selaku pembingan skuad Tok Gajah Sumber dalaman pasukan memaklumkan kedua dua pihak bersetuju d...
Belasah Skuad Tok Gajah 5 2 Di Stadium Darul Makmur Zainal Tabik Dan Puji Pemain Penang

Belasah Skuad Tok Gajah 5 2 Di Stadium Darul Makmur Zainal Tabik Dan Puji Pemain Penang

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 195 hits
KUANTAN Pengendali Penang FC Zainal Abidin Hassan memuji kebangkitan anak buahnya dalam kemenangan 5 2 ke atas Sri Pahang FC pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur malam tadi Bagaimanapun Zainail mengakui laluan sukar bakal d...
Tahukah Anda Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah Berlangsung Dari 1895 Hingga 1896

Tahukah Anda Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah Berlangsung Dari 1895 Hingga 1896

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 243 hits
TAHUKAH ANDA Operasi Memburu Datuk Bahaman Mat Kilau Tok Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896 Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh Clifford ditugaskan untuk memburu mereka Misi bermula dari Pahang merentasi Teren...
Umum Lantik Dollah Facebook Sri Pahang Fc Di Serang Netizen Kecewa Di Saji Skrip Sama

Umum Lantik Dollah Facebook Sri Pahang Fc Di Serang Netizen Kecewa Di Saji Skrip Sama

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 329 hits
KUANTAN Laman facebook rasmi kelab bolasepak teruk diserang netizen apabila diumumkan Pengurus Pasukan Dollah Salleh telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih interim itu sehingga ke akhir musim ini Padan gitu la musim dpn umum jurulatih baru ...
Liga Super Atasi Selangor 2 0 Dollah Salleh Anggap Tuah Memihak Kepada Sri Pahang Fc

Liga Super Atasi Selangor 2 0 Dollah Salleh Anggap Tuah Memihak Kepada Sri Pahang Fc

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Pengendali baharu Sri Pahang FC Dollah Salleh melihat tuah nyata memihak skuad kendaliannya sehingga mampu meraih kemenangan 2 0 ke atas Selangor pada aksi ke 12 Liga Super Malaysia 2022 malam tadi Tiga mata penuh yang berjaya dirai...
Mukhriz Dakwa Ahmad Bashah Yang Lulus Ladang Musang King Di Baling

Mukhriz Dakwa Ahmad Bashah Yang Lulus Ladang Musang King Di Baling

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 275 hits
agendaily com12 07 2022Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa seorang lagi bekas MB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang meluluskan penanaman Musang King di Baling Selepas penafian Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berh...
Mufti Pahang Cadangkan Setiap Negeri Dakwa Pelaku Hina Islam Dan Nabi Muhammad Saw

Mufti Pahang Cadangkan Setiap Negeri Dakwa Pelaku Hina Islam Dan Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 246 hits
KUANTAN Mufti Pahang berpandangan supaya mana mana pihak di 14 negeri dan Wilayah Persekutuan sepakat membuat pendakwaan terhadap individu yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan satu pertuduhan di negeri masing masing Datuk Seri A...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Cara Buat Link Whatsapp

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Rania Main Air Masak Masak

Sambal Nasi Lemak

Pekerja Pusat Khidmat Pelanggan Kata Ai Lebih Banyak Menyusahkan Daripada Membantu

Aslam Hadiahkan Gelang Emas Rm10k Untuk Umisya Mazlan Dia Betul Nak Pulihkan Hubungan

Bersatu Pd Mahu Hamzah Zainudin Ganti Muhyiddin