Umum Lantik Dollah Facebook Sri Pahang Fc Di Serang Netizen Kecewa Di Saji Skrip Sama
KUANTAN - Laman facebook rasmi kelab bolasepak Sri Pahang FC teruk 'diserang' netizen apabila diumumkan Pengurus Pasukan Dollah Salleh telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih interim itu sehingga ke akhir musim ini.
"Padan gitu la.. musim dpn umum jurulatih baru, beli player import baru.. tgh musim, tukar player import lain plok. buang jurulatih baru, ambil dollah gnti dan seterusnya smapai abg jameil mampos... hahhaaha." komen Eijan Putraz.
"Hahahhaha setiap musim dollah akan menjadi ketua jurulatih interim jer smpai akhir musim dilantik menjadi ketua jurulatih kekal hahhaa skrip same jer Pahang ni nasib ada abg dollah Selalu Ada disaat Pasukan Mengalami Masalah," komen Mohammad Firman Anas.
"Fandi Ahmad jadi coach untuk season depan sudah. Teknikal la apa la... Org buat kerja sebelum liga start ini tengah2 jalan baru lantik ini buang itu ambil ini.. Dari FA sampai jadi FC tak pernah berubah. Pengurusan tetap punca masalah utama Pahang," komen Long Nakno.
Terdahulu kenyataan terbabit turut memaklumkan Dollah mengambil alih tugasan daripada Christophe Gamel yang tidak diteruskan khidmatnya.
Sementara itu, turut diumumkan bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad dilantik sebagai Penasihat Teknikal.
"Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Sri Pahang, beliau pernah menyarung jersi Tok Gajah selama dua musim dan merupakan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Premier dan Piala Malaysia 1992," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut telah mendapat ribuan komen panas dari kalangan netizen. Rata-rata tidak berpuas hati dengan perkembangan terbaharu ini. Sri Pahang dan Dollah Salleh seolah-olah tidak dapat dipisahkan, biar pun beliau gagal pada hakikatnya.
Pada musim lalu, Sri Pahang FC hampir terjunam ke Liga Perdana gara-gara menduduki tangga kedua tercorot Liga Super. Perkembangan ini cukup memalukan, kerana Dollah ketika itu diberi tanggungjawab selepas Ketua Jurulatih Thomas Dooley dipersalahkan atas dua kekalahan Sri Pahang diawal liga.
Namun, selepas Dollah ambil alih berkali-kali pula kalah tapi nasibnya baik bila dilantik sebagai Pengurus pasukan pada musim ini.
Sri Pahang kembali ke tangga bawah Liga Super hingga penyokong marah dan mahu pengurusan Sri Pahang FC ditukar. Ura-ura Fandi Ahmad jadi Ketua Jurulatih akhirnya tidak menjadi kenyataan dan Dollah selaku Pengurus tiba-tiba diangkat semula sebagai Jurulatih, walau pun sekadar interim.
Persoalannya kenapa tidak lantik terus Fandi sebagai Ketua Jurulatih? Kenapa masih kekalkan Dollah Salleh yang sama-sama membawa kegagalan Sri Pahang sejak musim lalu? Apa hebatnya Dollah?
Jika begini skripnya, maka ramai penyokong sudah pasti tidak berminat lagi untuk ke stadium menyaksikan Sri Pahang bermain. Sebabnya, orang yang sama bawa kegagalan pada musim lepas diangkat semula musim ini. Peminat harapkan perubahan akhirnya terpaksa terima kenyataan jni dengan hati yang cukup pedih. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pahangdaily.blogspot.com/2022/07/lantik-dollah-facebook-sri-pahang-fc-di.html