Mukhriz Dakwa Ahmad Bashah Yang Lulus Ladang Musang King Di Baling


agendaily.com12/07/2022
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa seorang lagi bekas MB, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang meluluskan penanaman Musang King di Baling.
Selepas penafian Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu kelulusan ladang Musang King di Baling, kini Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunding jari pula kepada seorang lagi bekas MB, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mukhriz yang juga MB sebelum Sanusi mendakwa pentadbiran UMNO-Barisan Nasional (BN) dibawah Ahmad Bashah membuat keputusan menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian Musang King.

“Anak syarikat kerajaan Kedah, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan terbabit bagaimanapun, gagal melaksanakannya.

“Selepas itu, Aman Mega Sdn Bhd dilantik untuk mengambil alih tanggung jawab itu, tetapi syarikat itu dibeli oleh syarikat ECK.

“Ketika pentadbiran Ahmad Bashah, ECK dibenarkan menanam durian,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Menurut Mukhriz, untuk rekod syarikat ECK yang menaja pasukan bolasepak Kedah (KFA) ketika itu, kemudian dianugerah projek mega lapangan terbang antarabangsa Kulim (KXP) oleh Sanusi.

Katanya, Sanusi bagaimanapun, membatalkan anugerah itu kerana akhirnya terbukti ECK tidak mampu melaksanakan projek mega berkenaan.

Pada masa sama, Mukhriz berkata, apabila beliau kembali sebagai MB pada tahun 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20 peratus sahaja.

Malah beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membenarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesis pokok hutan yang lain.

“Perlu diingatkan sekali lagi bahawa penanaman semula, walaupun membabitkan kerja teres tanah, bukanlah punca hakisan tanah dan banjir.

“Bencana itu tidak akan berlaku sekiranya hutan simpan tidak disentuh untuk tujuan pembalakan pokok bernilai tinggi dan aktiviti tebang bersih atas alasan Ladang Sejahtera sebelum 2013,” katanya.

Semalam, Sanusi menyanggah tuduhan Mukhriz yang cuba mengaitkan projek Ladang Rakyat yang dimulakan oleh pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum ini dalam isu banjir kepala air di Baling baru-baru ini.

“Kawasan Musang King itu dipercayai dibalak di antara 2018 dan 2019,” katanya semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya sebelum ini mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, semasa zaman pemerintahan Allahyarham Ustaz Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai Ladang Rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.

Beliau berkata, tender balak berlaku di antara 2010 dan 2013, namun tebangan belum berlaku.

“Kalau betul mereka tidak setuju kerana hendak selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan Ladang Hutan TLC, bukan batalkan Ladang Rakyat dan tanam Musang King.

“Saya perlu semak dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) tarikh yang tepat tender dan tebangan itu berlaku, seingat saya tender sahaja.

“Kawasan Ladang Hutan asal tidak termasuk Kompartment Lapan, yang menjadi punca air Sungai Kupang. Komparment empat, lima dan enam saja tak silap saya, apa pun saya perlu semak dengan JPNK dahulu,” katanya lagi.

Minggu lalu, tiga nyawa terkorban manakala beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir lumpur melanda di Kampung Iboi, Baling.

Kejadian itu turut menyebabkan lebih 80 rumah terjejas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/mukhriz-dakwa-ahmad-bashah-yang-lulus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Terdedah Pemilk Syarikat Ladang Musang King Di Gunung Inas Baling

Akhirnya Terdedah Pemilk Syarikat Ladang Musang King Di Gunung Inas Baling

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 855 hits
Walaupun nama syarikat yang bertanggung jawab menanam pokok durian Musang King tidak di dedahkan oleh MB Kedah tetapi ianya terdedah juga Nama Syarikat terbabit adalah ECK Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah ECK Group ECK group ju...
Sanusi Dakwa Kawasan Musang King Dibalak Zaman Mukhriz Mb

Sanusi Dakwa Kawasan Musang King Dibalak Zaman Mukhriz Mb

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 169 hits
Banjir di Baling pada Isnin lalu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah selain beratus lagi kediaman rosak PETALING JAYA Muhammad Sanusi Md Nor menafikan ladang rakyat adalah projek gagal kerajaan Kedah bawah pentadbiran menteri b...
Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk

Projek Ladang Durian Musang King Punca Banjir Di Baling Penduduk

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 333 hits
Hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak jam 2 petang semalam telah menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk di Baling Media melaporkan setakat ini bencana banjir yang berlaku membabitkan sembilan buah kampu...
Azeez Rahim Dakwa Tanaman Musang King Punca Kepala Air Sanusi Jawab Belum Sah

Azeez Rahim Dakwa Tanaman Musang King Punca Kepala Air Sanusi Jawab Belum Sah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 259 hits
Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa projek tanaman Musang King menjadi punca kejadian kepala air di Baling namun Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata dakwaan itu perlu disahkan terlebih dulu BALING Ahli Parlimen Balin...
Bn Luluskan Projek Musang King Gunung Inas Dakwa Mb Kedah

Bn Luluskan Projek Musang King Gunung Inas Dakwa Mb Kedah

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 201 hits
ALOR SETAR Kelulusan ladang hutan untuk tanaman getah jenis timber latex clon di Gunung Inas dilakukan pada era pemerintahan Barisan Nasional pada 2007 bukannya oleh kerajaan Pas pimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak Menteri Besar...
Baling Floods Musang King Planting Project In Gunung Inas Must Be Stopped Says Mp

Baling Floods Musang King Planting Project In Gunung Inas Must Be Stopped Says Mp

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 214 hits
Baling MP Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim said he had previously submitted a memorandum objecting to the Musang King durian planting project in Gunung Inas to Mentri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Bernama photo BALING The Musang...
Pemilik Projek Musang King Adalah Rakan Kongsi Kerajaan Negeri Dalam Projek Baru

Pemilik Projek Musang King Adalah Rakan Kongsi Kerajaan Negeri Dalam Projek Baru

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 266 hits
SAIFUL IZHAMPemilik projek Musang King di Baling ada kaitan dengan rakan kongsi Utama kerajaan negeri Kedah sekarang dalam projek Lapanganterbang Antarabangsa Kulim Hmmmmm Nanti2lah saya ulas Tak habih lagi penat cuci rumah mangsa banjir lu...
Pas Gondolkan Gunung Inas Baling Atas Nama Ladang Sejahtera

Pas Gondolkan Gunung Inas Baling Atas Nama Ladang Sejahtera

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 255 hits
Bermula pada 2008 2013 ketika itu Pas memerintah Kedah dibawah pentadbiran Ust Azizan Razak Sanusi MB Kedah sekarang adalah sebagai Setiausaha Politik pembalakan di Gunung Inas di lakukan kemuncak dalam tahun 2011 2012 Ini bertujuan untuk m...
Mountain Top Durian Farm Began With Ex Mb Bashah Says Mukhriz

Mountain Top Durian Farm Began With Ex Mb Bashah Says Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 403 hits
Mukhriz Mahathir says Gunung Inas was once a permanent forest reserve which was degazetted and converted for agriculture use by the BN government in 2007 PETALING JAYA Kedah decided to plant durian trees instead of rubber trees on a Baling ...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy