Cekodok Bom
Kebelakangan ni.
Rasa macam blog ni blog masakan pula
Asyik up entry masak masak dan makan aje pulak
Awal awal dulu,Banyak entry pasal tempat kerja,Lepas tu pasal anak,Sekarang masak pula.
Nak buat macam mana kan..
Sekarang dah tak pergi kerja
Jadi dah takde la kisah kisah tempat kerja.
Kerja kat rumah ni masak, menyapu, basuh pinggan, layan anak, makan..
Tu ajelah kisahnya
Hari tu suami MY whatsapp gambar resepi cekodok bom
Tapi tak la terus buat
Esoknya tu baru MY buatkan
Masa MY kecik kecik dulu,Selalu mak buat cekodok bom ni kat rumah
Menginjak usia remaja,Mak bancuhkan tepungnya,MY tukang goreng
Sekarang..
Sendiri bancuh, sendiri goreng la nampaknya..
Resepi Cekodok Bom
4 senduk tepung gandumSetengah paket Yis kering 1 senduk gula (dalam resepi asal 2 senduk)Air suam
Cara cara membuatnya:
Satukan bahan bahan kering, tepung, gula dan yis
Kacau sebati
Masukkan air sediki demi sedikit
Bancuhan tepung ni kena pekat daripada bancuhan jemput jemput kosong tu
Sebab dia kan ada yis
Nanti ada kerawang2 dalamnya, jadi dia akan lembut
Sebab tu masukkan air sikit sikit
Supaya tak terlebih air
Lepas adunan dah sebati,Perapkan tepung lebih kurang setengah jam
Ni selepas setengah jam, Tepungnya dah naik kembang penuh besen ni
Sebelum goreng,Kacau kacau semula bancuhan tepung ni tau
Kacau laju laju sikit
Nanti dia kempis semula
Panaskan minyak masak atas kuali
Pastikan minyak betul betul panas ya sebelum boleh goreng cekodok bom ni
Sebab dia ada mauripan,Kalau minyak masak tak cukup panas,Nanti serap minyak
Macam macam saiz ada..
Mama Yan jemputkan pakai tangan
Susah pakai sudu..
Dia melekat lekat kat sudu tak nak turun dari sudu
Taraaa..
Inilah hasilnya cekodok bom Mama Yan
Masa kat kampung dulu,Mak abah selalu bancuh manis sikit
Tapi ni.
Memang MY kurangkan gula
Maklumla... MY kan sweet sweet gitu
Kalau gula lebih,Warnanya akan lebih gelap daripada ni
Bulan depan nak ambil darah untuk check HbA1c,Jadi kenalah kurangkan gula
Tak berapa manis pun sedap juga
Lebih lebih lagi bila cicah dengan sambal tumis..
Memang enak
Kalau takde idea untuk minum minum petang tu,Boleh la buat cekodok bom ni
Suami kata,Kalau cicah sambal kacang lagi ngam,Hahahadoi.
Maaf...tak rajin bang
Kuah kacang tu setahun 2 kali je boleh buat
Raya puasa, raya haji
Hahaha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2021/11/cekodok-bom.html