Catatan Ustaz


 




ZAMRI ZAINAL ABIDIN


Catatan Jumaat

Malam tadi dijemput untuk ke majlis tahlil ringkas di rumah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semasa hidangan makan malam kebetulan saya makan semeja dengan beliau dan Kak Wan. Beliau banyak bercerita tentang Wacana Syeikh Daud Fatoni yang dianjurkan pada petang semalam bertempat di Bangi Golf Resort. Sungguh beliau amat teruja dan berpuas hati dengan penganjuran majlis petang semalam. DSAI lama berhajat agar satu wacana dianjurkan tentang Syeikh Daud Fatoni. DSAI sudah lama membaca dan mengkaji tentang sejarah dan warisan keilmuan Syeikh Daud Fatoni. "Kalaulah saya mahir membaca tulisan jawi klasik, mudahlah saya membaca kesemua khazanah beliau," ujar DSAI penuh bersemangat.

Dalam banyak cerita dan celoteh sementara menunggu masuk waktu Isya', ada salah satu ceritanya yang ingin saya kongsikan pada pagi Jumaat ini. Cerita ini pernah saya dengar daripada Kak Wan dan kali ini saya dengan daripada lisan empunya diri.

Ketika zaman kanak-kanaknya DSAI banyak tinggal bersama neneknya. Di Bukit Mertajam pada masa itu kebun-kebun buah pala banyak diusahakan oleh petani-petani Cina. DSAI sama seperti kanak-kanak kampung lain, petang-petang hari mereka bermain dan merayau di sekitar kampung. Buah-buah pala yang masak ranum menarik perhatian budak-budak seusia 7-8 tahun seperti DSAI. Apalagi mereka pun kutip buah-buah itu satu beg plastik seorang. Apabila sampai di rumah, waktu sudah senja, nenek bertanya dengan tegas. Dari mana kamu dapat buah-buah ini? Minta atau tidak dengan tuan kebun? Tuan kebun tahu atau tidak kamu ambil buah-buah ini? Apabila jawabannya semua negatif atau 'tidak', saat itu juga neneknya menyuruh pergi hantar semula. Letak beg palstik penuh buah-buah itu dalam kebun yang kamu ambil tadi. DSAI cuba minta izin untuk hantar esok pagi sahaja kerana hari sudah hampir Maghrib, suasana sudah gelap, takut pun ada. Neneknya dengan tegas katakan tidak. Bahkan bertanya balas, "jika kamu mati malam ini macam mana? Tidak lepas dosa kamu mengambil hak oratng."

DSAI tiada jalan lain lagi melainkan mengikut perintah neneknya itu dalam ketakutan, suasana gelap malam dan bersendirian. Mengakhiri cerita yang ini, kata DSAI, "itulah tarbiyyah yang melekat dalam minda kanak-kanak seawal usia 7-8 tahun sampailah kini. Jangan ambil hak orang."

Cerita ini mudah melekat dalam minda saya kerana ia telah diceritakan dua kali kepada saya. Pertama kali oleh Kak Wan dan sekali lagi oleh DSAi sendiri malam tadi. Apabila Kak Wan bercerita tentang kisah ini, ia bermakna DSAI telah mentarbiah keluarganya tentang hak-hak yang mesti dijaga dan dihormati seperti dia ditarbiah oleh keluarganya. Yang kedua, Alhhamdulillah, saya juga mengamalkan perkara yang sama.

Minggu ini anak lelaki saya mendapat tawaran sambung belajar di sebuah IPT. Seperti biasa seseorang pelajar mesti melakukan medical check-up sebagai pra-syarat pendaftaran. Anak lelaki saya ini sejak tamat peperiksaan yang lalu tidak duduk diam mencari kerja sambilan, termasuklah menjadi pengawal keselamatan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) sehingga berjaya mendapat pekerjaan di FamilyMart. Banyak kemudahan yang disediakan oleh syarikat ini kepada pekerjanya termasuk kos perubatan RM50 sebulan dibayar oleh syarikat. Anak lelaki saya bertanya, jika dia lakukan medical check-up di klinik panel FamilyMart dia hanya perlu bayar RM120 sebagai kakitangan. Jika di klinik biasa kena bayar RM170.00. Saya bertanya kepada dia dengan niat memberikan tarbiah kepadanya.

"Bayaran RM50 oleh syarikat di klinik panel untuk apa?" soal saya.

"Untuk berkhidmat dengan dialah," jawab si anak.

"Medical check-up ini ada kaitan dengan perkhidmatankah?" soal saya lagi.

"Tidak," jawab si anak.

"Oleh itu tidak wajar dan tidak patut menggunakan kemudahan diskaun RM50 itu sama sekali. Bayar sepenuhnya dan jangan sekali-kali guna hak orang lain yang tidak ada kena-mengena dengan urusan kita," tegas saya dengan harapan ia menjadi panduan hidupnya sepanjang hayat.

Demikianlah saya kongsikan pengalaman pemimpin idaman rakyat Malaysia ini, yang saya rasa amat mujarab dengan jiwa saya. Semoga suatu hari yang terdekat Allah SWT mengangkatnya menjadi pemimpin nombor satu negara yang akan mengubah lanskap poltik negara ini keseluruhannya, in syaa Allah.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/catatan-ustaz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menang Motorsikal Cabutan Bertuah Oleh Ustaz Azhar Idrus

Menang Motorsikal Cabutan Bertuah Oleh Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 251 hits
Allahuakbar tak sangka saya boleh menang motosikal Seumur hidup saya hadiah yang paling best saya pernah menang sebab cabutan bertuah adalah kipas tapi semalam saya baru je menang sebuah motosikal yang dicabut oleh Ustaz Azhar Idrus pulak t...
Ramai Pengantin Baru Tak Solat Zohor Sebab Nak Shoot Gambar Wedding Ustaz Kazim Elias

Ramai Pengantin Baru Tak Solat Zohor Sebab Nak Shoot Gambar Wedding Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 180 hits
Ramai Pengantin Baru Tak Solat Zohor Sebab Nak SHOOT GAMBAR WEDDING Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Panas Ustaz 3 Warden Pusat Pemulihan Dadah Disyaki Bunuh Penghuni

Panas Ustaz 3 Warden Pusat Pemulihan Dadah Disyaki Bunuh Penghuni

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 194 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian Suriam hmetro com myKuala Kangsar Polis mengklasifikasikan kematian seorang penghuni pusat pemulihan dadah di Padang Rengas di sini kelmarin yang pada mulanya dikatakan mengamuk di pusat pemulihan itu kepada kes b...
Ustaz Three Wardens Arrested Over Rehab Inmate S Death In Kuala Kangsar

Ustaz Three Wardens Arrested Over Rehab Inmate S Death In Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 207 hits
IPOH An ustaz and three wardens from a drug rehabilitation centre in Padang Rengas Kuala Kangsar are believed to be involved with the death of an inmate and have been arrested Acting Perak police chief Deputy Comm Datuk Azizi Mat Aris said ...
3 Golongan Manusia Yang Allah Tak Terima Solatnya Ustaz Kazim Elias

3 Golongan Manusia Yang Allah Tak Terima Solatnya Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 249 hits
3 Golongan Manusia Yang Allah Tak Terima Solatnya Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kau Bayarlah Rm20 000 Aku Geleklah Kata Saripah Tapi Ditegur Ustaz Ahmad Dusuki

Kau Bayarlah Rm20 000 Aku Geleklah Kata Saripah Tapi Ditegur Ustaz Ahmad Dusuki

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 186 hits
Beberapa hari lalu selebriti Ifa Raziah atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha dikecam netizen kerana menari bergelek di sebuah majlis akikah bersama dengan beberapa selebriti lain Bagi netizen perbuatan Ifa dan yang lain itu adalah tida...
Positif Dadah Dua Suspek Pukul Ustaz Amp Pelajar Tahfiz Ditahan Polis

Positif Dadah Dua Suspek Pukul Ustaz Amp Pelajar Tahfiz Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 285 hits
Dua pekerja bengkel kimpalan telah ditahan oleh pihak polis pada hari ini selepas dipercayai memukul tenaga pengajar dan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras Kuala Lipis Pahang Menurut laporan Sinar Harian tiga lagi suspek telah...
Anak Dia Berhutang Tetibe Tak Puas Dengan Ustaz 2 Suspek Ditahan 3 Lagi Suspek Serang Pelajar Penjaga Tahfiz Diburu

Anak Dia Berhutang Tetibe Tak Puas Dengan Ustaz 2 Suspek Ditahan 3 Lagi Suspek Serang Pelajar Penjaga Tahfiz Diburu

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 232 hits
Anak dia berhutang tetibe tak puas dengan ustaz 2 suspek ditahan 3 lagi suspek serang pelajar penjaga tahfiz diburuFoto Astro AwaniDua daripada lima lelaki yang menyerang seorang pelajar tahfiz dan ustaz di sebuah pusat tahfiz di Jalan Chen...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction