Menang Motorsikal Cabutan Bertuah Oleh Ustaz Azhar Idrus


Allahuakbar, tak sangka saya boleh menang motosikal!


Seumur hidup saya, hadiah yang paling best saya pernah menang sebab cabutan bertuah adalah kipas tapi semalam saya baru je menang sebuah motosikal yang dicabut oleh Ustaz Azhar Idrus pulak tu, memang betul-betul kenangan yang tak boleh dilupakanlah!



Alkisahnya semalam sebelum solat maghrib berjemaah, suami ajak saya pergi dengar ceramah Ustaz Azhar dalam Program Talk Show Anok Mude di bandar Kuala Terengganu. Saya pun dengan blur-blur buatlah tanya programnya dekat mana, padahal macam taknak pergi sebab malas nak bersiap. 

Disebabkan kitorang pun dah lama tak dengar ceramah live, jadi saya on je la lagipun ada Ustaz Azhar, memang tak mengantuk nak dengar ceramah. Suami bagitau Zizan pun ada jugak sebagai panelist, jadi lagi la best sebab saya fikir mesti lawak-lawak jugaklah ceramahnya dengan gandingan Ustaz Azhar dan Zizan Razak ni.



Kami sampai dan pasang tikar di bawah kanopi yang disediakan sebelum pukul 9 malam. Orang masih tak ramai dan banyak lagi ruang kosong yang tersedia. Program yang sepatutnya bermula jam 9 malam ni di drag pula ke pukul 9.30 malam, jadi suami dan anak-anak pergi ke kaunter pendaftaran dulu untuk isi kertas cabutan bertuah sementara saya pula menunggu di bawah kanopi.


Walau pun ramai yang beratur untuk isi nama di kaunter pendaftaran tapi suami tetap gigih nak beratur jugak. Disebabkan saya memang bukan sejenis yang rajin nak isi nama, nak-nak bila saya sendiri pun taktau apa hadiahnya malam tu jadi suamilah yang gigih dapatkan empat keping kertas cabutan untuk kami semua.


Bila dah dapat kertas tu, suami suruh kakak hantarkan kepada saya untuk saya isikan nama dan mereka bertiga pulak pergi pusing kedai untuk beli makanan buat kudapan masa dengar ceramah nanti. Saya yang ingatkan suami dah mendaftar nama kat kaunter tadi dah mula rasa blur kenapa suami kasi kertas lain untuk diisi lagi.


Jadi dengan yakinnya saya isi semua empat kertas yang suami beri tu dengan nama saya semuanya kerana ingat suami dapatkannya di booth jualan. Suami pula beri kertas tersebut pada petugas program untuk diletakkan dalam tabung cabutan bertuah. Dan seterusnya kami dah taktau apa cerita tentang kertas itu dan kami memang langsung tak berharap pun yang kami akan memang memandangkan kami berdua bukanlah jenis yang bertuah pun selama ni :D



Bila je Zizan cakap majlis dah nak berakhir, kami start lipat tikar, bersihkan sampah dan kemas makanan untuk keluar daripada bawah kanopi. Yelah, bila majlis berakhir mestilah akan bersesak pulak dengan orang ramai yang nak balik kan, jadi plan kami nak balik awal sikit sebab taknak bersesak bila semua keluar serentak nanti.


Kami tak plan pun untuk tunggu sehingga ke part panggilan nombor bertuah. Sambil jalan balik pun boleh dengar kan tapi dalam otak ni memang yakin takkan menanglah sebab memang selalu macam tu pun, tak pernah bertuah. Dengan langkah nak balik tidoq, saya keluar daripada kanopi dan masa tu la nombor IC saya dipanggil oleh Zizan!


Unforgettable moment betullah! Sampai sekarang pun saya masih boleh rasa keadaan masa tu. Keadaan masa saya berpandangan dengan suami sebab nombor IC saya disebut dan saya berjalan laju menuju ke pentas untuk dapatkan hadiah utama..subhanallah. Jantung berdegup laju jangan cakaplah dengan tangan sejuk sebab excited dan malu nak naik ke pentas :D


Oh, lupa saya nak sebut. Dalam program ni juga ada ustaz Kamaruzaman sebagai moderator dan ustaz K ada tanya saya soalan datang dari mana semua tu. Disebabkan soalan ustaz tu buat adrenalin rush saya yang tengah gabra tu kurang nak merembes keluar, jadi thanks la ustaz sempat tenangkan hati saya sekejap.


Untuk rekod saya nak simpan moment ni untuk kenangan. Ustaz Azhar Idrus tarik nama saya daripada peti cabutan, Zizan Razak panggil nama saya dengan susah payahnya dan ustaz K tenangkan hati saya. Haha..takut terlupa jadi saya kena tulis semua supaya moment berharga ni takkan luput dari ingatan..ngeee..



First time menang grand prize dan saya memang super duper excited. Malam itu kami balik pukul 12 tengah malam sebab nak bawak motor balik terus ke rumah dan saya tak dapat tidur sehingga ke pukul 3.30 pagi kerana hormon excited masih tak hilang. Lupa nak bagitau, saya menang motor SM 110 (btw saya pun baru tau wujudnya jenama motor SM ni).


Motor yang diterima saya hadiahkan pada suami sempena birthdaynya tahun ni, lagi pun saya memang tak pandai bawak motor. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu buat Syed Shariff Said Salleh. Terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/08/menang-motorsikal-cabutan-bertuah-ustaz-azhar-idrus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Kenal Langit Tinggi Rendah Kisah Samseng Pukul Ustaz

Baru Kenal Langit Tinggi Rendah Kisah Samseng Pukul Ustaz

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 234 hits
SAMSUDIN NAWAWIDengar ceritanya kemain samseng di kampung Kena dengan mahkamah hilang samseng tu Banyak dah pengalaman saya Samseng sana samseng sini Bila dalam mahkamah telor pun termasuk dalam perut Tak ada loyar bela dia mengaku salah tu...
Muncul Dgn Bertopi Tutup Muka Ustaz Kazim Beritahu Siapa Yg Nasihatkan Dia Supaya Pakai Begini

Muncul Dgn Bertopi Tutup Muka Ustaz Kazim Beritahu Siapa Yg Nasihatkan Dia Supaya Pakai Begini

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 171 hits
SHAH ALAM Penampilan pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih terkenal sebagai Ustaz Kazim dengan mengenakan pakaian bertopi dan menutup hampir seluruh wajahnya pada sesi ceramah siaran langsung di Facebook sejak malam Isnin menimb...
Catatan Ustaz

Catatan Ustaz

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 226 hits
ZAMRI ZAINAL ABIDINCatatan Jumaat Malam tadi dijemput untuk ke majlis tahlil ringkas di rumah Dato Seri Semasa hidangan makan malam kebetulan saya makan semeja dengan beliau dan Kak Wan Beliau banyak bercerita tentang Wacana Syeikh Daud Fat...
Kisah Seorang Lelaki Jumpa Ustaz Kazim Elias Nak Mintak Keluarkan 19 Jarum Susuk

Kisah Seorang Lelaki Jumpa Ustaz Kazim Elias Nak Mintak Keluarkan 19 Jarum Susuk

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 146 hits
Kisah Seorang Lelaki Jumpa Ustaz Kazim Elias Nak Mintak Keluarkan 19 Jarum Susuk Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ustaz Three Wardens Arrested Over Rehab Inmate S Death In Kuala Kangsar

Ustaz Three Wardens Arrested Over Rehab Inmate S Death In Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 201 hits
IPOH An ustaz and three wardens from a drug rehabilitation centre in Padang Rengas Kuala Kangsar are believed to be involved with the death of an inmate and have been arrested Acting Perak police chief Deputy Comm Datuk Azizi Mat Aris said ...
Ramai Pengantin Baru Tak Solat Zohor Sebab Nak Shoot Gambar Wedding Ustaz Kazim Elias

Ramai Pengantin Baru Tak Solat Zohor Sebab Nak Shoot Gambar Wedding Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 177 hits
Ramai Pengantin Baru Tak Solat Zohor Sebab Nak SHOOT GAMBAR WEDDING Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Panas Ustaz 3 Warden Pusat Pemulihan Dadah Disyaki Bunuh Penghuni

Panas Ustaz 3 Warden Pusat Pemulihan Dadah Disyaki Bunuh Penghuni

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 187 hits
Muhammad Zulsyamini Sufian Suriam hmetro com myKuala Kangsar Polis mengklasifikasikan kematian seorang penghuni pusat pemulihan dadah di Padang Rengas di sini kelmarin yang pada mulanya dikatakan mengamuk di pusat pemulihan itu kepada kes b...
Selepas Batgirl Supergirl Pula Berpotensi Untuk Dibatalkan Oleh Warner Bros Discovery

Selepas Batgirl Supergirl Pula Berpotensi Untuk Dibatalkan Oleh Warner Bros Discovery

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 110 hits
Berikutan pembatalan mengejut Batgirl nampaknya lebih banyak projek DC berada dalam bahaya dan berpotensi untuk dibatalkan oleh Warner Bros Discovery Menurut laporan dari Rolling Stone filem Supergirl yang kini sedang dalam pembangunan berp...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities