Lokasi pertama kami hari ini - Yodabashi Ueno yang terletak kurang 200 meter dari hotel penginapan kami. Pusat membeli-belah setinggi 7 tingkat dan 1 tingkat di aras bawah tanah (basement) ini menawarkan pelbagai produk barangan elektrik, komputer dan lain-lain produk seperti jam dan kosmetik. Foto di atas memaparkan panduan barangan jualan di setiap tingkat
Laluan bawah tanah di Ueno Station. Selama beberapa hari, inilah laluan kami untuk menaiki tren ke sana sini.
Akihabara Station. Dari Yodabashi Ueno kami ke Yodabashi Akiba pula
Saya dapati barangan yang ditawarkan di Yodabashi Akiba lebih menarik - lebih banyak pilihan. Tertarik pulak saya tengok pelbagai jenis seterika yang dipamerkan
Yang ni pun menarik jugak. Saya beli satu - bekas bentuk bulat dan ada pemegang di kanan kiri. Saiz kecil sesuai untuk kegunaan memanaskan makanan menggunakan air fryer. Boleh terus angkat dan hidang di meja. Benda-benda ni mungkin ada dijual di Malaysia, tapi saya beli juga sebab jumpa di sini dan sebagai oleh-oleh dari Jepun. Setakat hari ini, ianya kerap digunakan. Pembelian yang berbaloi
Belek-belek jam tangan, sesuai juga dijadikan oleh-oleh. Ada pelbagai pilihan dan harga. Tapi bukan semua buatan Jepun ya, kalau memang nak Made in Japan kenalah membelek satu persatu
Lip cream DHC - pelembab bibir buatan Jepun. Saya tahu mengenai lip cream ni dari grup Road to Japan. Harganya lebih murah berbanding beli di Malaysia. Saya beli sebagai oleh-oleh untuk adik-beradik, ipar dan biras perempuan. Selalu kalau keluar rumah, saya pakai lip cream ni je. Memang terbukti bagus mengatasi masalah bibir kering
Selesai jalan-jalan cuci mata dan poket di Yodabashi Akiba, kami menuju ke As-Salaam Masjid di Okachimachi. Sebelum tu, kami singgah di mesin minuman. Di Tokyo, mesin minuman terdapat di merata tempat. Paling menarik, siap ada pilihan minuman sejuk dan panas
Seterusnya, kami naik tren ke Ginza. Masa ni baru saya perasan di Tokyo pun ada koc wanita. Tapi ada kelonggaran bagi kanak-kanak lelaki dan orang lelaki kurang upaya fizikal, mereka masih boleh naik bersama dalam koc wanita. Koc ini juga bukanlah setiap masa hanya untuk wanita, tetapi cuma pada hari bekerja (weekdays) di antara pukul 7.30 pagi - 9 pagi. Selain waktu tersebut, semua penumpang boleh menaiki koc wanita.
Kali kedua kami ke Uniqlo di Ginza. Tujuan kali ini sebab Encik Suami nak tukar saiz pakaian yang dibeli pada hari sebelumnya
Pukul 6.10 petang di sebatang lorong di Ginza. Suasana gelap malam, udara sejuk berangin dan gerimis membasahi bumi. Masa ni kami sedang berjalan dari Uniqlo ke stesen tren. Kami nak balik ke Ueno Station - lokasi hotel penginapan kami
Suasana meriah di dataran berhampiran hotel penginapan kami. Saya berdiri di sini sementara menunggu Encik Suami naik bilik hantar barang, sebab lepas ni kami nak berjalan-jalan di sekitar kawasan ini pula
Jalan-jalan menikmati suasana malam yang meriah di Ameyayokocho a.k.a. Ameyoko Street.
Teringin pulak nak merasa buah ceri ni, beli sikit untuk merasa. Eh, buah durian pun ada! Tapi tak pasti dari negara mana
Keluar masuk konbini, iaitu kedai serbaneka - 7-Eleven dan Lawson. Beli jajan untuk kudapan. Macam biasa, sebelum membeli saya semak status halal di aplikasi Halal Japan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |